Skip to main content

JANGAN BIARKAN KUCING ANDA MENDEKATI 10 TANAMAN INI

Assalamualaikum...

Kebanyakan dari kita yang bela kucing mesti tahu yang ada masa2 nya kucing ni suka betul main kat pokok bunga.kat pasu bunga yang ada bunga cantik tu la dia nak main pun.Tambah kalau ada serangga kecik2 yang dia boleh buat main,habis pokok bunga dikerjakan nya..Tapi awasss!!ada sesetengah pokok hiasan dan bunga yang tak boleh kucing dekati.




1-Lidah Buaya

 Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang paling berbahaya untuk hampir semua haiwan kesayangan. Kebanyakan rumah ada pokok ini. Ia juga merupakan pembersih udara yang sangat baik. Malangnya, jika kucing atau anjing anda menggigit daun pokok ini masalah besar akan berlaku. Kuicng anda boleh mengalami muntah-muntah dan cirit-birit, kekejangan, kurang selera makan dan kemurungan 



2. Baby’s breath

Bunga ini memang cantik  namun Baby’s breath berbahaya untuk haiwan kesayangan. Bunga-bunga putih kecil ini perlu disimpan jauh dari haiwan kesayangan anda. Baby’s breath boleh menyebabkan sakit perut .Anjing atau kucing anda akan muntah dalam tempoh masa yang lama.




3. Begonia

Warnanya yang cantik dan menarik memang menjadi penyeri laman rumah anda namun ianya adalah toksik kepada haiwan. Daun dan bunga nya  mengandungi toksin, tetapi bahagian yang paling berbahaya adalah ubinya. Jika haiwan kesayangan menggigit tumbuhan ini ,dia akan mengalami bibir melepuh, kerengsaan teruk pada mulut dan muntah-muntah. Haiwan kesayangan anda juga mungkin mengalami  masalah  untuk menelan makanan




4.Carnation

Satu lagi bunga yang  popular, yang kerap ditemui terutamanya untuk majlis Hari Ibu dan Hari Valentine. Elak kan haiwan kesayangan anda dari bunga ini kerana ia boleh menyebabkan ruam kulit dan gangguan gastrousus , cirit-birit , kembung perut dan mungkin muntah.




5. Kekwa

Ianya tidak boleh  membawa maut, tetapi boleh menyebabkan masalah kepada haiwan kesayangan. Walaupun bagi kita ianya boleh di jadikan bahan minuman namun  bagi haiwan seperti kuicng dan anjing ianya boleh  menyebabkan muntah, meleleh air liur, cirit-birit dan masalah kulit. Jika haiwan kesayangan anda makan terlalu banyak, dia mungkin kehilangan koordinasi fizikal.




6. Daffodils

Jika dimakan dalam jumlah yang besar, daffodils boleh menyebabkan tekanan darah dan jantung yang rendah, dan juga sawan. ia jug aboleh  menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit dan meleleh air liur.




7. Lili

Bunga yang popular, ia juga ditanam di dalam pasu di beberapa rumah. Walaupun ianya hiasan yang indah,ia juga boleh membawa maut kepada kucing. Hanya dengan  gigitan yang kecil boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing anda.Bagaimanapun, ia nya selamat untuk anjing. 




8. Poinsettias

Pokok ini biasanya banyak terdapat dinegara yang sejuk dan sering menjadi pokok hiasan untuk krismas. Bagaimanapun, poinsettias boleh membahayakan haiwan kesayangan anda. Walaupun tidak membawa maut, pengambilan daunnya  boleh menyebabkan muntah-muntah dan kerengsaan mulut yang teruk.



9.Pokok hiasan palma

Menjadikan suasana lebih tropika pokok ini sering menjadi hiasan lanskap Antara nya ialah pokok rumbia ,pokok sagu atau pun pinang..pokok2 begini memang menjadi tempat permainan kucing yang ada masanya mereka akan menggigit dan menangkap daun2 yang melambai diiup angin .Setiap bahagian tumbuhan ini tidak elok untuk haiwan kesayangan anda. Ia boleh menyebabkan muntah-muntah, pendarahan perut, lebam, kerosakan hati dan juga kegagalan fungsi hati sehingga mengakibatkan kematian.




10. Tomato


Buah Tomato tidak la bahaya pada kucing namun yang bahaya nya ialah pokok tomatoo itu sendiri. Jika kucing Anda atau anjing menggigit pokok tomato anda  ia akan menyebabkan cirit-birit, lesu, kekeliruan dan masalah perut. Kes-kes yang teruk mungkin menyebabkan  jantung haiwan peliharaan menjadi lemah. 



Tidak semua tanaman  berbahaya kepada binatang peliharaan, tetapi jika anda mahu memastikan haiwan kesayangan anda  selamat, anda perlu elakkan mereka mendekati  tanaman2 yang terdapat dalam senarai ini. 


sumber:Amerikanki

sekian..


Comments

  1. Baru tahu rupa-rupanya terdapat banyak pokok yang boleh menyebabkan keracunan kepada kucing. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. oo, takde kucing di rumah, takpe...hehe.

    Dalam banyak2 tu suka bunga carnation, cantiknya...

    ReplyDelete
  3. owh setiap pokok tu xelok sebb boleh menyebabkan kesihtn kucing... dekt umah mmg xad pokok2 tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini sis..wahh...banyak juga bunga yang tak boleh kucing dekati ni...baru tau ni sis...terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  5. Tak sangka pula pokok lily yg cantik itu boleh membunuh kucing. Hari tu kucing di rumah saya sakit mata selama 2 minggu dan murung tak lalu makan, entah apa yang dimakannya pun tak tau...

    ReplyDelete
  6. Kucing mmg suka makan rumput.pastu muntahkan kat porch kete...geram aje..

    ReplyDelete
  7. good info...tapi cik nad tak bela kucing sbb kami satu family geli kucing...pastu pokok bunga pon tak ada kat umah..yg ada semua bunga tiruan dalam pasu...hehe

    ReplyDelete
  8. Jadi pakar penjagaan kucing la pulak kak diana ni hehe..:) nice sharing

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing.
    mmg lya ada bela byk kucing..
    Tp mujur tumbuhan kat ats tu semua mmg xde tanam kat rumah..

    ReplyDelete
  10. Owh...baru tau. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  11. kira ni mcm pantang larang bg kucing la ye...

    ReplyDelete
  12. semua pokok2 kat atas tu saya sukaa. takpe lah sebab rumah saya takde kucing... ekeeke
    nice sharing

    ReplyDelete
  13. Haishh kucing jiran2 takmo pulak gigit pokok tomato saya. Hahaha

    Tq diana. Pokok biasa je tp x sangka bahaya buat si comel

    ReplyDelete
  14. nasib baik k lily dah buang semua pokok kat balkoni ni. kucing k lily suker nau gigit daun2 ni la

    ReplyDelete
  15. uik kena check taman umah hana ni..

    ReplyDelete
  16. Salam, owh no! jangan biarkan kucing kita gigit2 pokok2 ni...sian mereka, mcm kena racun..wuwu..thanx sharing this, kak ;)

    ReplyDelete
  17. tengok pokok tu semua macam biasa je, tak sangka bagi keburukan pada kucing...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …