Skip to main content

DATUK A RAHMAN HASSAN BAKAL BERKAHWIN DISEMBER INI



Kuala Lumpur: “Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,” ulas dramatis Fadilah Mansor mengenai ura-ura majlis perkahwinannya dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan, hujung tahun ini.
Fadilah, 54, yang dihubungi berkata, sebagai wanita dia tidak berani bercerita lanjut mengenai butiran majlis itu demi menghormati permintaan A Rahman, 67.

Katanya, dia juga segan untuk mencanangkan hal itu kerana faktor usia mereka boleh menimbulkan perasaan kurang selesa kepada masyarakat jika perkara itu digembar-gemburkan.

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” 
katanya.

Sumber mendakwa, Fadilah dan penyanyi kumpulan pop yeh-yeh, Orkes Nirwana itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis ringkas di sini pada Disember ini.

Ura-ura itu diperkukuhkan lagi apabila Harian Metro menerima gambar baju pengantin perempuan yang dipercayai bakal digunakan Fadilah pada majlis berkenaan kelak.

Difahamkan, pasangan duda dan janda ini mula berkawan selepas mereka hadir pada satu majlis hiburan, beberapa bulan lalu.
Fadilah yang juga bekas isteri kepada pengarah filem veteran Ahmad Ibrahim atau Mat London sudah empat tahun bergelar ibu tunggal memiliki dua anak hasil perkahwinan itu.

Manakala A Rahman pula bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad penyanyi 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser.

Fadilah berkata, dia terbuka hati untuk menerima lamaran itu kerana sikap rendah hati dan penyayang dalam diri A Rahman.
Sementara itu, A Rahman meminta agar cerita perkahwinan itu tidak digembar-gemburkan ketika ini sehingga pihaknya bersedia untuk membuka mulut.

Sekian

Comments

  1. harapnya betul lah..comel gak diorang sebagai couple

    ReplyDelete
  2. tak sangka jodoh diorang.. semoga kekal bahagia :)

    ReplyDelete
  3. owh... ok la kan... sama padan.

    ReplyDelete
  4. Baru tau Khiir Rahman tu anak dia ni ...
    Tp okje suka tgk pompuan tu berlakon...best

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga mereka bahagia

    ReplyDelete
  6. Wah.. seronok baca ni.. moga jodoh kedua2 artis ni berkekalan..

    ReplyDelete
  7. Jodoh dah sampai kembali. Doakan yang baik-baik. Semoga majlis berjalan lancar. Baguslah macam ni ada juga perasaan malu kerana faktor umur. Ada sesetengah tu dah tua pun tak reti lagi bab malu-malu nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …