Skip to main content

CARA BUAT SAMBAL BELACAN

Assalamualaikum...

Orang melayu rata2nya suka betul makan pedas..
tak pedas banyak pedas sikit pun jadi lah...
Macam suami saya la..makan nasik kalau tak pedas dia makan sikit je..
tak selera..
Cara paling mudah nak ada benda pedas bila makan,
buat la sambal belacan...

Ada macam2 cara buat sambal belacan..
ada yang bubuh bawang besar.., bawang kecil..
ada yangletak gula dan  ajinomoto lagi..hehe..
dan yang bubuh tomato pun ada..
rasanya itu mungkin terpengaruh dengan sambal belacan ala thai..


Tapi bagi saya orang perak ni..
Buat sambal belacan cukup sekadar:-

10 tangkai Cali padi atau apa jenis cili 
1/2 sudu kecil garam
sedikit  Belacan ikut suka..kalau suka rasa belacan kuat bubuh la besar sikit..kalau saya suka belacan ni setakat rasa sikit2 je la..
 3 sudu besar perahan limau nipis atau air asam jawa 

Cara nak buat pun senang,,

masuk kan semua bahan kecuali air asam kedalam lesung batu dan tumbuk lumat.
tapi jangan la lumat sangat.
sebab kalau makan nak la gigit2 sikit cili yang tak lumat tu..
macam tu baru rasa puas la makan nasik.hehe

Dah siap tumbuk terus masuk akan air asam .kacau2 
dah siap..sedia dihiddangkan..

Ada orang lebih suka guna pengisar..
tapi guna pengisar ni memang tak sedap la. 
.tak tahu la kenapa..mungkin sebab 
tambah air tu banyak kot.
kalau tak tambah air tak boleh nak kisar..kan??
Guna lesung batu jugak yang best..

kan??

sekian..




Comments

  1. perghh sedapnya sambal dari Perak ni ^_^

    ReplyDelete
  2. sedap sambal belacan.. lauk skit pun blh bertambah selera bila ada sambal belacan..

    ReplyDelete
  3. Salam, haa sy rase yg ala kadar tu lah yg sedap...wah sedapnya, lapar pulak T_T

    *rindu gila nk BW blog kak ni,dah miss byk gila entry..wuwu~ tp skg tgh bz..nt sy dtg lgi bagi sepukal komen ye kak. haha~

    ReplyDelete
  4. telan ayaq lioq haha..
    saya suka pedas juga. takdak sambal belacan, terus gigit cili padi tu pon jadi.

    ReplyDelete
  5. Tu resepi sambal belacan style Perak eh?

    ReplyDelete
  6. saya suka sambal belacan..perah air limau kasturi..memang sedap

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman aruah mak saya dulu, buat sambal belacan guna batu pengiling, buat rempah juga guna batu pengiling. Sekarang batu pengiling cuma tinggal kenangan...

    ReplyDelete
  8. Lya biasa guna limau kasturi brtmbh sdp

    ReplyDelete
  9. Okje DR.... blend jer senang...pakaiblend jering, senang! Tak yah nak angkat lesung haha

    ReplyDelete
  10. ada kari kepala ikan yang pekat, sayur kobis kicap, pekena dengan sambal belacan... ulam paku rawan.... makan ramai2 kat atas tikar... fuhhh sedapppp....

    ReplyDelete
  11. Salam...
    Sambal belacan sekarang ni ada berbagai2 cara dan bahan yang ditokok tambah...

    Tak pelah janji boleh jadi pembuka selera ...itu paling penting...

    ReplyDelete
  12. sedapnya..kalau fiza pulak..cili api, belacan dan belimbing buluh..sedap!

    ReplyDelete
  13. Yg ala kadar tulah yg paling sedap..trima kasih..pas ni blehla wat sambal belacan sdiri..hehehe

    ReplyDelete
  14. Ni sambal belacan versi dr perak ye sis? Boleh la cuba buatkan utk si dia walaupun sy xmakan sambal belacan..tp nak pikat hati punya psl sanggup haha 😂

    ReplyDelete
  15. Mcm ni la resepi arwah mak.. Simple..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…