Skip to main content

BETUL KE WANITA BBERNIQAB SEBAB NAK TUNJUK BAIK JE.??

Assalamualaikum...



Pernah terfikir tak nak berniqab..??Saya pun ada jugak kawan2 yang berniqab.Kebanyakan dari mereka golongan ibu 2 je la.Biasa kita lihat kalau berniqab tu orang akan label."dia ni alim ni.."..Macam ada sorang artis yang dah berhijrah tu,dia berniqab.Memang sejuk mata tengok penampilan dia sekarang ni..



Tapi ada jugak orang salah faham tentang niqab ni.Dia orang fikir niqab ni sesuatu yang wajib untuk dipakai..Ada jugak yang fikir bila dah pakai tak boleh buka..Salah tu ye cik2 abam yang suka menghentam..hahaha..

Tak semestinya bila awak dah berhijrah,bertaubat nasuha terus kena pakai niqab .Sedia maklum yang wajah kita bukan lah aurat,Nak buka pun boleh nak tutup pun tak pe.



Bagus lah kalau wanita yang pakai niqab ni pakai sebab nak mengelak dari fitnah atau muka dia cantik sangt sampai ada lelaki yang tak boleh tengok..bila tengok terus jatuh cinta sampai angau2..Jadi dia pakai sebab nak elak kan kemungkinan2 yang boleh membahayakan dia.Tapi kalau pakai sebab nak tunjuk pada orang awak baik,dah alim ,itu tak boleh la ye..Allah sahaja yang tahu niat awak..kan??

Tapi saya cuma harap pada mereka2 yang suka pandang wanita beniqab ni dengan bermacam2 tanggapan, supaya hentikan lah..sepatutnya awak  memberi semangat pada wanita2 ni.. Sama juga pada wanita2 yang berhijab.


pernah dengar kan orang kata..

"kadang2 perempuan tak pakai tudung lebih elok perangai dari yang berhijab.."

"pakai hijab tapi mulut jahat.."

"pakai niqab tapi bersembang dengan jantan.."

 "pakai niqab berangan nak jadi arab la tu.."

Atau apa2 lagi la..
Saya rasa awak yang berkata2 macam tu awak tak tahu pun apa sebenarnya tujuan bertudung labuh dan berniqab tu.

sekian...


Comments

  1. kdg terdetik di hati nk berniqab. tapi cm susah nk mulakan
    moga Allah rahmati niat ikhlas kita kan

    ReplyDelete
  2. mulut org mmg byk pokpeknya..huhu

    p/s: asgkr dlm rm 40 je kak.. xpe t yui buat etnry..inshaaALLAH yui tnjuk gmbr =)

    ReplyDelete
  3. terpulang pada setiap individu. Pada saya berhijab pon syukur alhamdulillah. Masih dalam proses melabihkan hijab ^_^*

    ReplyDelete
  4. terpulng pd tujuan asal orng tu berniqab.. mcm mama ayie dia mgjr kt se dan ad kawan dia yg berniqab.. bila mgjr dia buka niqab tu tetapi bila kuar dia pkai..

    ReplyDelete
  5. kan..selalu ada kata-kata mcm tu..
    kita tak berhak kot nak jatuh hukum apa2.. hanya diri mereka & allah swt...

    ReplyDelete
  6. Eh kita ada kawan pakai niqab kat ofis ni. Time keje tak pakai sebab dia takut org pandang serong. T_T

    ReplyDelete
  7. Mulut orang ni memang tak boleh tutup, kan? Jadi kita serahkan jelah pada masing2 nak nilai. Ada juga yang ikhlas berniqab, ramai rasanya.. dan mungkin juga ada yang ada niat lain sebaliknya..Jangab kita tumpang mengata ornag sudah..

    ReplyDelete
  8. Mulut orang biasalah. Buat baik orang mengata. Buat jahat lagi lah teruk mengatanya. Jadinya...abaikan saja org macam ni.

    Kawan saya pon baru jer berniqab.

    ReplyDelete
  9. salam singgah...(lagi)...

    nak komen apa pun tak tau....tepuk dada tanyalah hati...(ttg berniqab...) mck tak pakar

    ReplyDelete
  10. semua terpulang kepada niat orang yg memakainya..

    ReplyDelete
  11. Kadang orang tak faham yang niqab tu tak wajib. Jadi bila ada yg x pakai niqab kat opis, tp pakai niqab kat luar; dia anggap org tu berpura-pura.
    Saya pun dalam usaha melabuhkan hijab dan menjaga aurat sepenuhnya. Semoga Allah mudahkan..in sha Allah, aminnn :)

    ReplyDelete
  12. kena faham dulu kebaikan berniqap nie..saya ada ja kawan2 yg berniqap ni

    ReplyDelete
  13. paling tak suka bila pompuan cakap 'pompuan bertudung belum tentu baik mcm aku yg tak bertudung'..sekurang-kurangnya die dah buat benda wajib perintah Allah...

    ReplyDelete
  14. Suami Sha selalu tegaskan bab aurat ni, jangan tutup sebab takut orang lain berdosa... tutup sebab nawaitu ikhlas nak tutup... Sha masih on off... rasa berat lagi plus Sha akan jadi bingit lepas hemodialisis sebab panas...

    Pakai niqab ni ada atur dia.. tak boleh lah pandang lelaki dengan pandangan menggoda pulak....hehe

    ReplyDelete
  15. Mulut org memg susah nak ttup,

    ReplyDelete
  16. Hanya Allah yang tahu niat masing2 kan ...

    ReplyDelete
  17. Salam, hmm..tp pd pandangan aku, mmg aku akan hormat sikit org yg bertutup mcm ni, dan evn kdg2 rasa segan, sbb aku pakai entah pape entah..

    ReplyDelete
  18. siapalah kita untuk menghukum kan. kalau orang nak buat baik maka kita bersangka baik, tapi kalau kita rasa orang tu jahat, doakanlah supaya dia berubah jadi baik..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …