Skip to main content

BETUL KE PEREMPUAN CANTIK PENGOTOR?

Assalamualaikum..

Betul ke perempuan cantik pengotor??
meh jawab..siapa ada pengalaman
berkawan atau serumah dengan perempuan yang cantik tapi pengotor ni??

Pengalaman saya memang ada yang macam tu.
Tapi bukan bermakna saya tak cantik ye..
Saya cantik dan tidak pengotor..ekeke
Ada lah dulu seseorang yang saya kenal dia memang cantik
tapi pengotor sikit la.




Percaya tak kalau saya kata ini bilik seorang perempuan yang cantik??



Dan pengalaman saya juga..
perempuan tak cantik setakat yang saya jumpa memang pembersih orang nya.
Ada yang yang saya jumpa perempuan tu muda setahun je dari saya..
tapi muka dan gaya dia macam perempuan umur 40.
Rumahnya memang bersih..
kemas je walaupun dia ada anak kecil.

Adakah perempuan cantik terlalu sibuk menjaga
penampilan diri sampai terlupa nak menjaga ruang sekelilng dia..
Dan adakah perempuan tak cantik terlalu
sibuk menjaga rumah,jaga bilik air,
jaga tandas,jaga longkang rumah,sampai tak sempat nak jaga penampilan diri??

Bincang kan???


ekekek.

Mesti ada yang komen.."sama je..ada yang cantik tapi pengotor dan ada yang tak cantik tapi pengotor jugak..sama je semua.." kan?alah..komen gitu tak hangat la..heheh..


sekian..

Comments

  1. Ada jugak pompuan yg saya kenal, kalau kt luar memang bergaya habis, tapi rumah n bilik cam lepas banjir.

    Sayalah tu, perempuan tak cantik tapi pembersih.hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha..haah.ada je yg cantik tp pengotor..kikiki..pnh ada kes dulu artis kena skodeng dgn kamera trtutup.gaya hidup dia blh nmpk la cm xbersih..hehehehe..cantik xcntik bersih tu pentingkan?agama kita pun larang kita hidup dlm sekitaran yg kotorkan?byk penyakit yg dtg nti..hahahah

    ReplyDelete
  3. Tiba-tiba hana nak kategorikan diri hana perempuan cantik. hahaha

    bagi hana cantik ni neutral beauty tak bermakup. hana tengok yang neutral beauty ni pembersih ja..barang2 tak berterabur :) n xboleh tengok berselerak n kotor

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba hana nak kategorikan diri hana perempuan cantik. hahaha

    bagi hana cantik ni neutral beauty tak bermakup. hana tengok yang neutral beauty ni pembersih ja..barang2 tak berterabur :) n xboleh tengok berselerak n kotor

    ReplyDelete
  5. sama je..ada yang cantik tapi pengotor dan ada yang tak cantik tapi pengotor jugak..sama je semua..


    .... Eh? hehehe

    ReplyDelete
  6. selalunyalah..kdg2 fedup nak negur...geleng kpla ajelah nengok..tapi tak semua...mungkin stgh org boleh cari barg dlm keadaan bersepah dan terabur, kalau bersih bagi dia susah nak cari brg dan sebaliknya..macam ada trait dia dah kat situ..pelik tapi itulahnya..

    ReplyDelete
  7. Tak semuanya begitu, ia bergantung kepada peribadi orang itu sendiri. Kalau dah pengotor, pengotor jugalah. Iblis yang suka tempat kotor itu cantikkah rupanya???

    ReplyDelete
  8. Saya setuju sangat.Kebanyakkan yg saya jumpa mcm tu la.
    Lagi satu,perempuan cantik,selalunya tulisan dia buruk.hahaha

    ReplyDelete
  9. sesetengah huu :( pernah mengalami pengalaman begitu

    ReplyDelete
  10. haha.. hm.. benda ni sangat subjektif.tapi setakat ni ok la tak pernah lagi jumpa yang pengotor sangat

    ReplyDelete
  11. Mayb la kot,sblm ni pernh juga jumpa tpi bukan pgotor cuma x suka brkemas.suka sepahkn brg

    ReplyDelete
  12. Tak kisah pun cantik ke tak, semua kena bersih. Kang sakit tak pasal-pasal. Nak-nak time ada anak.

    ReplyDelete
  13. Menarik topik ni.. like it.. mmg kalau tpksa tggl dgn yg pngotor dan xthu bt apa apa kerja ni xkn serasi dgn yg rajin n pembersih ni..
    Xsesuai taw..hehe..
    Elok2 cover ayu kan bila dah duduk dgn kaki pngotor ni kita pn boleh btukar jadi mulut mak nenek hihi..tp dlm msa 3 bln juga lah mulut mak nenek ni mngubah dia jd btul2 pmbersih ;)

    ReplyDelete
  14. muda setahun tapi umur dah macam 40 . hahaa

    ReplyDelete
  15. saya okay jer (nampak tak permainan dye di situ, hahah)

    ReplyDelete
  16. Yg penting kebersihan harus dijaga..barulah cantik

    ReplyDelete
  17. Alamak, kalau saya ngaku saya cantik, maknanya saya pengotorlah. Kalau saya kata saya pembersih indirectly saya tak cantiklah ya... Hahaha... Saya tak tahu lah ye saya ni cantik ke tidak lagi sekarang ni tapi saya pembersih orangnya. Barang saya jangan disentuh. Susunatur saya jangan disepahkan, mahu saya mengamuk berminggu lamanya. Makanya, tak siapa berani jadi room mate saya dulu-dulu. Hahaha. Habis pecah rahsia!

    ReplyDelete
  18. Salam, haaa cmni, bukan pempuan cantik aku rasa, tp lebih kpd pempuan yg terlebih menjaga kecantikannya lah yg biliknya bersepah, sbb asyik focus on her looks smpi lupa nak kemas bilik..haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …