Skip to main content

BETUL KE KALAU TAK TUTUP AURAT KITA AKAN MASUK NERAKA?

Assalamualaikum...

Bila bab2 menutup aurat mesti akan ada yang tanya..

"Kau pakai tudung labuh sampai kaki ni ,kau yakin ke kau masuk syurga?"



Terus terang saya cakap saya tak tahu siapa yang masuk neraka siapa masuk syurga.
Bukan semua tu saya yang tentukan..
Tapi yang saya pasti tutup aurat itu wajib..
Siapa tak tutup aurat dia berdosa..

Setiap apa kesalahan kita kat dunia ni akan ada balasan nya.
contoh macam ni la..
Umur sebelum 30 awak tak tutup aurat..awak berdosa..
lepas umur 30 awak tutup aurat awak sepenuh nya..
jangan ingat pulak dosa awak yang tak tutup
aurat masa umur sebelum 30 tu tak di hitung ye..
Yang itu pun akan di balas..


Sama jugak macam orang yang menutup aurat..
walaupun dia menutup aurat sejak kecil..
sampai sekarang dia menutup aurat..
Tapi dia pernah mencuri dan menipu ..
Dosa mencuri dan menipu tu tetap di balas..




Jadi kalau awak ni baik hati..solat cukup,puasa sempurna ..
apa kata awak tutup aurat jugak..baru la lengkap sempurna.
Sayang la..nanti sebab aurat je awak di siksa.
sedangkan kat dunia amalan lain awak buat.
nak tunggu habis siksaan neraka sebab buka aurat ni lama tau.
bukan sehari dua,..awak boleh tahan ke??

Begitu jugak dengan yang berhijab..
sayang sangt bila awak dah sempurna tutup aurat tapi
kejahatan lain awak buat..
awak derhaka pada mak ayah,awak pecah amanah..
Awak mungkir janji,..sayang sangat2 tau..
sebab semua tu akan dibalas..



Saya bukan orang yang serba sempurna untuk menulis entry ni..
Saya sendiri pernah buat silap satu masa dulu.

Jangan lah nanti dah umur macam saya ni baru nak menyesal.
baru nak rasa malu bila ingat itu ini.
Bila dok sorang2 ingat perkara2 dulu
rasa tak seronok sangat..Rasa gelisah
kadang2 sampai susah nak tidur malam..

sekian..

Comments

  1. sudut pandang yang menarik dan penuh peringatan, terima kasih:) suka dengan pendapat awak ni..setuju sangat!

    ReplyDelete
  2. salam pagi setuju dgn diana...kita ini xsempurna...Allah menentukan takdir kita...

    ReplyDelete
  3. nice sis.. peringtn bersama..
    sapa lagi nak ingat kalau bkn sesama insan...

    ReplyDelete
  4. yup..
    kita tak tahu siapa yang masuk syurga dan neraka,
    yang pasti kita cuba buat sebaik mungkin untuk diterima ke syurga,
    tak perlu pertikaikan orang lain,
    urus diri sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  5. sekurangnya kita membuat perubahan ke arah kebaikan dan akan terus istiqomah kerana kita tidak tahu saat bila nyawa kita ditarik
    bab syurga neraka tidak perlu dipersoalkan..selagi mana kita berada di landasan yang betul..

    ReplyDelete
  6. InshaAllah..
    Sesama kita bermuhasabah diri

    ReplyDelete
  7. Masa saya balik kampung hari tu saya tegur sorang anak sedara yg dah dewasa tapi belum berhijab. Dia kata menjawab: "Pak Lang pasti ka semua yang berhijab tu masuk syurga??"

    Saya jawab: "Kalau dah berhijab pun tak semua Allah masukkan depa ke syurga, jadi bagaimana pulak dengan yang tak berhijab langsung, Allah nak bagi depa masuk syurga ka..?"

    Anak sedara tu diam. Bungkam...

    ReplyDelete
  8. Masa saya balik kampung hari tu saya tegur sorang anak sedara yg dah dewasa tapi belum berhijab. Dia jawab: "Pak Lang pasti ka semua yang berhijab tu masuk syurga??"

    Saya jawab: "Kalau dah berhijab pun tak semua Allah masukkan depa ke syurga, jadi bagaimana pulak dengan yang tak berhijab langsung, Allah nak bagi depa masuk syurga ka..?"

    Anak sedara tu diam. Bungkam...

    ReplyDelete
  9. Thanks for the reminder kaak dianaaaaaaaa <33

    ReplyDelete
  10. subhanallah. setiap ayat menusuk kalbu. alhamdulillah terima kasih atas peringatan. selagi nyawa dikandung badan, buatlah kebaikan, mohonlah keampunan Allah SWT.

    peringatan untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah bagus peringatan ni
    Allah Maha Pengampun
    bertaubat sebelum terlambat
    moga dengan bertaubat kepada-Nya
    kita terlepas dari siksaan atas dosa-dosa yang lalu..

    ReplyDelete
  12. betul...kita tak tahu siapa yg msk syurga / neraka...tp ingatlah...mati tu bla2 ms je...kesempatan yg ada, jg la aurat...

    ReplyDelete
  13. Siapala kita utk tentukn masuk neraka taw syurga,

    ReplyDelete
  14. nice one... insya Allah... sedang berusaha ke arah itu :D

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas peringatan ini..
    memang terasa sebab walaupun berhijab tapi masih lagi belum betul-betul sempurna. masih berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah ... Semoga bermanfaat untuk kita semua ... Dosa pahala syurga neraka urusan Allah ... Kita sebagai hamba buat sehabis baik, DOA agar dosa2 yang lepas diampunkan ... Jangan ulang dah ... Sesungguh nyer Allah tu Maha Pengampun ... Wallahua'lam ...

    ReplyDelete
  17. sgt setuju...
    segalanya hanya Allah yg Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  18. Betul tuh..jgn pndg lebih n kurg org lain...sama2 perbetulkan diri

    ReplyDelete
  19. betul2 . masih ada masa , allah maha pengampun

    ReplyDelete
  20. Salam, betul tu.. :( sy sendiri pun ada silap sy sendiri dulu..

    ReplyDelete
  21. Betul tu, Diana. Kita bukan tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka. Jadi, hentikanlah kata-kata cemuhan bila merasakan kita lebih baik daripada orang lain. Kita cuma mampu berdakwah sesama manusia. Yang baik kita sebarkan, yang buruk tu kita tutup rapi-rapi. Pengakhiran tu penting. Segeralah berubah selagi tak terlambat.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …