Skip to main content

KISAH PERJALANAN HIDUP SEORANG WAK DOYOK

Assalamualaikum....

Semalam memang hari yang panas untuk Wak Doyok.
Dikecam hebat oleh peminat-peminat Firman Af.
Sampai ada yang cakap Wak Doyok dah lupa diri..
dah senang terus pandang rendah pada orang lain..
Agaknya sebab tu lah Wak Doyok berkongsi kisah perjalanan hidup nya
supaya orang tak salah anggap padanya lagi..
walaupun cerita nya tu ada selit2 bahasa jawa ,tapi saya masih faham lagi la..
maklum la..saya kan serba tahu..muahaahha...
Jom baca kisah perjalanan hidup wak Doyok sehingga beliau berjaya mencapai impian nya...


"Aku arek takun kambik kabeh follower ku. Aku ne uwong susah jamam biyen wes kerjo basuh kereto uwong nengi upah aku dapat rm5 ojo. Ambil upah potong rumput dari rumah ke rumah, buat parit sampai 6 km buat rumah pasang tail,gali kubur, semua. Lepas aku di berhentikan kerja dari auto bavaria BMW kehidupan aku jadi susah sgt tahun 2007 kawan2 semua lari tinggal kan disebab kan aku jatuh miskin. Jadi aku mencari kerja tak dpt2 masa tu tgh gawat ekonomi malaysia. Org2 kampung semua pandang rendah kat aku sbb aku jadi seorang pegangur. Kereta,motor classic,barang yang aku simpan semua aku jual nk bayar hutang bank. Jd aku kerja lah apa2 yg boleh aku buat mcm2 kerja lah mcm aku ckp td. Ada yg aku kerja sampai 3 hari x tido di port klang sebagai buruh turun kan kereta import mewah dr kapal.sampai satu masa aku dpt tahu yg ada butik brand Ben Sherman nk bukak di kl. Itu lah bermula perjalana hidup aku sebagai orang fesyen. Jadi aku akan terus ke depan untuk fesyen tanah air dan aku akan mengharumkan nama negara di seluruh dunia


Aku bukan dilahirkan didalam beras. Masa nak interview kat butik ben sherman otw ke sana kereta aku kena tarik sbb x bayar 4 bln lebih. Aku berjalan sampai 5 km jauh nya ke bangsar sampai2 je org yg interview ckp aku x sesuai kerja di shirt bar sbb penampilan aku tak kena gan brand tu. Hampir 2 bulan jugak aku kerja macam2 aku jadi kelindan lori 1 tan angkat barang dari gudang,hantar kueh ke kilang2, dengan upah satu hari rm20 je. Ambik upah buat engine motor vespa,lambretta sehingga ada interview yg ke dua di butik ben sherman. Dengan perubahan yg ketara aku tukar style aku mengikut citarasa yg dikehendaki aku dpt kerja dgn gaji rm1200. Di sini lah bermula aku mainstream kan fesyen hipster. Byk customer dr magazine untuk buat photoshoot. Magazine pertama adalah NewMen magazine collaborate dgn brand coach usa. Tahun 2012 aku buat IG yg pertama dan aku mendapat 1 malam 10 ribu followers dan aku link dgn Fb dan Pinterest. Bermulalah fashion aku di alam maya dan aku mendapat top5 men stylist IG di UK, Asia dan banyak colloborate dengan brand2 International di Europe. Inilah kehidupan aku yg sebenar supaya org tau luar dan dalam. Dan aku merendah diri serendah rendahnya dan aku berdoa yg terbaik untuk semua followers ku kerana support sampai ke tahap ini. 


Setelah itu apabila fashion aku menular, aku berkoloberasi bersama designer tanah air iaitu Fairuz Ramdan. Masa tu fashion mens wear banyak yg menjadi bahan kutukan. Aku dikutuk, dimaki menyatakan pakaian aku tidak sesuai dipakai di Malaysia. Haters membuat poster di Bukit Bintang dan seluruh Malaysia #wakdogol #seranggaperosak menjadi viral di laman social. Tapi itu menjadi motivate utk diri aku utk memperjuang fashion tanah air dimata dunia. Akhirnya aku diterima di seluruh pelusuk dunia contohnya aku mendapat crossover dengan Dr Martin Malaysia dan England. Susah payah bangun tidak melalui mana2 platform Entertainment dan aku berterima kasih kepada wartawan2 dan followers. Kemunculan aku dlm realiti tv Ke Korea Ke Kita bahawa itulah diri aku yg sebenar. Dari dulu sampai sekarang xpernah berubah. Exclusive utk harini aku keluarkan gambar yg xpernah aku keluarkan di mana2 laman social semasa kehidupan yg susah dahulu buat semua tatapan umum agar menjadi sumber inspirasi bagi anak2 muda dizaman Ini. Sekian terima kasih buat sedagher sedaghi smua."


ha..ambik...Saya copy sebijik2 tu..
makna kata kalau Wak Doyok tipu ni,
Tipu juga la entry ni pun..kan??hehhe
..

.Amacam??awak semua je ke yang susah kan??
Wak Doyok pun pernah susah jugak la..
jangan la cakap dia lupa diri ke apa..
dia masih ingat lagi dia pernah susah..

Eh!hensem jugak dia kalau tak berjambang bermisai ..kan??
hehehe

sekian...

Comments

  1. jadi penulis pun ada haters dan dikutuk macam2..inikan pulak wak doyok si ikon fesyen yg sekarang ini terkenal merata2..syabas wak doyok..

    ReplyDelete
  2. Tak faham sangat bahasa jawa..hehehe

    ReplyDelete
  3. susah dan senang untuk berjaya kan

    ReplyDelete
  4. tak akan dapat puaskan ati semua orang..

    ReplyDelete
  5. comel jugak wak doyok ni..haha

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  6. Lain plak mukanya bila x brjambang. Lgi macho

    ReplyDelete
  7. AF tu...haih! Picis jelah. Apapun, hail to Wak Doyok. Erk?

    ReplyDelete
  8. lain beno rupa dia kalau tak bermisai ye
    saya tengok cite ke korea ke kita tu
    terasa kelakar aje dengan perwatakan dia
    tapi sememangnya dia menjadi diri dia sendiri =)

    ReplyDelete
  9. Rezeki jambanglah tu, kalau muka licin macam sebelumnya agaknya dia tak berada di tahap sekarang kot, agaknyalah... Tapi rezeki kita adalah rahsia Allah...

    ReplyDelete
  10. Done baca sampai habis... memang menarik kisah hidup Wak Doyok dan boleh dijadikan inspirasi jugak untuk anak2 muda...


    Biasa kalau kita baca kisah2 orang berjaya, memang diorang bermula dengan bersusah-susah dahulu, kemudian baru berjaya...

    hm.. :")

    ReplyDelete
  11. ooo wak doyok iki
    seng sukak ngomong akupakaikopanas

    penuh liku-liku dia nak dapat kejayaan tu..itu lah lumrah hidup

    ReplyDelete
  12. manusia...ada je yang salah...aah bila tak berjambang semua baru la nmpak muka sebenar wak doyok...

    ReplyDelete
  13. Bukan senang nk berjaya. Hensem lah wak doyok tak der janggut & misai ☺

    ReplyDelete
  14. yes yes.... lebih ensem tanpa misai burung belatuk tu :)

    ReplyDelete
  15. Semua org prnah lalui saat susah

    ReplyDelete
  16. lain sangat rupa tanpa jambang dan misai tu..macam tak kenal wak doyok pun ada..

    ReplyDelete
  17. Salam, owh kesiannya... :( haters will be haters forever..hmm, sedih pulak aku bace kisah hidup dia..wuwu, alhamdulillah, berjaya dia skang..wuwu..touching plak dah aku ni..hmm, btw, dia lagi ok tanpa jambang, but then, nama wak doyok dh sinonim dgn jambang tersebut..so, habislah dia xleh potong jambang tersebut sampai bila2~~~haha

    ReplyDelete
  18. Biar betul tu Wak Doyok....lebih hensem dpd sekarang daa

    ReplyDelete
  19. La, Wak Doyok ni pernah kerja kat Autobavaria. Tapi tak kenallah pulak saya. Kegawatan ekonomi rasanya masa 1998 gitu. Kotnya manalah tau Wak Doyok ni pernah kerja dengan saya kat BMWkan... Meh nak belek gambar ensem WD dulu-dulu!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …