Skip to main content

KENAPA CHARGER CABLE SAMSUNG GALAXCY TAB NI MUDAH ROSAK?

Assalamualaikum...



Dah dekat 2 minggu saya tak bermanja-manja dengan Samsung Galaxcy Tab saya ni..memang pincang sikit la aktiviti blogging saya..Sebab Tab ni memang banyak membantu saya.Gara2 charger cable tab ni rosak tak banyak benda saya boleh buat sebab banyak gambar2 saya simpan dalam ni.

Sebenarnya ni dah masuk charger cable yang ke tiga selama 2 tahun lebih bersama Samsung Galaxcy Tab ni .Saya pun tahu la kenapa charger cable Samsung Galaxcy Tab mudah rosak.


Kerosakan nya sama je..saya nak sebut pun tak reti tengok gambar ni.ha..nampak??sampai suami saya terpaksa buka semua tu sebab nak tahu apa punca kerosakan nya.dia cuba sambung kan tapi tak befungsi jugak.nampaknya terpaksa lah beli yang baru..




Masa mula2 rosak dulu kami ke Samsung dan harga yang dikenakan untuk charger cable tu ialah RM80.mahal2 pun terpaksa la bayar..kan??ingat beli yang mahal tahan lama.tapi rosak jugak..Disebabkan suami kerja dari pagi membawa ke malam baru hari ni la dia sempat pi beli yang baru..



Tapi bukan beli kat samsung nun..tapi kat kedai telefon je..harga pun lebih murah ..RM30.


kat kotak dia tulis RM49...tapi harga yang dia bagi 30.ada yang lebih murah kot.sebab kawan kata dia beli 25 je.tak pe la..asalkan Samsung Galaxcy Tab saya ni kembali memberi khidmat untuk saya..Saya sendiri pun tak tahu kenapa Samsung Galaxcy Tab mudah rosak.??ada siapa2 yang tahu??



sekian..

Comments

  1. Eh kita punya charger tab pun sama kak ! Manjang ting tong. T_T

    ReplyDelete
  2. sama la cm ida..mybe sbb bhgian depan hujung die tu lmbut.so bile kita dok tarik..wyar die jadi rengang..beli yg murah je dh kalau mhal pun sm je cepat rosak

    ReplyDelete
  3. charger Samsung Note 8 Ash pun dah lembap dah sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. tukar brand lain lebih baik kak :)

    ReplyDelete
  5. maybe charger jnis kot x tahan...saya punya tab 3 ok jer setakat ni...alhamdulillah...sebab charger tab saya bleh pakai dgn fon lain...

    ReplyDelete
  6. saya pun dah banyak cabel tab samsung tukar.. cepat sangat wayar dia tu terputus

    ReplyDelete
  7. yer ker mudah rosak... takder tab so saya tak tau jugak.

    ReplyDelete
  8. jenama samsung selalu rosak charger.
    akak pun samsung S3 pun sama.

    ReplyDelete
  9. Sama... beli mahal pun rosak... beli murah pun rosak. Pening arrr

    ReplyDelete
  10. Cik nadyya..

    yang memula rosak tu tak kan tak ori sebab datangnya dari Samsung.yang kedua pun beli kat samsung jugak.mustahil la tak ori..kan?/kalau yang ketiga ni tak tahan jugak boleh kata tak ori sebab beli kat kedai enpon biasa je..

    ReplyDelete
  11. x pernah lg berdepan dgn masalah charger. kat umah ada 3 charger samsung. hope xmo la meragam mcm ni. mahai nak beli. jarang guna tab utk bw. melainkan kalau keluar baru dibw bersm.

    ReplyDelete
  12. Ni guna samsung tab 4.. tapi jenis kecik ujungnya.. harap tak cepat rosak laa..

    ReplyDelete
  13. Cikna pn prsn charger adik utk smsng tab 3 sllu rosak,sdhnye tumpangla charger hp cikai cikna yg xprnh rosak lg wlupun dh 4thn,alhamdulillah....^_^

    ReplyDelete
  14. Salam singgah sini sis...Diana pun guna samsung tab...tapi charger ok lg...mungkin sebab masih baru kot...harap2 taklah mudah rosak...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...masih bertahan charger tab ku itu ☺

    ReplyDelete
  16. Charger Galaxy Tab saya okey je. Yang tak okey, tab saya tu. Dah selamat dah pun. Tiada pengganti. Beli yang murah je untuk anak dengar lagu dan main game. Saya lagi prefer guna laptop.

    ReplyDelete
  17. Sy bru guna lg tab so charger ok lg..cuma mse dh bis charge tuh pegang kt kepala wayar tuh n cabut perlahan2

    ReplyDelete
  18. Akak .. tak perlu pun charger ori yg mahal2 tuu .. mahal sgt akak beli tu smpi 80+ .. actually akak kena cri charger yg penyambung wayar n kepala charger tu lebih kukuh .. klu tgok charger ori pun boleh nmpk mudah putus klu terentap . Kann .. saya nk tunjukkan pun tak ley nk send gambar .. hii . yg putus tu wayar dlm cabel dia .. tu yg charge tak masuk .. saya punya tab pun 3 tahun da guna .. tpi charger dekat 5 6 da.. haha ..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …