Skip to main content

HUKUM PAKAI PEWARNA KUKU

Assalamualaikum...



Saya ni memang dari zaman anak dara lagi suka betul pakai pengilat kuku
dan pewarna kuku...nampak cantik kuku kita bila pakai warna warni gitu..
Tapi tak semua orang bersikap terbuka bila bab2 pewarna dan pengilat kuku ni.
Saya sendiri pernah di tegur sorang makcik ni..

"eh..kamu pakai pewarna kuku ni,macam mana nak sembahyang..berdosa pakai ni..air sembahyang tak kena..kalau kamu tiba2 mati cemana??tak sempat nak cuci..'

ha..macam tu la bunyi dia men'sekolah"kan saya masa tu..
macam saya ni buat dosa besar pulak.
saya mampu senyum je la kat makcik tu..
saya anggap makcik tu ambil berat dan sayangkan saya..



Saya mengenakan pewarna kuku supaya kuku saya sentiasa nampak bersih.
dulu saya bekerja di bahagian stor dan ada masanya saya kena buka kotak2 untuk check barang.
Bila jari saya ni terkena kotak,bahagian bawah kluku saya akan pecah2 kulit nya..
kadang2 kuku saya akan jadi pucat dan kotor

Makcik tu mungkin tak tahu
ada cecair yang boleh kita guna untuk buang pewarna kuku tu bila kita nak solat.
tak sampai 5 minit pun nak cuci nya..
kalau kita mati pun dah tentu2 orang akan cuci kuku kita tu dulu..kan??
Tak kan la bodoh sangt manusia ni sampai
nak kebumikan kita gitu je tanpa mandi semua..huh!

Hukum memakai pewarna kuku..

Semalam pun ada yang komen di entry Ini katanya haram memakai pewarna kuku.
Islam ni bukan la susah pun.tak de hadis yang mengatakan memakai pewarna kuku adalah haram.
Rujuk di sini..

sekian..


Comments

  1. tu pasal ILMU itu penting.
    Tanpa ILMU, kita sesat.
    Lagi sedih, kita keluar hukum dan menyesatkan orang lain

    ReplyDelete
  2. islam itu mudah..kt je yg suka susahkan..

    ReplyDelete
  3. Kita tengok sekarang ada jenis yang peel-off pula. Dah boleh main kopek kopek. Senang. Hehehe. Ada yang jenis boleh bawa p sembahyang lagi.

    ReplyDelete
  4. insha Allah, moga yang baca entry ni bertambah ilmunya..
    akak suka jugak pakai pewarna kuku masa dulu2 yang ada bunga2 :)

    ReplyDelete
  5. Kita pun suka dulu-dulu pakai pewarna kuku ni, Diana. Lepas tu kita nangis-nangis dok bersihkan bila time nak sembahyang. Of courselah, kita takdalah beritahu semua orang yang terangkat kening tu (bila tengok pewarna kuku kat tangan kita) yang kita buat juga solat sebenarnya.

    Sekarang ni dah tak pakai lagi. Kuku pendek-pendek, kemetot je alahai. Tak cun pulak letak pewarna.

    ReplyDelete
  6. Makcik tu org MELAYU. Bukan org ISLAM. Heheheh!

    ReplyDelete
  7. entri yg bagus. orang yg tak tahu, boleh jadi tahu.. :)

    ReplyDelete
  8. zaman dulu2 takde pembersih yang mudah cam sekarang..tapi bagusnya tak payah pakailah sebab akan mendatangkan fitnah (macam makcik tu nasihat)..dan kalau kuku rosak..better pakai inai..inaikan ubat juga kan..

    ReplyDelete
  9. Salam, haa yup2 sama mcm hukum pakai pewarna rambut...aku dulu mase study suka pakai quitac (camne nak eja entah), warna hitam tapi pakai kat kuku jari kelingking semate~ haha..tu pun pakai masa period..tapi mmg senang lah nak hilangkan guna cecair pencuci dia tu..hehe

    ReplyDelete
  10. @mar mansor..

    kalau tak tahu hukum memang akan mendatangkan fitnah..sebeb itu kita kena belajar tentang hukum hakam ni.jangan mengharamkan sesuatu yang halal..

    ReplyDelete
  11. alah boleh cuci kan.. bukan pakai 24 jam

    ReplyDelete
  12. Info baru .... terpulang pada individu masing2 kan... :)

    ReplyDelete
  13. sekarang ni, ada pewarna kuku yang boleh kupil.. biasa la tu.. org tua.. mak saya pun mcm tu kak.. tapi, boleh la nk terangkan kat dia.

    ReplyDelete
  14. lain org lain pendapatnya..asal kite tau ape niat kita dah la kan..

    ReplyDelete
  15. I is malas....boleh? hahaha tapi kan, si anak dara kita ni kan, senang jer nak "beli" dia, janji buat kaler2 kuku terus happy giler.

    ReplyDelete
  16. Teringat masa jaman skolah. Kaler kuku pakai magic kaler...hehehe...

    ReplyDelete
  17. Diana tak suka pakai pewarna kuku...selalu pakai inai jer...inai ni setiap nak raya pasti Diana pakai...dah jadi kebiasaan dah...hehe..

    ReplyDelete
  18. Xpernah pakai pewarna kuku..inai pun pakai time kahwin dlu

    ReplyDelete
  19. senang2 je cakap...yg saya tahu kalo mati kuku masih ada warna,boh la pencuci apa pn tak boleh kluar...pasai darah dalam badan dah tak mengalir tidak boleh bertidak balas dengan pencuci...jadi dia akan kekal kedalam liang lahad,nanti jawab la dengan mungkar dan nagkir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu En. BADRUL. Kebanyakan mereka berhujah macam betul je. Tiada tindakbalas kimia pada kuku org yg dah mati. Takpa la, depa2 dok rasa yg malaikat tak cabut nyawa time dtg bulan kot.

      Delete
    2. Betul tu En. BADRUL. Kebanyakan mereka berhujah macam betul je. Tiada tindakbalas kimia pada kuku org yg dah mati. Takpa la, depa2 dok rasa yg malaikat tak cabut nyawa time dtg bulan kot.

      Delete
  20. Lor...pesal la komen kat atas tu macam teruk sgt..macam la kita pakai ari ni esok confirm mati...nukan kita pakai hari2 kot dan x basuh...sekarang dah moden...macam2 benda ada..bukan kita x tahu hukum langsung kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tahu hukum. Tang Aurat kene tutup tau tak...
      pikir la sendiri.

      Delete
    2. Kalau tahu hukum. Tang Aurat kene tutup tau tak...
      pikir la sendiri.

      Delete
  21. Pernah pakai gak....curi curi pakai entah sapa punya lupa dah.... pas tu berangan haha....

    ReplyDelete
  22. Hurm, warnakan kuku tidak haram alau di depan suami, tetapi kalau di.depan bukan muhrim hukumnya berdosa sbb menunjuk2, macam.memakai alat solek, lebih2 lagi kalau memakai warna yg terang, tak ke attract attention lelaki? Itu pendapat sayalah.. And ya, ada bahan kimia yg boleh hilangkan pewarna kuku tu, tetapi buatnya kita meninggal dunia n masih memakai pewarna kuku, n yg memandikan jenazah kita tu makcik2, yelah walaupun ramai ahli.keluarga kita yg boleh memandikan.kita, tapi setahu saya xramai yg boleh memandikan jenazah.. Boleh ahli keluarga mandikan, contoh.mak kita n mak cik2 ni mandikan jenazah kita, nak2 pulak makcik2 yg xtahu menahu pasal pewarna kuku ni, takkan mak cik ni boleh detect ni jenis peel off ke apa kan? Tak ke urusan memandikan jenazah tergendala sbb nak beli bahan kimia untuk hilangkan pewarna kuku? Itu pendapat saya lah.. Wallahua'lam.. Kalau ada salah silap, minta maaf.. :)

    ReplyDelete
  23. http://marfatinriko.blogspot.com/2012/12/disebalik-kisah-si-pemakai-cutexnail.html?m=1

    http://macikzkonah.blogspot.com/2013/04/memori-pewarna-kuku.html?m=1

    ReplyDelete
  24. Fuhh... Siap ada yg komen mcm mati tu utk hari tua je. Better safe than sorry. Go for henna instead.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang tau kot bila time malaikat nak cabut nyawa...
      Amal dah cukup. Kita semua banyak kekurangan, tak salah saling ingat mengingatkan Kan.
      Inai kalis air ade, pakai la. Cantik jgk ape...

      Delete
    2. Diorang tau kot bila time malaikat nak cabut nyawa...
      Amal dah cukup. Kita semua banyak kekurangan, tak salah saling ingat mengingatkan Kan.
      Inai kalis air ade, pakai la. Cantik jgk ape...

      Delete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …