Skip to main content

CARA MENJAGA DIRI DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...





Boleh tak saya nak kongsikan pesanann suami saya?
mana tahu kalau2 ianya berguna untuk kawan2 jugak..

Dia pesan pada saya...
"setiap kali kita terasa nak kongsikan apa2 di laman sosial,
sama ada gambar-gambar kita,gambar2 saudara mara kita,
dan pendapat2 tentang isu semasa, serta luahan perasaaan
kita ,pastikan kita serapkan sedikit rasa malu dalam diri kita.."

sebab apa??

Bila kita ada sedikit rasa malu kita akan lebih berhati2
bila update apa2 status dan ulasan kita di laman sosial.
Bila kita ada rasa malu kita akan
fikir apa kesan2 nya bila orang baca staus dan komen kita.
Bila kita ada rasa malu kita akan berjaga2
supaya gambar2 kita yang
boleh mendatangkan fitnah ,tidak tersebar...



Untuk apa kita berjaga2..??

Supaya kita tidak bersengkata dengan orang di laman sosial.
Supaya orang lebih menghormati kita..
Supaya kita tidak mudah di nilai oleh orang lain.

bayangkan apa terjadi jika kita kerap bersengketa dilaman sosial??
bayangkan apa akan terjadi jika rakan2 dilaman sosial tidak menghormati kita??
bayangakan apa akan terjadi jika orang mula menilai kita dengan macam2.??

Senang je kalau tak mahu orang bergaduh dengan kita..
Kita jangan la suka cari salah orang..
memang di mata kita dia buat salah.apa dia kata semua salah.
tapi tak payah kot kita berlagak macam hakim dan polis..
Kita buat hal kita dah la..
buat apa kita buka mulut kalau setiap apa yang keluar dari mulut kita
semuanya menjadi punca perbalahan???


Sekali sekala boleh la..
Tapi kalau dah kerap sangat tak mau la orang gelar kita kaki gaduh.
Saya memang tak suka orang gelar saya mulut lazer atau kaki gaduh.
Rasa macam teruk sangat saya nih..heheh


sekian..


Comments

  1. Alaaaa. Rasa nak tutup blog. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Saya memang tak suka kongsi apa-apa di laman sosial. Saya takda twitter, takda instagram dan FB yang berlapuk. Suami saya pun ada pesan, boleh merapu apa nak tapi jangan singkap dalam kain sendiri. Okeylah, saya pegang pada pesanannya tu.

    ReplyDelete
  3. Selalu berhati2 skrng ni.. takut benda2 yg x patut dishare tak sedar dishare..
    Menykit hati org tanpa sedar.

    ReplyDelete
  4. Salam, berguna nasihat suami kau kak..malu tu kena ada di laman sosial..sbb takut org salah tafsir diri dan sikap kita berdasarkan apa yg kite share kat laman sosial tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Betul..sometime kita xsedar..bila dah jadi mmg dah terlambat..

    ReplyDelete
  6. ye betul tu perasaan malu perlu ada..fikir sebelum buat..
    fikir sebelum upload..

    ReplyDelete
  7. agreed.. saya pon kadang nak luah macam risau jugak kang saya taip tak sama macam org lain baca..

    ReplyDelete
  8. social networking ok je kalau tak disalah guna. biar berpada2..

    ReplyDelete
  9. ye btl tu..
    pape ang kite buat sntiase diperhati...
    terima kasih atas perkongsian pesanan asben tu

    ReplyDelete
  10. sekarang dekat internet pun nak kena jaga diri..hmmm

    ReplyDelete
  11. Salam, sangat setuju dengan artikel awak ni. Kadang2 kita suka lepaskan perasaan dan kepuasan kita dalam fb tanpa memikirkan pandangan masyarakat lain.

    Minta dijauhkan perkara2 negatif :)

    ReplyDelete
  12. Harap sanga dijauhakn dari segala benda negatif ni .......

    ReplyDelete
  13. SAYA SETUJU 10000%%% KAK!! TIADA BANTAHAN!

    ReplyDelete
  14. Berpada-pada bila memberi ulasan di laman sosial. Sendiri kena ingatlah tu. Salam kenal.

    ReplyDelete
  15. seeloknya mmg begitu . fb tu dah jadi platform mcm2 . ada juga yg suka berhujah ...

    ReplyDelete
  16. Bagus pesanwn tu dan saling mengingatkan

    ReplyDelete
  17. thanx untuk ingatan ni.. tu yang kadang nak upload gambar pikir banyak kali tu.

    ReplyDelete
  18. Mekasih atas perkongsian dan peringatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …