Skip to main content

BUAT TAK TAHU JE.JANGAN LAYAN.DIAORANG DENGKI...

Assalamualaikum...



"Buat tak tahu je...."

"jangan peduli apa orang cakap.."

'diaorang tu dengki..jangan di layan.."

Pernah tak kawan2 bagi pendapat  macam ni pada orang lain yang ceritakan  masalah nya kepada kawan2??terus terang  saya katakan ianya tidak membantu langsung..


Tak sepatutnya,seseorang yang ada masalah sampai tak boleh tidur malam,sampai bengkak mata menangis, kemudian dia cari kita untuk luahkan perasaan tapi kita cuma jawab "buat tak tahu je..."

Bila dia cerita pada kita itu bermakna besar la masalah nya pada dia.Mungkin kesan nya kita tak nampak ,sebab kita tak lalui nya.tapi tak patut kita jawab macam tu.Awak cuma ambil jalan selamat sebab malas nak layan masalah dia tu."Biar lah dia tanggung sendiri,lagipun saya dah pesan kat dia buat tak tahu je.." . boleh gitu?



Selalunya saya tengok perkara ni juga berlaku kat dalam media sosial ni.kita ni menaip sambil nangis2..sampai basah keyboard meluah perasaan kat blog dan facebook.Tapi kawan2 cuma suruh "buat tak tahu je.."sedangkan masalah kita tu kalau dibiarkan mungkin menjejaskan rumhtangga ,mungkin kita  akan kehilangan pekerjaan...



Tapi kawan-kawan kita pulak cuma bagi komen yang tidak membantu langsung...."saya bukan kenal pun dia ni..komen je la apa2 pun tanda ambil berat.."  lepas tu  taip la.. "dia dengki je tu..jangan layan.." dan orang yang ada masalah tu terus lah memikirkan masalah nya sendiri..



Lebih baik kita diam kalau kita tak boleh membantu....

sekian...


Comments

  1. setuju sangat ni diana
    kadang banyak bercakap pun akan ada yang terluka
    lebih baik diam kan

    ReplyDelete
  2. haha, betul gak kak diana..kalau orang cerita masalah kat kita tu tandanya diorang percayakan kita.kalau tak boleh nak offer advice cukuplah jadi tukang dengar.

    ReplyDelete
  3. selalu ada kawan2 yang bg ayat begini
    bagi anum diam je la

    ReplyDelete
  4. Betul 3x. Lebih baik diam kalau kita tak dapat nak membantu. Dari bagi komen mcm tu. MEmang tak membantu langsung.

    ReplyDelete
  5. kalau orang yang ada masalah boleh buat tak tahu jer tak de la jadi masalah pada dia kan.. So, nak bagi pandangan pun kena bijak jugak la

    ReplyDelete
  6. Kalau face to face..yer kita diam jer...tapi bila komen seeloknya kita say something...at least dia rasa ada orang yg care psl problem dia..ikut pendapat la..

    ReplyDelete
  7. Hahahaha! Good ones. Mgkn diorang tglkan komen sbb semata nak bgtau yg diorang tglkan jejak tu. Hehehehhe...

    ReplyDelete
  8. kak kalau rasa seseorng tu sgt stres dgn masalahnya kak akan cuba dekati n beri pandangan walau cuma kwn fb yg xberapa dikenali...menolong setakat yg terdaya.

    ReplyDelete
  9. Ada few yang cite mslh kt saya.
    Alhamdulillah saya dah cuba beri beberapa solutions ikut kemampuan fikiran saya.

    ReplyDelete
  10. Alamak???? Gitu yeh DR.....ok...ok ambik pengajaran lepas ni tak mo dah cakap gitu lagi....kena cari idea jugak sebaris dua ayat bagi pandangan yeh...

    ReplyDelete
  11. Lain orang lain pandangankan, Diana. Samalah macam orang yang ditimpa kesusahan dan kita suruh mereka bersabar. Sedangkan kita ditimpa masalah kecil pun tak boleh sabar, inikan pulak yang dapat musibah besar. Kadang-kadang bila nak bagi nasihat tu kita pun hilang idea nak kata apa dek terkedu tengok nasib si kawan ni tadi. Nak menyedapkan hati, cakap ajelah apa yang terlintas. Rupanya tak membantu pun :)

    ReplyDelete
  12. hee btl tuu...
    lebih baik diam je
    dari menanmbah sedih org tu

    ReplyDelete
  13. Kalau orang yang hati tisu macam saya, terus kecik hati kalau dibuat macam tu. Nampak sangat dye tak peduli. Huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …