Skip to main content

BAHAYA YANG ANDA TIDAK SANGKA

Assalamualaikum...




Sekarang ni kan trend pakai baju yang ada nama sendiri tu..kan??cantik juga baju macam tu..tak payah orang dok tanya.."siapa nama awak.?" Dah sah2 ada nama kita kat situ..



Lepas tu sekarang ni ada setengah mak ayah siap tempah rantai emas yang ada nama anak tu...cantik jugak tu..mesti mahal.bila anak pakai comel betul..


Tapi jangan lupa ye..bahaya ada dimana2..Sangat bahaya kalau awak dedahkan nama kat tempat awam macam tu.Bukan semua orang hatinya suci murni.ada yang hatinya hitam .Tak payah la awak nak fikir positif sangat ye..Kita sekarang bukan kat syurga.

Awak bayangkan lah bila awak pakai baju nama awak,lepas tu orang tu ikut sampai kerumah.dia intip dulu kat mana rumah awak.esok awak keluar rumah ,dia datang ketuk pintu dan cakap kat salah sorang ahli keluarga.."maaf ye makcik,anak makcik si Amran aksiden kat depan nun.saya ni kawan dia.dia dah di hantar ke hospital"mak awak yang tak tahu apa2 ni terus pi hospital.seronok  dia dapat pecah masuk rumah yang dah tentu2 tak de orang.



Kalau budak2 lagi bahaya..dia nampak nama anak awak,lepas  tu bila2 ada peluang , anak awak dok sorang2 kat depan sekolah ke,dia datang dan cakap "ini Montel kan..mak Montel suruh abang datang ambik Montel sebab ayah dan mak montel eksiden.jom abang bawak pi spital.." Montel lak percaya sebab tak kan abang tu tipu sedangkan abang tu tau nama manja dia...

Sebenarnya benda ni kalau kat luar negara mereka dah lama berjaga2.macam saya biasanya saya dengan suami dan maisara dah tetapkan satu kata kunci yang bila orang tu sebut ,maknanya betul la ada pesanan dari saya dan suami.kalau tak de kami pesan suruh lari atau jerit sekuat hati.

Sekian..

Comments

  1. kata kunci! saya nak guna juga idea tu
    untuk anak-anak

    ReplyDelete
  2. Memang kena ada kata kunci... takut sekarang... memacam jadi kat Malaysia ni...

    ReplyDelete
  3. tak penah tringin nk buat baju I am ni ..huhu
    bahya sbnrnya .

    ReplyDelete
  4. tips kata kunci tu memang awesome!thanks share kak diana!boleh suruh anak-anak sedara guna

    ReplyDelete
  5. Salam yup2, aku pun ada fikirkan benda ni jugak...sbb nama kita tu~~ org leh suka2 hati guna utk buat jenayah..skang penjnayah kan kreatif T_T risau betul..haa bagus kak! aku slalu tgk dlm movie omputih, diorg mmg guna keyword dgn anak2 diorng..nice! :D

    ReplyDelete
  6. insyaAllah akan dipraktik ble arfan dh skolah nt

    ReplyDelete
  7. confirm ada yang anggap kita ni terlalu negatif padahal zaman sekarang memang kita tak boleh terlalu positif sebab jenayah boleh berlaku di mana2 & dalam keadaan yg kita tak pernah sangka. So, apa yang berisiko tu elok la di elakkan

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah nak setkan juga kata kunci. Mmg dah sedar lama dah bahaya dedahkan nama sendiri ni. Yg baju tulis i am sesiapa tu, saya langsung tak minat. Not cool. Dulu masa skolah tanak pakai nametag. Skrg bila org dah tak suruh pakai nametag, ko terhegeh2 plak nak bagitau nama ko sape.

    ReplyDelete
  9. betul tu..sekarang ni bahaya ada dimana2 saja..
    bagus juga guna kata kunci tu..

    ReplyDelete
  10. Saya pun buat macam tu kat Abang. Kalau ada orang sentuh je dan dia tak kenal, jerit aje panggil 'Mommy' sekuat hati. Dan saya beritahu juga padanya Mommy tak akan hantar sesiapa untuk ambilnya kecuali dua sepupu lelakinya tu.

    ReplyDelete
  11. haah kan..xpenah terpikir plak..kite tgk baju2 tu mcm cantik je klu ade nama sendiri..xpikir plak keburukannya..

    ReplyDelete
  12. skrg enjenayah dah bijak. so kita kena jd lbh bijak drpd penjenayah

    ReplyDelete
  13. bila sesuatu dibuat ada orang amek kesempatan lain pulak jadinya..

    ReplyDelete
  14. Lebih baik berjaga-jaga kan sebelum perkara buruk terjadi...

    ReplyDelete
  15. Tips kata kunci tuh sgt bgus..sharelah tips tuh...boleh dipraktikkan org lain

    ReplyDelete
  16. ish bahaya kan...skang trend sangat orang buat baju camni...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …