Skip to main content

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Entah bila saya buat kerabu mangga nih..
tak ingatt pulak.Suami saya makan bertambah2..hehe
Rasanya memang sedap..

yang penting bahan nya simple dan caranya mudah sangat nak buat.
nak resepi??jom kita tengok...


RESEPI KERABU MANGGA

Bahan-bahan:-
2 biji mangga muda
1 biji tomato
1 biji bawng besar
4 biji cili padi
2  tangkai daun ketumbar
sedikit lada hitam(anggaran  dalam 6-7 biji)
1 sudu kecil udang kering
1 sudu perahan limau nipis/lemon
garam






cara-caranya..
Hiris halus mangga,tomato ,bawang besar ,daun ketumbar dan cili padi.
Goreng udang kering dengan sedikit minyak..tumbuk udang kering bersama lada hitam.
campur kan dengan semua bahan yang telah di hiris halus.
kemudian masuk kan garam dan perahan limau.
dah siap...



saya guna cili padi yang ni.
rasanya memang pedas.kalau yang tak tahan  pedas 
boleh kurangkan sikit cili padi tu ye.
boh sebiji pun dah pedas dah.


sekian.

Comments

  1. Amboi, terliur sy tgk kerabu mangga Diana ni. Dulu rajin gak sy bikin kerabu. Kerabu sotong, sedap jugak. Haih! Nak kena cari mangga mudalah mcm ni.

    ReplyDelete
  2. wahh sedap ni diana
    thanks share resepi :)

    ReplyDelete
  3. senang je ye buat kerabu mangga ni. udang kering tu nak kena tumbuk ke tak

    ReplyDelete
  4. Kerabu ni memang antara makanan favourite saya. Best kalau makan dengan nasik lauk gulai daging.

    ReplyDelete
  5. arghhh!! nak!!! ni nak cari kerabu mangga untuk dinner nih!

    ReplyDelete
  6. fav tau kalau kerabu mangga nie..
    makan sorang pon tak ape...
    hehhehe

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan kerabu mangga.....orang yg suka masam masam mesti sukakan DR.... tabur kacang tumbuk pun sedap tu!

    ReplyDelete
  8. sedappppnya... suka-suka,.febret ni

    ReplyDelete
  9. Yum yum yum.. sedap ni... bila la nak musim mangga kat belakang rumah.... bole buat ni...

    ReplyDelete
  10. klu dpt cili padi kampung, lagik thorrbahekk.. kebabom lah!

    ReplyDelete
  11. saya suka juga makan kerabu mangga ni
    tapi tak pernah cuba buat
    cam senang pula rupanya
    selalu kerabu susah...hehe

    ReplyDelete
  12. dah terasa rasa pulak di tekak ni.. owh letak tomato ek. nanti boleh try letak.. selalu tak letak...

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap. Kalau saya dpt tu habis saya ratah

    ReplyDelete
  14. favourite ni..walaupun mudah je nak buat tapi cukup malas nak buat..hihih

    ReplyDelete
  15. Ngences saya nengok ni tau, sedap kan kerabu mangga, lama dah saya tak buat..

    ReplyDelete
  16. ermm..meleleh air liur tgok kerabu mangga..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …