ZUL MUHAMMAD

CIRI-CIRI BLOG YANG SAYA TAK SUKA

Assalamualaikum...

Ramai blogger yang tak suka blog yang berat sebab dah tentu akan ambil
masa ketika loading.Punca blog berat mungkin
disebabkan link terlalu banyak.terutamanya di bloglist.
Sebab  lain ialah  terlalu banyak widget yang digunakan.
Saya pun  tak suka blog yang berat.sebab saya ni suka buka tab banyak2.
sekali saya blogwalking ,20 blog saya buka.
nak tahu apa lagi ciri2 blog yang saya tak suka..?



1-warna font yang pudar/kelam.
nak baca pun jenuh mata terkebil2 depan komputer sebab tak nampak.
dah la guna font saiz kecik,warna font pulak merah jambu yang
tak berapa nak jambu tu.Blogger adik2 mungkin tak kisah.
tapi blogger separuh abad macam akak ni,memendam perasaan je la..


2-cursor besar gedabak.
siapa yang guna cursor ada nama la,ada payung celah pokok la..
ada bintang2,ada snow tiap kali kita gerak kan cursor tu..
percaya la..itu dah ketinggalan zaman.
Guna cursor gitu bukan saja menyemak kan mata malah
kalau kita klik pun entah apa2 yang terklik.bikin hangin je ahkak ni tau..

3-Sidebar banyak gambar.
saya tak tahu la dengan orang lain..
tapi kalau saya,memang tak berkenan blog yang letak gambar
penuh kat sidebar.gambar anak2,gambar ,opah,
gambar masa hari raya,gambar 11 ekor kucing belaan nya..
erm...lebih baik letak kan gambar2 tu dalam entry dan
letak kat tab menu dengan tag "gambar kucing2 ku.." atau "gambar orang kesayangan"
atau apa2 je la..kan??


4-terlalu banyak warna..
Nak kata pelangi ,bukan pelangi..tapi sangat banyak colour nya..
sidebar warna biru,..background blog warna ungu..
background post warna pink..tulisan pulak warna oren..
errr..dah macam main candy crush saga pulak..


5-Gambar kecik je..
saya ada kongsi cara untuk buat gambar kat blog jadi besar..
jangan lupa baca komen jugak sebab
ada beberapa blogger kongsikan cara lain yang mudah jugak.
gambar tu akan jadi muat2 je dengan post kita
tak susah pun.senang je.klik klik klik dah siap..:p



6-Sidebar kiri dan kanan
saya suka baca entry tanpa gangguan mata,
biar saya fokus pada entry dulu.dah habis baca baru saya scroll tengok sidebar dia.
tapi bila awak letak sidebar kiri kanan,
saya rasa macam mengganggu sangt.
sidebar kiri kanan ni juga adalah satu punca blog berat
sebab kalau dah kiri kanan maknanya ada banyak ruang untuk awak guna.
sudah nya segala mak nenak la nak letak kat sidebar tu..kan??

7-kotak komen yang cerewet.
Ingat orang je ke yang cerewet..kotak komen pun sama jugak.
dah komen panjang2 tengok2,kena masuk kan word verification.
lepas dah masuk kan code tu,tengok2 salah.
sebab mata tak berapa nampak.ulang lagi..salah jugak.last2 meluat tekan X terus.
ada jugak kotak komen yang
kita kena isi email,nama,url blog..erghhh..
lambat la...:p

ok..tu je la kot yang paling saya tak suka..
awak pulak macam mana??

sekian..

Post a comment

45 Comments

  1. Blog saya takda itu semuakan? So, tak masuklah dalam blog kebencian Diana. Hahaha...

    Actually semua tu takda sebab saya tak pandai pun nak membega-begakan blog ni. Saya biar yang simple jek. Kang lebih-lebih saya pomen, hancur pulak blog.

    Sebenarnya, saya pun lebih kurang gitu jugalah. Tak suka yang menyiksa mata saya yang rabun ni walaupun saya suka je blogwalking dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  2. N3 YG MENARIK...MMG XSUKA NK ENTER BLOG YG RUMIT2 NI...NK MUDAH JER HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. kebanyakan yang diana tak suka tu pun ai tak suka jugak..hhahaha..especially nak kena word verification...ohh..nyampah ok!!

    ReplyDelete
  4. Seb baik blog kita dua tiga kaler jer...haha..

    ReplyDelete
  5. same la kak..xsuke jugak blog yg sarat..nk loading lama..tp blog saya ok x?hikhik

    ReplyDelete
  6. Satu lagi yg saya tak suka ialah blog yg ada lagu. Ia cuma menghilangkan fokus membaca.

    Terima kasih atas teguran Diana. Blog saya juga mungkin salah satu darinya...hehehe.. Kelemahan akan diperbaiki, insyallah...

    ReplyDelete
  7. Samalah..Harapnya blog kita tak masuk dalam list yg awak tak suka tu yea...

    ReplyDelete
  8. Sama la..hmm mcm2 ragam dan kesukaan org ni..apapun simple itu lebih baik.

    ReplyDelete
  9. Setuju .. terutamanya yg berat .. jenuh menunggu.

    ReplyDelete
  10. setuju...dulu masa mula2 berblog macam2 nak letak kat sidebar tu...bila dah masuk sethn berblog...dah start remove mana2 yg x penting....

    ReplyDelete
  11. untuk orang yang buta coding macam saya ni, memang tak berapa pandai
    kalau nampak apa yang tak ekna pada blog saya, tegurlah ye
    kadang tak perasan =)

    ReplyDelete
  12. nice sharing. tapi saya tak kisah dengan word verification. kalau ada, saya isi je.. :)

    ReplyDelete
  13. hehe..blog saya kak diana suka tak?

    ReplyDelete
  14. Kalau boleh memang nak yg mudah semuanya Dee. Tapi blog kakak pulak entahlah macam mana agaknya pada pandangan kawan-kawan yg berkunjung..

    ReplyDelete
  15. hehehe..lain org lain citarasanya kan..saya mmg suka letak gambar kat sidebar dan warna warni..hehehe..

    ReplyDelete
  16. tu la kebanyakkan orang tak suka.. sebab tu sekarang apa yang saya rasa boleh kurangkan kat blog saya kurang. zaman semak2 blog dah berakhir kekekeke

    ReplyDelete
  17. Klau lya pun sependapat juga lgi2 klau da yg nak minta like mcm2 arrhhhh

    ReplyDelete
  18. Ok. Nmpknya, sy lulus. Boleh sgh hari-hari ya Diana? Hahahaha!

    ReplyDelete
  19. Betu betul .,,setuju sangat dengan entry nie,, sbb saya pun tak suka jugak blog yang mcm nie .. serabut otak, bila masuk blog dia . Hehe

    ReplyDelete
  20. Setuju untuk semua ciri-ciri tu.. ;)

    ReplyDelete
  21. memula dulu semua nak letak...gambar, lagu, fancy2 clock etc...last2 sendiri rasa 'merangkak'....

    ReplyDelete
  22. Aku xsuka blog yg letak muka sndri besar2 KT header tu. Ok x? Haha

    ReplyDelete
  23. kotak komen yanga da wv tu buat aii berbulus :)

    ReplyDelete
  24. harap blog saya xde ciri2 yang dimaksudkan.. hahahaha.. tapi dedulu yer.. sume ada .. kih3

    ReplyDelete
  25. Hihi klu byk sgt kena klik itu ini mmg saya pangkah je. Mood x berapa baik nak bw time mabuk ni lg pening bila nmpk blink blink dan kena klik sana sini

    ReplyDelete
  26. blog zizie acane kak? rasa serabut x? zizie ok je kalau akak jujur. :)

    ReplyDelete
  27. sy suka blog simple n cepat loading. commenluv bez dikomen sbb tertera link artikel di situ. cuma perlu isi url blog, email bagai. tp berbaloi.

    ReplyDelete
  28. mintak2 lah blog ayu bukan blog yang tak disukai
    heheheh

    ReplyDelete
  29. Banyaknya yg tak suka DR......hehe.... seram pulak Okje....
    Blog okje macamana? Berat ke idak?

    ReplyDelete
  30. lya tersenarai x camni..
    tegur pls..kot x perasan

    ReplyDelete
  31. ok faham

    blog yui cmen kak??

    meh2 komen..hihih

    ReplyDelete
  32. setuju! bab kotak komen tu memang kena ambil perhatian. kadang-kadang kita dah syok baca entry, pastu nak keluarkan pendapat yang bernas. bila dah komen kena letak macam -macam.. kena 'teka' nomborlah, 'teka' abjad la. hihi. last memang tekan X, kalau usaha tadi gagal la. hihihi

    ReplyDelete
  33. tul...sama la gan kita...lagi-lagi klu blog tu lambat upload...gan ada salji jatuh2 la ...hadoi...

    ReplyDelete
  34. Betul tu. Harapnya blog saya tak tersenarai antara blog yg dibenci ☺

    ReplyDelete
  35. nampak nyer ketidak-sukaan kita adalah sama.

    ReplyDelete
  36. Kotak komen tu selalu sgt tau. Cx terpaksa tgglkn je blog tnpa komen

    ReplyDelete
  37. Teringat zaman cursor keluar nama sendiri tu, bila gerakkan huruf dia ikut hahaha ... tq for sharing sis ;)

    ReplyDelete
  38. Entry yang bernas seperti air nenas *maaf saya haus

    Hahaha

    ReplyDelete
  39. Entry yang bernas seperti air nenas *maaf saya haus

    Hahaha

    ReplyDelete
  40. Harap blog ekin bukan la ya hihihihihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)