Skip to main content

REVIEW TOTAL IMAGE FASTLOSS DRINK

Assalamualaikum...



Ramai jugak yang tertunggu-tunggu review untuk Total Image FastLoss Drink ni.
Siapa yang tak nak cantik kan??
Bukan la maksud aku bila gemuk itu bermakna tak cantik..
tapi selalunya bila kita gemuk
akan ada la penyakit2 sampingan yang berdamping dengan kita..
sakit kaki ,sakit kepala,cepat letih,tekanan darah tak stabil,
dan macam2 lagi..hanya yang mengalaminya aje yang paham.
bila sakit mula la tertekan sampai menjejaskan aktiviti harian..

Oleh sebab itu perlu jugak la kita berusaha untuk mengatasinya
dan salah satu cara paling mudah dengan
mengambil sebotol sehari FastLoss Drink.
Botol nya comel je .Isian nya cuma 22ml.
jadi tak la tersiksa sangat korang nak menelan.
tambah pulak rasa  FastLoss Drink sedapppppp!!heheh


Nak tahu jugak kan apa bestnya FastLoss Drink??

-Dirumuskan di Perancis, formula ini selamat dan semulajadi membantu anda mencapai pengurangan berat badan secara keseluruhan manakala membentuk semula punggung, mengurangkan garis pinggang, menegangkan paha dan menyuburkan badan anda dengan vitamin dan mineral.

Tambahan pula, FastLoss Drink secara klinikal terbukti berkesan kerana:

Ia adalah dalam bentuk cecair untuk penyerapan mudah.
Ia menggunakan bahan-bahan botani semula jadi.
Ia tidak memerlukan pengguna untuk diet.
Ia tidak memerlukan pengguna untuk melakukan senaman berat. -link


Selepas seminggu pengalaman  menggunakan  FastLoss Drink
aku cuma dapat rasa aku punya mual pagi2 tu dah hilang.
sebenarnya aku ni mengandung ke tak mengandung ke
memang setiap pagi dalam jam 9-11 tu waktu aku rasa nak termuntah.
pelik tak??tapi bila minum FastLoss  selepas sarapan pagi memang tak de mual2 dah.
Bila sebut Mual2 ni jangan pulak ada
wanita2 yang hamil tu ngada2 nak minum FastLoss Drink  ni ye..
produk FastLoss Drink  ni tak sesuai untuk ibu mengandung..

Untuk kesan yang lebih baik kena la minum setiap hari selama sebulan..
satu set tu pun memang ada 30 botol.
tapi aku minum seminggu je.
tak la nampak kesan boleh kurus dalam seminggu tu..
tapi dalam seminggu tu berat aku tak naik pun..
walaupun makan macam biasa .
Mungkin kalau rajin bersenam mesti kesan nya lebih baik.

Rasanya memang sedap.
kalau nak tau rasanya cemana cer korang makan asam masin..
ha..macam tu la rasanya/..sebijik rasa asam masin..
lepas makan asam masin biasanya korang rasa apa???
ye betul!!dahaga...sama le macam minum fastloss drink ni..
siap sedia dengan sebotol air
sebab korang akan kerap rasa haus.
minum banyak2 air dan kerap la buang air kecil..
maka terbuang la sudah toksin dalam badan yang membuatkan kita gemuk tu.
hehehh..



kepada mereka yang berminat nak cuba  FastLoss Drink
harga asalnya ialah RM155.
tapi untuk waktu ini harganya adalah RM93 1set/30 unit
lawat laman web total image untuk pembelian
atau boleh terus ke facebook mereka -totalimage-

Tel : 03-6272 1111

Fax : 03-6273 1111 

Email : enquiry@totalimage.com.my

sekian...



Comments

  1. kalau sebulan boleh turun berkilo2 best jugak kan

    ReplyDelete
  2. total image ni brand yang dah lama established, bagus :)

    ReplyDelete
  3. wow!
    produk mahal kalau inclde skali lain2 kebaikan mmg berbaloi belinya :)

    jom join 1st GA MG :)

    ReplyDelete
  4. Salam..wahh..botol dia comel je..hehe haa samelah aku, tiap kali mandi, masa nak berus gigi tu mesti cam mual2 nak termuntah..morning sickness gitu..huhu

    ReplyDelete
  5. Ai like rasa asam masin.. sedap ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau tak ada kesan sampingan seperti kebanyakan ubat pelangsing yang ada di pasaran kita bagus juga. Yang penting ada kelulusan KKM...

    ReplyDelete
  7. Harga dia berpatutan. Angkat kening dok baca. Pk jauh lepas pantang nk telan apa. Ehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …