ZUL MUHAMMAD

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH DAN RINGKAS SELERA MELAYU

Assalamualaikum...

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO MUDAH DAN RINGKAS SELERA MELAYU
Menu malam semalam ialah spaghetti Aglio Olio.
Macam2 cara masak spaghetti aku dah try.
Tapi Maisara ni ada je komplen nye..
Ada je tak kena.
Sampai la satu hari tu aku ubah resepi
spaghetti tu jadi ala2 melayu..
Makan la jugak sikit..

Sejak tu macam ni la aku masak spaghetti.
Nak resepi?ok..salin...salin!!



Hehe..ingat tak dulu masa kita kecik2 tak dak intenet
macam sekarang bila ada rancangan masak2,
Mak kita,akak kita,maklang kita..
Selalu cakap gini.."salin..salin.."
Sambil pegang pen dan buku kecik..
Kekonon nya nak buat la..
Tapi ,kertas resepi tu sampai warna coklat,
Tak jugak di buat nya apa yang dia sibuk salin tu..

 Resepi Aglio Olio Versi Melayu


Bahan-bahan

Sebungkus spaghetti
4 sudu minyak zaitun
1 biji Bawang holland-di cincang
3 ulas Bawang putih-dicincang
Daun ketumbar-di hiris halus.
Cili padi-potong halus2
Serbuk lada hitam-hujung2 suduje
Daging-suka hati nak banyak mana.potong nipis2 je..
Udang kering-ditumbuk halus
Garam

Cara-caranya

Rebus spaghetti.kemudian tos kan.
panas kan minyak zaitun
Tumis bawang dan bawang putih.
Masuk kan daging dan udang kering..
Masuk kan garam .tunggu hingga daging masak.
Masuk kan spaghetti dan daun ketumbar
Kacau2 dah siap..
Boleh makan..


Anak2 aku suka aku masak spaghetti Aglio Olio gini
Sebab ada rasa pedas2 tu.
Kalau buat macam ada sos prego (cabonara)
Tu memang diaorang tak makan.
Tekak melayu..biasala..
Hehheh

Sekian..







Post a comment

13 Comments

  1. Suka masak spageti sbb sonang tak renyah. Pandai2 olah sndiri supaya sedap dgn tkk melayu kan...hihi

    ReplyDelete
  2. sedap!
    ni yg tringin nk buat jgk ni :)

    ReplyDelete
  3. lame x makan spageti ni camni..aritu mkn yg sos bolognise tu je

    ReplyDelete
  4. salam. alamak..sedapnya sis!

    ReplyDelete
  5. nmpk pon mmg sedap je..
    y penting mudah n simple

    ReplyDelete
  6. kalau bab spagheti..serah dekat adiks hida tu..pakar gila..sedap smpai teringat2 hehee..

    ReplyDelete
  7. Salam, hahaha okay part salin resepi kat TV tu mmg sgt nostalgia bagi aku, sbb aku dgn mak aku selalu buat dulu..paling aku suka salin resepi biskut raya, dan mmg dah jadi coklat pun kertasnya, tp masih ada dlm simpanan mak aku..owh zaman dh berubah T_T..haha, tekak melayu, kadang2 aku rasa western ni xsedap sgt pun, cuma dia berkhasiat lah ..hehe

    ReplyDelete
  8. betul la diana. kita ni sbb tekak melayu. suka kalo ada rasa pedas skit then ada perencah mcm udang kering tu. tambah pulak ada daun ketumbar. mmg naik rasa dia.

    ReplyDelete
  9. sedapnya...nak try la..tp nak membeli minyak zaitun tu asyik lupa jek..

    ReplyDelete
  10. Saya pun memang sentiasa ada stok spaghetti kat rumah. Kalau malas masak je, memang makan spaghettilah jawabnya. Cuma yang sulung tu je yang tak suka. Tekaknya rasa mi goreng tu lagi best dari spaghetti ni.

    ReplyDelete
  11. spaghetti goreng kampung la kirenya ni kak :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)