ZUL MUHAMMAD

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...





Ketam masak lemak cili padi ni
Ni salah satu makanan kegemaran anak2.
anak2 aku memang suka makan pedas.
tapi tidak la sampai pedas yang melampau2 tu..
makna nya yang rasa setakat hangat2 lidah tu
diaorang ok je...
kalau dalam seminggu tu menu ni kena ada lah sekali dua.
kalau lama tak buat ketam masak lemak cili padi ni,
mesti si kakak tu tanya.."hari ni ibu masak ketam kuning tak.."

Alang2 dah buat kita kongsi lah resepi nya kat sini.
bahan2 nya pun mudah2 saja.
tak payah la sampai nak kena gali kunyit,
perah santan bagai..tak payah.
semuanya mudah saja di www.dianarashid.com..hahahahh


moh le kita tengok bahan2 dan cara memasaknya..

3atau 4 ekor ketam
1 cawan  santan pekat (guna santan kotak je)
1 batang serai
1 keping asam gelugoq(asam keping la..:p)
sehelai daun kunyit
3 cawan air

*5 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas dan 1 inci halia(saya tak bubuh pun tapi mak saya bubuh)
*1 sudu serbuk kunyit
*5 atau 6 biji cili padi(nak pedas tambah la lagi.)
*1 sudu kecil garam
*1 sudu kecil gula.

cara-cara nya..

Basuh ketam.masuk kan dalam periuk.
kisar semua bahan yang bertanda *.
kemudian masuk kan dalam periuk yang berisi ketam tadi.
masuk kan air,daun kunyit,serai dan asam keping
masak dengan api kuat hingga mendidih.
kemudian masuk kan santan  kacau2 sikit dan angkat.
sedia untuk di makan.

mudah kan resepi aku ni.?
kisar je semua campak je dalam periuk lepas tu masak.
nak yang mudah lagi pi beli kat kedai je la..
hehehe..
selamat mencuba..

sekian..

Post a comment

18 Comments

  1. dah berbulan2 tak makan ketam...
    boleh la consider minta wife masakkan resepi ni...:)

    ReplyDelete
  2. kalau ketam masak lemak saya suka hirup kuah je.. suami yg suka makan ketamnya.. haha

    ReplyDelete
  3. Larh ! Senang je ? Hahahaha. Best best. Boleh try , nyum nyum tau ketam tu. Gggrrr.

    ReplyDelete
  4. Amboi!! Betul2 pengaruh org ni. Mulalah rs nak kerah somi beli kat pasar. Hahahahaha!

    ReplyDelete
  5. Rajinnya msk ketam sekerap tu. sy malas nk bersihkan ketam time2 mabuk ni.

    ReplyDelete
  6. As-salam diana..

    hmmm.. sedappppnya.. terasa2 kat tekak he..he.. tq for the recipe..

    ReplyDelete
  7. As-salam diana..

    hmmm.. sedappppnya.. terasa2 kat tekak he..he.. tq for the recipe..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan ketam..sedapnya!

    ReplyDelete
  9. sedapnye..lame dh xmsk ketam

    ReplyDelete
  10. wuwu..buat aku terliur je lah...T_T dah lah aku jarang mkan ketam..rasa mcm mahal je nak beli~ hahah..sedapnyeee!!

    ReplyDelete
  11. Semalam puas makan ketam. Fiey buat mee kari ketam. Mengancam hahaha.

    ReplyDelete
  12. mcm mne nak tau ketam tu dh masak atau x ye? bpe minit?

    ReplyDelete
  13. mcm mne nak tau ketam tu dh masak atau x ye? bpe minit?

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)