Skip to main content

MEMANG SAYA MELEBIH-LEBIH.....

Assalamualaikum..

Dalam seminggu dua ni saya rasa macam tak banyak benda yang saya boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog senyum-senyum ni.Tapi saya akan cuba lawat blog kawan2 selepas  anak-anak tidur.
Disebabkan apa yang terjadi pada Maisara di sekolah baru2 ni saya mahu emosinya di ubati.



Saya yakin semasa di sekolah pun dia tak boleh nak tumpukan perhatian sangat pada pelajaran.Sebab dia sekarang memang cakap tak mau pergi sekolah.Selain mengharapkan  bantuan dan kerjasama guru-guru di sekolah tu saya di rumah pun banyak mengajar dia supaya apa yang dia tak dapat tumpukan di sekolah ,semuanya tak tercicir.Saya nak dia suka pada sekolah semula.



Mesti ada yang berkata saya terlalu melebih-lebih tentang hal anak-anak.Jujurnya saya mengaku bila melibatkan anak-anak memang saya jadi melebih-lebih.Mereka adalah masa depan saya.saya tak boleh pandang ringan.

Kalau masa saya belum kahwin dulu saya tak kesah pun kalau ada orang pukul saya,bergaduh dengan saya.InsyaAllah..bila kita bertemu saya boleh senyum dengan dia.berbual macam tak ada apa-apa yang berlaku.Tapi bila dah bertukar status semua tu saya tak mau berlaku.Anak saya 24 jam dengan saya.Apa-apa yang berlaku pada saya mesti diaorang nampak.Sedikit sebanyak perasaan mereka pun akan terjejas.Apalagi perasaan suami Saya,

Sebab itu bila sampai melibatkan anak-anak saya terus jadi tak de tolak ansur.Awak buat salah,saya maafkan tapi nak bebaik macam dulu saya tak boleh lagi..

Susah kan bila berjumpa orang macam saya.??hahah..nak buat macam mana,..keutamaan saya sekarang ni pada suami dan anak-anak saja..

sekian...


Comments

  1. samalah kita diana
    saya pun mudah emosional kalau melibatkan anak-anak
    sebab mungkin kita ibu
    hati tu macam dihiris-hiris

    cuba pergi sekolah tanya kot jumpa jawapan
    aritu saya ada pergi sekolah juga sebab afif tak mahu eprgi sekolah
    cikgu mengaku dia pukul sebab afif tak mahu belajar
    saya accept alasan tu
    bagi nasihat dekat afif kalau tak nak kena pukul kena rajin belajar
    sekarang nampak ok

    ReplyDelete
  2. saya tak sangka lak kes maisara tu jadi seserius ni. Yup.. saya pun jenis protective jugak bila dah ada anak. saya faham sbg ibu yg x pernah berenggang dengan anak memang emosi kita mudah terganggu apa yang melibatkan anak nak2 lagi ada org ganggu emosi anak kita. Sampai dia hilang minat ke sekolah tu agak serius sebab memang emosi dia dah terganggu dengan kejadian yg bg dia memalukan sangat. Kak diana bawak berbincang dengan cikgu.. atau kalau dia tak nak jugak maybe kena tukar sekolah jugak. tp rasanya boleh settle lagi.

    ReplyDelete
  3. sama kes mcm aleesya ni...selalu kena buli kat sekolah kafa..dah bagitau ustazah supaya tengokkan..tapi mende tetap jadi jugak..last2 saya bentikan dia dari kafa...saya sendiri ajar dia skrang..walaupon selalu jer denga ada mulut2 yg tak puas hati..tapi sy puas hati saya dpt tgk sendiri peningkatan anak sy..

    ReplyDelete
  4. Normallakan kita sokong ank...bkn kita mnja kan dia ke apa kan..

    Tp bdk2 skg mmg suka mmbuli..saya taula sbb saya kan dok sekolah..kecik2 thun 2 pun pndai buli

    ReplyDelete
  5. rasanya semua mak2 akan jdi protective.

    x tau nk ckp mcm mna hal cikgu tu..cuma hrp dpt penyelasaian terbaik..kita pun kalau bolh x mau nanti anak plk jd mangsa dendam cikgu.. selesai cr baik ye.

    ReplyDelete
  6. tak salah sebab anak kita kan.
    mungkin saya tak rasa lagi sebab tak ada anak lagi tapi kalau sepatutnya pun, ibu bapa berhak nak rasa macam tu

    ReplyDelete
  7. kesian maisara
    akak pun pernah rasa apa yang maisara rasa..
    moga semangat dia pulih nak ke sekolah, insha Allah yea Diana..
    sabar dan doa

    ReplyDelete
  8. saya pun sama...mmg saya akan berlebih2 pasal anak...

    ReplyDelete
  9. Eh, serius jadinya kisah Maisara ni! Sebenarnya sebagai mak memanglah kita akan jadi protective. Saya ni lagilah, superfreaking mak senang cerita. Kalau anak balik sekolah tengok tergarit muka sikit je, sikit je, mulalah hati kacau bilau. Terus soal siasat tak sampai rumah pun. Nak tahu cerita apa yang berlaku. Saya pesan pada anak, dalam kelas dia paling tinggi, paling besar dan tak patut dia takut pada sesiapa kecuali cikgu. Kalau ada yang nak buli, lawan balik. Lawan mulut je bukan lawan sampai naik tangan!

    ReplyDelete
  10. harap ade penyelesaian yang baik..kesian Maisara

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …