ZUL MUHAMMAD

KURANG ADAB SOPAN

Assalamualaikum...

Adab sopan..
Ramai orang sekarang,adab sopan cuma dengan
Mak ayah dia je..
Tapi kat luar depan kawan2,
hilang semua adab sopan tu.

Dari zaman belum ada smartphone lagi
aku memang tak suka berbual dengan
orang yang asyik belek handphone.
Bagi aku orang gini sangat menjengkelkan.
Kejap2 sms...
kejap2 keluar bunyi macam walkie talkie tu..
Erghhh...kalau nak main enpon buat apa la datang sembang dengan aku.
Kalau pun aku yang ajak orang tu berbual,
rasanya lebih beradab kalau dia
abaikan sekejap handphone nye tu..kan??

Bila berbual dengan orang jangan tunjuk2 ketiak gini.kurang sopan..
-trend baru bila bergambar mesti buat gaya ni-


Satu lagi paling aku tak suka
bila aku berbual dengan orang tu,
dalam mulut dia ada gula2 getah..
Kalau setakat nak bercakap 2,3 patah
ok je..
Tapi bila duduk semeja berbual2 kosong,
Buang la gula2 getah tu..
Tua ke,muda ke..bagi aku
ianya satu sikap yang tak beradab.

Dan paling tak suka sekali bila
berdepan dengan orang yang sedang merokok.
Ni pun satu benda yang ramai tak suka.
Nak merokok pergi jauh2..
Kalau tengah berbual pun nak merokok
kurang sopan dan tak de adab tu.
Lagi2 ada budak kecil dekat dengan kita.

Nah..belanja 1 lagi gambar angkat ketiak.

Harap tak bertemu dengan orang yang kurang adab sopan dalam masa terdekat ni.
Takut2 aku pulak yang jadi kurang sopan santun
berdepan dengan mereka.
Ahahahhh

sekian..

Post a comment

15 Comments

  1. Assalamualaikum,
    Daku baru selesai berurusan dengan orang kurang ajaran hu hu h uhu fuhhhhh sangat menguji kesabaran.

    rasa nak luku je kepala hu hu hu

    ReplyDelete
  2. haha..selalu sgt duk mengadap org kurang sopan ni..tapi buat tak tahu jer..

    ReplyDelete
  3. Kakcik sangat terganggu dengan orang yang suka mendecit2kan mulut macam ada benda terselit kat celah gigi... erkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. Salam, okay..aku setuju dgn semuanya, lagi2 yg duk pegang smartphone 24 hours, baik xpayah kua sesama..dan yg merokok tu, ase nak pelangkung je pale dia klw merokok tyme sembang dgn kita..yg gula2 getah tu depends, kecuali klw dia kunyah berbunyi2..eew sangat~ hahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau sayalah, terus minta izin nak balik. Tak kuasa nak berbual dengan orang yang tak kisah pun kita ada tercegat kat depan dia ke tidak. Biarlah dia rasa nikmat membelek smartphonenya tu, mungkin kehadiran kita ni mengganggu je. Bab gula-gula getah dan merokok tu pun sama je. Kalau ada yang merokok sambil berbual dengan saya, memang saya pun jadi kurang sopanlah, asyik terkembang kempis hidung ni menahan bau dan asap rokok.

    Bab tunjuk ketiak ni belum jumpa lagi :) Rasanya ni masih sopan lagi kot berbanding dengan garu ketiak atau cium bau ketiak :)

    ReplyDelete
  6. dan mama tak suka kalau kita dok bercakap dengan dia, dia asyik belek henpon je., tu pantang betol tu

    ReplyDelete
  7. npe ni sis? mcm ad kisah je di sebalik entry ni hehe..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..
    Yg henpon tu mmg tak.boleh nak.elak..bercalap dgn kita tapi mata kt henpon..
    Jawap la sepatah sepatah..last2 tinggalkan aje org camtuh buatvsakit hati.hahahaha

    ReplyDelete
  9. mmg geram
    coz adik yumida jenis suka layan hp
    kengkadang apa yg kita bualkan..muka dia tunjuk blur..x fokus apa yg kita cakap. x habis2 dgn hp. trend budak zaman skrg.

    ReplyDelete
  10. Zaman skrg ni g raya pun ngadap hp. Tuan rumah mcm tunggul dok ngadap awak menaip. Cisss kurang sopan

    Gula getah tu mmg x beradap. Nmpk x bersungguh nak berbual. Err biadab kot dlm bahasa mudah nya perlakuan tu

    ReplyDelete
  11. Pernah sekali berurusan dgn kaunter pejabat pos yang menguyah gula gula getah. Rasa biadapnya org kaunter ni

    ReplyDelete
  12. sabau je la..

    P/s: suke tengok gaya mikhail dengan gaya copyright die^^

    ReplyDelete
  13. jom lebihkan adab dan sopan..trend ape la mikhail tu buat..cam comel lak

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)