Skip to main content

KENAPA BAYI DAN KANAK-KANAK TAK BOLEH MINUM KOPI

Assalamualaikum...

Satu perangai anak aku(mikhail) dia pantang tengok orang minum apa2 air je.
tengok je mesti nak mintak.kalau aku dengan ayah dia minum kopi
memang berguling2 dia nak jugak.memang tak dapat la..aku takut nanti gigi dia kuning..
sudah nya kalau buat kopi kena sorok.sekarang jarang buat kopi sebab dia la..
tak kuasa nak layan amukan dia tu..
Rupanya bahaya kopi ni pada kanak-kanak dan bayi
bukan saja boleh menyebabkan gigi nya kuning dan rosak..tapi ada sebab lain..




1-Kafein
Sebab kafein ni la jugak orang2 dewasa ketagih pada kopi kerana ianya boleh menyegarkan badan.tapi pada bayi dan kanak-kanak ianya boleh menyebabkan mood anak berubah,sakit perut,pening kepala dan menyebabkan tidurnya terganggu.

2-Tiada kalori
Sebab ni jugak la aku minum kopi.rasa lengkap sarapan bila ada kopi.tak payah makan banyak2,cuma minum kopi je.bayangkan kalau anak2 kecil yang minum,dah tentu dia tak mahu lagi makan makanan lain dan mungkin susu ibu juga dia dah tak mau.

3-hilangnya zat besi
bayi dan kanak-kanak memerlukan zat besi yang tinggi.Kopi pula boleh menyebabkan zat besi di dalam badan hilang.Zat besi sangat penting pada bayi dan kanak-kanak untuk pertumbuhan dan sel darah merah.


Walaupun kita bagi pada anak setakat sesudu dua je sehari tapi lama2 dia syok minum kopi tu.kita dulu pun mula dengan sedikit..kan??lama2 jadi ketagiah.mula la tunjuk perasaaan.lempaq habis jug kopi kat dapuq.tu yang jadi kes bila bini tak bancuh kopi mula nak kawen lain..hahaha..


sekian..

Comments

  1. princess pun sama kak.pening dh saya.org lain minum,dia pon nak.haih.

    ReplyDelete
  2. good share..ida memang tak bagi sgt ank ida minum..die nk sgt, bagi je skit..tapi ank sedara ida..siap mntk kopi lgi..umur sebaya ank ida 3thun..

    ReplyDelete
  3. anak saya yang kecik pun gitu
    apa kita makan or minum semua dia nak
    mujur dekat rumah tak minum kopi
    tapi zaman sekarang, apapun benda masuk kat mulut ni
    ada bahayanya

    ReplyDelete
  4. Samala anak kita ..tp kt umah jarang bancuh air berkafein ni...maknya xleh minum..nanti sakit kepala..so, jln mudah sume org x minum sbb maknya xleh minum..haha..

    ReplyDelete
  5. salu je dengar preggo mum xley minum kopi.. hm..tapi licha memang kena minum nanti rasa tak segar. hihi

    ReplyDelete
  6. salu je dengar preggo mum xley minum kopi.. hm..tapi licha memang kena minum nanti rasa tak segar. hihi

    ReplyDelete
  7. good sharing kak diana.memang budak-budak tak elok minum kopi.kafein akan buatkan jantung diorang berdegup lebih cepat

    ReplyDelete
  8. sekali sekala best juga layan coffee ni :)

    ReplyDelete
  9. ayu pregnant.. tp kadang2 sebulan sekali terasa nak juga cecah tekak ni.hehe

    ReplyDelete
  10. ooo baru tahu byk tentang info nie... tq2

    ReplyDelete
  11. danish pun cmtu..suke sgt nk mnm air yg org mnm..takut jgk..bile dh slalu bg rs..nnt sume bnd die nk rs..tp stakat ni teh je la die slalu rs..

    ReplyDelete
  12. shida penggemar kopi..tp bila kerap minum smpai pening2 mmg kena tgalkn smntra..lepas mnum pn bila rasa nk je..tp selalu nk adehh..ssh btul..

    ReplyDelete
  13. Salam...kopi ni, mmg buat aku pening sikit kalau minum, tapi..sebenarnya kopi baik utk kesihatan kalau baca dari segi Islam..cuma ambil berpada2 lah kot..hehe

    ReplyDelete
  14. kat umah suami ari2 bancuh nescafe..anak saya nak sikit je saya cakap ni minuman orang tua..pahit..
    dia dgr perkataan 'pahit' dia paham tak sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …