Skip to main content

KELUAR DAH OSTAD DAN OSTAZAH FACEBOOK....

Assalamualaikum..
Hukum berkabung



Maka berkeliaran la para ostad dan ostazah
untuk mentarbiah mereka2 yang sibuk nak berkabung
Untuk mereka2 yang terkorban dalam
tragedi mh17.
Bilamana keluar la isu berkabung itu
Maka mereka pun tanpa berfikir panjang terus
Menjatuhkan hukum berkabung adalah " haram.."


Berkabung sekadar untuk menghormati mereka2
Yang terkorban,apa lah salah nya..
Bukan nya kita berkabung sambil meratap menangis
Sambil tepuk2 lantai..
Bukan kita berkabung sambil nyalakan lilin,
tulis ucapan atas kad,dan berdoa depan lilin tu.

Selagi tak melibatkan apa2 ritual
tak kan jatuh haram la.
cuma untuk sehari ini sahaja,
Sekadar untuk mengenang dan menghormati.
Bagi orang islam hari ini banyak kan sedekah Al-fatihah dan mengingati mati.

Pada mereka yang mempertikaikan..
"Kenapa perlu di beri penghormatan sampai
ada perbarisan tentera bagai..."

Saya ingin menjawab...
"Itu rezeki mereka.."

Sekian..

Comments

  1. Kadangkala orang yang menulis itu bukan faham pun apa yang dia tulis!

    :)

    ReplyDelete
  2. sekadar memberi hormat pun salah kan..wallahualam

    ReplyDelete
  3. rasa kagum dgn cara malaysia uruskan jenazah..
    atleast keluarga dan sahabat handai yg bersedih tidaklah rasa terkilan sgt tgok mayat keluarga mereka dimuliakan begini...
    byangkan sedara mara kita yg kena, dihantar dgn plstik hitam..

    sedekahkan al-fatihah buat mereka saudara islam kita..

    amin

    ReplyDelete
  4. bila bc komen2 itu rasa ntahlah..

    mereka tak letakkan diri mereka di kalangan keluarga terlibat. ini hanya penghormatan terakhir...

    susah kalau org suka jatuhkan hukum sewenang2nya..

    ReplyDelete
  5. itulah maksud keyboard warrior kan. dulu tak faham, sekarang baru tahu

    ReplyDelete
  6. dari segi pakaian, istiadat & tafakur, itu sekadar ikut protokol. xsalah. sbb klu salah / haram, mesti dato' seri jamil khir baharom dah sound awal2. t/jwb & authority dia jugak. diakhiri dgn sedekah al fatihah utk yg b'agama islam. jgn sulitkan pemikiran dgn perkara yg simple. rumit klu ramai sgt yg nak jadik ostad & ostazah jadian. this is my opinionlah. ;)

    ReplyDelete
  7. yg mengomen tu pun xpaham sebenarnya.. xsalah jika kita sekadar menghormati..

    ReplyDelete
  8. sy rasa sbb tak kena pada keluarga sendiri..tu yg byk sgt komplen. Org luar boleh buat proper punye acara utk tragedi ni, takkan kita nak wat cincai pulak..

    ReplyDelete
  9. hahhaaa..keyboard wariors kak hehe..biasalah!

    ReplyDelete
  10. Salam, aku baru baca entry ko ni kak...aku sgt setuju dgn hal ni..agak menyampah dgn ostad dan ostacah wannabe yg mcm ni..kita sekadar menghormati je pun..bukan salah pape..ishhh la hai~

    ReplyDelete
  11. kita mendoakan mereka..mereka didoakan seluruh dunia..Allahuakbar..kehilangan yg dikenang,diingati..

    ReplyDelete
  12. semua nak tunjuk pandai pastu nak sibuk jatuhkan hukum. kalo taknak buat tu senyap2 je la kan.

    ReplyDelete
  13. tu la...kadang2 derang ni nak tunjuk pandai sangat...dan terlalu berfikir sangat...kadang-kadang menyampah nak baca ostajah internet ni...bila mintak hadis ke hapa tak nak pulak bagi...haish...

    ReplyDelete
  14. sedekahkan Al fatihah buat mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …