CIRI-CIRI TEMPAT SELAMAT DAN TERBAIK UNTUK BAYI TIDUR

Assalamualaikum...

Seronoknya bila tak lama lagi nak dapat baby..
bagi yang tengah hamil la..aku ni tak hamil pun
tapi seronok bila ada kawan2 yang sedang hamil.
rasa aku pulak yang tak sabar nak tengok anak depa tu..hehhe..

Selalu nya bila anak sulung je kita mesti nak belikan dia katil bayi..kan??
padahal bila dah beranak tak de dia nak tidur nye kat dalam katil dia tu..
nak susukan dia pun susah..
lain la katil tu mak pun boleh masuk sekali.hahhahaha..
(bayangkan kaytil bayi tu,mak nye masuk sekali.)


Meh nak kongsikan dengan korang
tempat tidur cemana yang terbaik untuk bayi.



1-tidak terlalu lembut dan terlalu keras.cukup sekadar tilam yang setebal beberapa cm.tilam yang terlalu tingi mungkin merrbahaya kepada bayi.malah jika terlalu lembut akan membuatkan bayi sukar mengalihkan badan nya.Jika anak anda sudah boleh berdiri elak kan menggunakan tilam spring kerana ia menyukarkan anak untuk melangkah,

2-jangan letak kan patung yang besar dan berbulu di samping anak yang sedang tidur.ini boleh menyebabkan kemalangan kepada anak.bagi bayi  patung yang berbulu tebal dan dari jenis fabrik berbulu jugak tidak sesuai kerana ianya memerangkap habuk.bayi mudah jatuh sakit disebabkan itu.


3-Ruang tidur bayi mestilah lapang dan jika  bayi diletak kan di dalam katil pastikan katil tersebut mempunyai penghadang yang tinggi supaya bayi tidak jatuh.namun jika bayi sudah boleh berdiri katil bayi sudah tidak sesuai kerana dia mungkin sudah pandai melonjak kan badan nya dan ini sangat merbahaya.

4-elak kan menggunakan selimut kepada bayi.jika risau bayi kesejukan cukup sekadar memberi pakai baju berlengan panjang ,seluar panjang dan sarung kaki.

waktu tidur adalah waktu yang penting dalam perkembangan seorang bayi.pasti kan bayi kita mendapat tidur yang berkualiti dan selamat.

sekian.

Post a comment

7 Comments

  1. Perkongsian yg bermanfaat Diana.. Good Sharing :)

    ReplyDelete
  2. SGT SETUJU TERUTAMANYA PART SELIMUT

    ReplyDelete
  3. Kita x pernah beli katil baby...akak ipar yg belikan..tu pon mase anak sulung pki...lps tu langsung x pki dah..ada lam stor tu...ntah bila plak blh pki...haha..

    ReplyDelete
  4. Tips yang sangat baik...tak kira lah untuk bakal ibu atau ibu2 yang ada...

    Salam hujung minggu dari bunda...

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..thank you kak :D

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak berbaby DR....tapi tak per....boleh jer layan ilmu kan benda ni....

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)