ZUL MUHAMMAD

BUKAN TAK BERSYUKUR,TAPI....

Assalamualaikum...



Tak semua orang lelaki faham kenapa perempuan suka
dengan produk kecantikan .
bagi diaorang bila kita makan ubat kurus,
makan vit C dan sebagainya tu
adalah kerana kita tak terima diri kita yang sebenar..
mereka kata kita tak bersyukur..

Sebenarnya dia orang tak tahu
itulah caranya kita bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Kita jaga baik2 apa yang dah kita ada.

Cuba bayangkan kalau ada orang bagi pada kita sehelai baju.
tak kan kita nak biar je baju tu merata2
sampai last2 jadi pengelap kaki.
dah tentu kita akan simpan dan jaga dia baik2..kan?
dah tentu kita teliti dengan cara nak membasuhnya,
pencuci apa yang sesuai dengan fabriknya,
bagaimana nak menjemurnya..

macam tu la jugak dengan diri kita ni..
Allah dah bagi kita cantik2 gini,kena la jaga..
luar dan dalam nya..
Tak kan nak biar muka sampai berkarat tak berusik
dengan alasan "tak nak ubah ciptaan Allah.."
sedangkan bukan nya kita ubah,kita cuma nak jaga..
lain la kalau kau pergi operate tubuh badan kau
atau kau cucuk sana sini.
setakat sapu cream itu ini tak de hal la..



Sama juga la kalau kita dapat rasa kekurangan diri kita.
Orang lain bukan tau tentang tubuh badan kita,
kita sendiri dapat rasa badan kita dah gemuk sebab tumit rasa sakit2.
Pipi tiba2 je banyak jerawat.
semenjak akhir2 ni rambut asyik gugur..
tapak tangan jadi kasar dan kering  lepas raya nih..
jadi kita pun cuba berusahaa untuk kembalikan semula
apa yang Allah dah beri pada kita..
Bukan lah niat nya untuk mengubah ciptaan Allah..
Sedangkan masa lahirnya kita di dunia ni dulu,
tak de cacat cela pun.

Jadi pada kaum lelaki,
awak tak nak ke rasa kulit awak macam masa baby2 dulu??
hehehhe

sekian..


Post a comment

13 Comments

  1. ye, betul tu kak diana..saya setuju 100%!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...jaga baik-baik dengan apa yang ada kan...^_^

    ReplyDelete
  3. Hheeee... setujuuu :)

    Perempuan dan cantik ibarat isi dengan kuku, kan? :D

    ReplyDelete
  4. Jarang sangat ada orang yang tak mahu kelihatan cantik atau kacak, kan? :)

    ReplyDelete
  5. Yg tak bolehnya bila terlampau obses menjaga kecantikan, sampai habiskan banyak wang beli products :)

    Dan lagi salah, bila berhias dengan niat utk tayang kat orang lain, bukan suami sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kdg tu bkn lelaki yg ckp camtu, pompuan yg kononnya zuhud pun kata camtu. Awk xmo sapu krim ikut la.. Kita ni harga pemberian Allah. Xmo lah muka mcm 40 tp umur br 30 kan.. Haha

    ReplyDelete
  7. ada perempuan tak nak jaga langsung pun ada dengan alasan terima diri seadanya.. hahahaha. diri kita, kena la jaga.tak jaga rosak..

    ReplyDelete
  8. sedikit sebanyakmesti terlintas nk kulit flawless kann...

    ReplyDelete
  9. nak kulit baby dengan baby sekali nak jugak :)

    ReplyDelete
  10. Suami kena ambil tahu ni. hehehe

    ReplyDelete
  11. Dia orang memang tak faham...

    Asal jangan berlebih-lebihan, taksub dan mengubah bentuk asal sudahlahkan. Apa yang ada kena jaga, kalau tidak mereka gak yang lari dulu nanti. Alasannya - isteri tak pandai jaga diri. Bila berbelanja kena marah pulak padahal duit sendiri tu lagi :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)