Skip to main content

5 PERKARA YANG HANYA MAMPU DIPENDAM OLEH SEORANG GURU TADIKA

Assalamualaikum...




Menggalas tugas sebagai seorang guru bukan lah satu tugas yang mudah.Bukan sekadar nak mendidik anak murid tapi perasaan ibu bapa murid juga perlu diambil kisah.Lagi2 jika dia seorang guru tadika atau prasekolah .tahu tak,ada sesetengah perkara yang guru2 di tadika dan Pra ni tak boleh nak luahkan pada ibu bapa.ianya macam satu rahsia untuk mereka simpan jauh di lubuk hati mereka.mungkin kerana polisi  atau lebih kepada menjaga perasaan ibu bapa.

1-Ajar anak anda untuk bersihkan diri
membersihkan diri terutamanya selepas makan,selepas buang air besar atau kecil adalah satu kemahiran.Bila kita sebut kemahiran maknanya benda ni perlu di ajar.ibu bapa tak boleh nak letak kan tugas ni sepenuhnya pada guru.sepatutnya ianya bermula dari rumah.memang guru tak kan persoalkan benda ni pada kita.Bila anak kita buang air besar atau kecil nak tak nak dia kena cuci.dan kita pun berterima kash jugak. Tapi patut kah benda ni sepenuhnya diajar oleh guru dia.tapi kita ibu bapa kat rumah perlu mahirkan anak kita.Waktu anak-anak di rumah biar dia uruskan diri dia sendiri.di sekolah guru cuma membantu sahaja.

2-abaikan telefon anda..
Bila ada perjumpaan antara ibu bapa dan cikgu ,sila la abaikan sekejap telefon bimbit.tengah cikgu dok terangkan itu ini di depan,kita sibuk bersms,jawab call.lepas tu kita mungkin terlepas beberapa perkara penting yang cikgu tu terangkan.cikgu di depan memang tak kata apa sebab dia nak jaga perasaan kita.jadi tak boleh kan kita pun menjaga perasaan dia.

3-beri apa yang patut pada anak-anak
Pernah seorang guru bercerita, seorang murid lelaki ,kemaluan nya tersepit di zip seluar waktu nak buang air kecil.meraung2 la budak tu.Seorang murid di tadika luka pada jarinya kerana mengasah pensil menggunakan pisau kecil yang dia bawa dari rumah.Ada kanak-kanak yang bergaduh disekolah disebabkan kawannya hilangkan pensil warna.Ini semua sepatutnya awal2 di pastikan oleh ibu bapa dirumah.beri anak pakai pakaian yang berbutang,periksa beg sekolah anak untuk pastikan tiada barang yang bahaya dibawa ke sekolah,periksa beg sekolah anak untuk pastikan alat tulisnya ada dan tak ada barang orang lain di dalam beg nya.

4-Berhenti menggunakan kata-kata kesat
kanak-kanak memang suka meniru apa yang orang dewasa cakap dan buat.kadang2 sampai terbawa2 kesekolah.sebagai ibu bapa sepatutnya kita menegur anak kita bila dia mengeluarkan kata2 yang kesat.jangan hanya membiarkan dan beralasan "ikut kawan la tu.." kita boleh cegah dengan menerangkan apa tak baiknya berkata2 kesat.sayang nya,kalau la semua ibu bapa boleh faham benda ni....

5-Boleh tak awak pergi..
Bila anak baru masuk ke alam persekolahan ,ibu bapa dah tentu tak mahu terlepas detik2 itu.ada yang sanggup menghantar anak dan menunggu di belakang kelas dari pagi sampai tengahari.kalau sekolah biasa mungkin ada cikgu yang berani menegur ibu bapa supaya tinggalkan anak dan ibu bapa boleh pulang.tapi ada sesetengah sekolah yang cikgunya tak boleh buat seperti itu.Ibu bapa sendiri harus sedar,ini masanya untuk anak2 kita berdikari.jangan risau..anak kita akan biasa dengan sekolah jika kita juga memberi mereka peluang tersebut.

Semoga lepas ni kita sebagai ibu bapa lebih memahami perasaan dan tugas seorang guru..

sekian..

Comments

  1. moga sama sama dapat memainkan peranan dan tahu tanggungjawab masing²

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. terima kasih atas peringatan ni. anak kembar saya nak masuk 3 tahun bulan dec ni. ini salah satu info yg sangat berguna ^_^

    ReplyDelete
  3. betul kak..kdg2 smpai parent ni ank dah sebulan skolah pn duk tgu lg..sian cikgu2 saya huhuu..ank2 pn xleh beri tumpuan..bila parent de kat depan..

    ReplyDelete
  4. Wow! aku suka entry ni...mmg menusuk kalbu untuk ibu bapa yg bace ni..dan paling aku setuju point yg ke-5..ada parent yg siap nak rakam2 lagi anak dia first time g sekolah..tak perlu lah kot..hmm..anak2 memang takut nak g skolah hari pertama, so peranan ibu bapa haruslah bijak guna psikologi utk yakinkan anak2 diorang.. mak ayah dalam movie omputih selalu praktikkan ini..we can learn from it..:D

    ReplyDelete
  5. semua betul...lagi part barang-barang yang kita bagi...percakapan n yang the worst part yang tunggu tu...sian cikgu kene handle budak tu...lagi2 yang meraung2 nak balik...tengok mak pak tunggu lagi la derang meraung...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …