Advertisement

12 MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum...

Zaman sekarang menyusukan anak adalah satu keperluan.ramai ibu2 yang dah tahu betapa pentingnya menyusukan anak dengan SI.sebab itu lah ibu2 kebanyakan nya akan mengambil maknan yang boleh memperbanyak kan susu.Tak kurang jugak ada yang sanggup melaburkan wang untuk membeli makanan dan minuman kesihatan dengan tujuan untuk menambah susu badan sedangkan ianya boleh didapati dengan pengambilan makanan yang semulajadi.berikut adalah 12 makanan yang boleh memperbanyak kan susu ibu.

1-salmon

salmon kaya dengan DHA yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.ia juga membantu memperbaiki mood ibu menyusu untuk mengurangkan risiko baby blues.

2-kacang
kacang terutamanya yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah, adalah makanan untuk ibu menyusu yang sangat bagus. Bukan saja kaya dengan zat besi tapi juga kaya akan protein .

3-Bluberi
Ibu yang menyusukan bayi sepatutnya mengambil 2 hidangan jus buah. Bluberi adalah buah yang kaya dengan antioksidan ,sangat baik untuk membantu memenuhi vitamin , mineral dan karbohidrat.

4-Beras perang

Untuk ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan selepas melahirkan, mesti akan mengelak dari mengambil kabohidrat. namun ini akan menyebabkan si ibu cepat letih dan SI juga akan berkurangan. Makanlah beras perang untuk tenaga dan kelancaran penghasilan SI.

5-limau/oren
ibu yang menyusu memerlukan vit C yang tinggi, malah lebih banyak dari ibu yang sedang mengandung. malah Limau/oren sangat bagus untuk ibu yang baru melahirkan.

6-Telur


Kuning telur adalah salah satu sumber semulajadi vitamin D – nutrisi penting untuk menjaga tulang si ibu  supaya kuat dan membantu pertumbuhan tulang bayi . Selain itu, telur adalah cara mudah untuk memenuhi kkeperluan protein harian ibu yang menyusu.

7-Roti Gandum
Asid folat sangat penting untuk perkembangan bayi pada tahap awal kehamilan. Selain itu, asid folat juga penting bagi bayi. Pastikan dalam SI mengandung cukup asid folat. Salah satu sumber terbaik dari asid folat adalah roti gandum, yang juga dapat menyumbangkan keperluan serat dan zat besi untuk ibu menyusu.

8-sayur hijau


banyak ayuran berwarna hijau, seperti bayam, kangkung dan brokoli sangat kaya dengan vitamin A yang perlu ada dalam SI. Sayuran juga merupakan sumber kalsium , vitamin C, zat besi, antioksidan dan rendah kalori.

9-Air
kekurangan air akan menurunkan tenaga seseorang.bagi ibu yang menyusu ,kekurangan air bukan sahaja menyebabkan keletihan malah produksi SI juga turut terjejas.minum lah 8-10 gelas air putih sehari.

10- bijirin
Sarapan sihat dan mudah  dengan maknaan berasakan bijirin gandum mampu membantu memberikan tenaga setelah sepanjang malam berjaga dan menyusu kan bayi. Tambahkan susu rendah lemak dan buah-buahan ke dalam bijiran untuk melengkapi keperluan  nutrisi harian.

11-yoghurt,susu dan keju

kaya dengan  protein, vitamin B, dan vitamin D. Produk tesusu adalah salah satu sumber kalsium terbaik.  disaran untuk ibu, mengambil sekurang-kurangnya tiga gelas susu setiap hari dalam menu harian.

12-Daging tanpa lemak

si Ibu memerlukan zat besi yang cukup untuk membantu produksi SI. Jadi sebaiknya ambil lah daging tanpa lemak yang memang kaya dengan zat besi. .

sekian..

Catat Komen

16 Ulasan

  1. bagus entry ni..boleh buat rujukan utk bf mum..

    BalasPadam
  2. Panduan yang berguna. Minggu ni juga, UN sedang menganjurkan World Breastfeeding Week. Kesedaran tentang kebaikan dan khasiat susu ibu untuk bayi sudah mula kembali.

    BalasPadam
  3. Owhhh...berguna nih ! Thanx :D

    BalasPadam
  4. Ramai bebudak sekarang berperangai macam lembu laga yg ganas kononnya kerana mereka semasa kecik menjadi anak angkat lembu, banyak hisap susu lembu dari susu ibu....

    BalasPadam
  5. salam
    amat berguna info ni bagi ibu ibu muda :)

    BalasPadam
  6. my kakak amalkan makan tempe utk tambah susu badan ...

    BalasPadam
  7. Ilmu yg baik utk dikongsikan bersama. Kakak dah tak perlu lagi hihi... tapi buat ibu-ibu muda N3 ini sangat bermanfaat utk dijadikan rujukan.

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak Dee.

    BalasPadam
  8. tq kak..info yg membantu sgt2..slame ni tau sket je spi naik bosan asik mkn makanan yg sama..rupenye makanan yg bese kite mkn pun bole bykkan susu..

    BalasPadam
  9. berguna sgt ni..

    yui pun minta maaf zhir batin andai ada slh silap ya kak

    selamat hari raya =)

    BalasPadam
  10. makanan juga penting selain supplement yang ada

    BalasPadam
  11. bagus, semua makanan tu saya suka kecuali beras perang.

    BalasPadam
  12. Nice info.. Tak tau pun psl limau dan daging tu.

    BalasPadam
  13. gud sharing dear.. memang tgh cari info tntg ni pun..

    jom singgah www.aminayu.com :)

    BalasPadam
  14. Orygold sales team..
    kalau nak beriklan sila pm saya..kita boleh bincang..tak de bayaran pun saya boleh bagi..jangan jual barang di kotak komen saya..ye..

    BalasPadam

  15. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Yang penting, semasa menyusukan badan, si ibu haruslah mendapat rehat yang cukup, tidak mengalami tekanan emosi dan mestilah mengambil diet yang sihat supaya keseimbangan hormon prolaktin yang mengawal penghasilan susu badan pada payu dara dapat dikekalkan dalam keadaan stabil.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)