Monday, 30 June 2014

MAISARA: BUANG SETAN...

Assalamualaikum...

Dah 3,4 hari kat Pulau pinang ni hujan.
Cuaca sejuk sampai ke tulang.
Pagi2 nak mandi bercinta je rasa.
Tidoq pun kalau boleh tak mau bangkit.
Sedap betoi tidoq sejuk2..

Masa musim panas hari tu
Sampai tak boleh tidoq malam..
Asyik berpeluh ja..
Tapi mandi pagi tak dak masalah.
Bunyi ja azan subuh terus bangkit
Tak dak mengeliat2 dah..
Capai tuala terus mandi.
Hahahh..

Hari pertama puasa semalam pun,
Maisara tak dak mengadu lapaq dan dahaga..
Sebab sejuk sangat kot..
Cuma dia dok mengadu mengantuk saja..
Tak mau la bagi dia tidoq siang lama sangat,
Jadi aku suruh dia hafal
Surah2 pendek..

Maisara: tak mau la..nanti lagi mengantuk..

Ibu:kalau mengantuk itu maknanya ada setan la tu..

Maisara: tak la..kami punya setan semua kami dah buang masa mandi tadi.kami guna pencuci muka ibu..

Ya Allah..buang setan guna pencuci muka aku...
Banyak2 bersabar ye wahai hati.....

Dugaan bulan puasa..

Sekian...



Friday, 27 June 2014

JADUAL BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014 BAGI NEGERI PULAU PINANG

Assalamualaikum...

Maisara balik sekolah hari ni dia cakap..
"ibu..kawan kami kat sekolah tadi dia cakap
harini mak dia nak keluar beli barang dapur untuk persiapan bulan puasa.."

heheh..
Budak2 ni benda2 gitu pun jadi bahan sembang kat sekolah.
Kita dulu masa sekolah darjah satu tu sembang pasal nak seronok je..siapa peduli pasal barang2 dapur..

meh la tengok Jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri pulau pinang.


sekian..

BISKUT TART PALING SEDAP

Assalamualaikum..

Biskut tart paling sedap.-"..Dap...ibu..ibu..dap.."
ye la anak oi..tengok pun dah tau sedap...
Gitu la Mikhail kalau dia dapat makanan yang sedap,
sambil makan je mesti mulut tu dok bagitau benda tu sedap...
Dia pun sekarang ikut dah perangai kakak..
makan nak yang sedap je..
kalau tak sedap dia jamu kucing dengan burung je..
selamba je tabur makanan depan pintu..

Apa yang sedap sangat tu..??
Ni ha...Biskut Tart ni..
memang betul2 sedap pun..



Tak tawar dan tak manis sangt..
rasanya memang sedap2 ikut tekak kita..
sebab tu boleh makan banyak2..
selalu nya benda2 manis ni kita tak boleh nak makan banyak..kan??
rasa pedih tekak,
tapi tart ni memang sedap..inti nya tu..
memang "terbaik"..



sampai semalam tapi hari ni tinggal beberapa biji je..
tak tahu pulak yang budak2 ni suka..
tahun lepas masa raya kat rumah mertua ada jugak biskut nih..
tapi depa tak makan pun..
gigit sikit depa buang..
tapi yang ni depa makan pulak..
saja tau..nak berebut dengan ibu..hahahh



dah la cantik2..
bila sekali gigit,terasa gebunya tu..
peliknya dia tak berderai pun walaupun lembut..


tengok...
masih cantik walaupun di hantar melaui pos laju je..

nak rasa tak??
boleh hubungi Lydia Miza (Seri kembangan) untuk pesanan biskut tart mawar..
Order untuk raya pun di terima..


.ini facebooknya nya..

sekian..

JADIKAN AMALAN SETIAP KALI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum...

ohoiiiii..
mengantuk sangat pagi ni..
sampai naik sakit dah mulut ni asyik menguap je.
mandi pun sudah,..apa lagi yang mata ni mahu..
sabar ye mata..jap lagi kita sambung tido..
heehhe..



sama2 kita amalkan ye..

sekian...

Thursday, 26 June 2014

GAMBAR-GAMBAR LUCU INSPIRASI DARI INSIDEN SUAREZ MENGGIGIT GIORGIO CHIELLINI

Assalamualaikum...

Luis Suárez didakwa menggigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan Piala Dunia 2014 ketika menentang Italy baru2 ini.

14 bulan yang lalu dia terpaksa memohon maaf kerana pernah melakukan perkara yang sama kepada pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada April yang menyebabkan dia digantung 10 perlawanan. 

Disebabkan insiden menggigit Giorgio Chiellini kemarin  berbagai2 versi imej jenaka dan video lucu
yang di edit oleh penggemar bolasepak serata dunia muncul .
jom kita tengok gambar2 lucu Suarez yang suka menggigit..
heheh..











yang mana paling kelakar??


sekian..

CARA AJAR ANAK MINTA MAAF

Assalamualaikum...





memang susah nak suruh anak2 minta maaf..
lagi2 bila anak tu dah masuk lingkungan umur 7 tahun keatas..
sebab masa ni diaorang dah pandai
untuk mementingkan perasaan sendir.dah pandai memberontak..
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya..
Dari awal lagi kita perlu ajar anak kita minta maaf.

Masa diaorang masih kecil ,tak boleh bercakap lagi,
diaorang akan perhatikan apa yang ibu bapa buat.
jadi bila kita buat salah jangan malu minta maaf depan anak.
tak salah pun.Lama2 mereka akan ikut cara kita..


Bila anak masuk peringkat dia dah mula boleh bercakap,
jangan sesekali memaksa dia meminta maaf.
Ini hanya akan membuatkan mereka hanya minta maaf kerana terpaksa,
dan hanya minta maaf di depan kita saja.

jangan sesekali menyokong tindakan salah mereka.
Tanya apa perasaan mereka ketika melakukan kesalahan
dan bagaimana pula jika orang lain menyakiti mereka.
Ini akan membuatkan mereka lebih memahami mengapa perlu meminta maaf.


Jangan memberi hukuman
kepada mereka jika mereka melakukan kesalahan.
Jika diberi hukuman
mereka akan merasakan minta maaf tidak perlu dan
Ianya akan selesai dengan hanya memberi hukuman.

sekian..

WANITA SEPARUH MUSANG INI ADA DI KARACHI PAKISTAN

Assalamualaikum..



Aku pernah jugak dengar pasal wanita separuh musang ni..tapi tak ingat bila..dah lama kot..Try la google dapat jugak cerita nih..siapa pernah dengar??Macam tak percaya..sukar nak diterima akal.macam mana seekor musang boleh ada wajah seorang wanita.aku kurang percaya.korang cemana pulak??

Wanita separuh musang ini boleh dilihat di sebuah Zoo di Karachi,Pakistan. kepalanya ditutupi tudung.  haiwan yang diberi nama  Mumtaz ini, sangat disukai oleh pengunjung zoo tersebut dan paling menarik perhatian.

Mumtaz dikatakan boleh meramal dan pandai memberi nasihat kepada pengunjung yang menghampirinya "Jika mereka yang datang kesini pulang dengan gembira,aku juga berasa gembira" katanya.

Rupa-rupanya Mumtaz Begum cumalah haiwan rekaan di zoo tersebut.ianya adalah salah satu cara menarik minat pengunjung ke zoo itu. malah Mumtaz bukan lah seorang wanita malah ianya seorang lelaki yang bernama Murad Ali.


lelaki 33 tahun ini hanya menyambung kerja ayahnya yang suatu masa dulu juga bekerjadi zoo tersebut dengan menjadi Mumtaz si musang.

jadi pada yang dengar2 pasal wanita separuh musang tu,jangan tertipu lagi ye..dia bukan haiwan yang aneh..dia cuma manusia biasa yang menyamar menjadi aneh.heheh

sekian..

GAMBAR MAJLIS BABY SHOWER SCHA AL YAHYA

Assalamualaikum...
Beberapa hari yang lepas Scha dan Awal 
Mengadakan majlis baby shower .
Tak lama je lagi Scha dan Awal bakal menimang
Cahaya mata pertama mereka.
sekejap je masa berlalu..
Sedar-sedar dah nak bersalin dah..kan??

Jom kita tengok beberapa gambar
Pada majlis tersebut..
Credit foto:instagram @peeksbymin











Hari tu buat majlis doa selamat dan bacaan yassin.
Sekarang baby shower pulak..
Erm...nak bagi seimbang kot.
Heheheh...

Sekian..


Wednesday, 25 June 2014

APA PERLU BUAT BILA ANAK SAKIT GIGI

Assalamualaikum..



Bila anak-anak dah besar ni macam2 la dia nak makan.
benda yang kita tak bagi pun,dia boleh beli sendiri.terutamanya coklat dan gula2..
lepas tu mula sakit gigi sebab gigi dah berlubang..
Bila anak sakit gigi sama je macam kita yang sakit gigi.
sampai tak tidur malam la asyik pujuk anak yang tengah sakit.
Ibulah orang yang paling dia perlukan bila sakit gigi.



Budak2 kalau sakit gigi mesti ada dua sebab je.
pertama gusi bengkak.kalau terjadi kes macam ni nak tak nak
kena bawak jumpa doktor la.sebab biasanya bila bengkak akan ada
nanah kalau dibiarkan lama2.
Doktor akan memberikan ubat untuk melegakan bengkak dan tahan sakit.



Sebab yang kedua ,gigi berlubang.bila berlubang,
ada sisa makanan yang tersekat dalam lubang gigi..
itu yang buat gigi nya sakit.
Adalah lebih baik suruh anak gosok giginya dan berkumur
sampai hilang kotoran pada gigi yang berlubang.


Ibu juga boleh menggunakan air garam yang suam
atau air daun sireh yang direbus untuk anak berkumur supaya
sakit pada gigi hilang untuk sementara.kemudian terus bawa anak
buat pemeriksaan di klinik gigi.
Mungkin sudah masanya gigi yang rosak perlu dibuang supaya tidak sakit lagi..

sekian..

SAYALAH PUNCA PENCERAIAN..BUKAN FASHA-JEJAI




Betul sangat kata Jejai tu..
Bila lelaki kawen 2,3 mesti perempuan yang disalah kan..
perampas la,gatal la..
macam2 lagi..

Sepatutnya si lelaki pun perlu dipersalahkan jugak..
tak adil kalau perempuan tu saja yang disalahkan.
***
Semua orang ada masa2 nya dia akan buat tindakan yang bodoh dan tak matang.
tapi lama2 dia akan sedar jugak
dan rasa malu dengan kelakuan dia sendiri..
jadi tak payah la kita nak 
sedarkan dia...
dia mesti ingat apa yang dia dah buat dulu..buktinya sekarang masing2 dah 
hidup bahagia dengan pasangan masing2..
dan tentunya mereka sekarang lebih bertanggungjawab.
Mereka tak perlu kan nasihat kita pun.

sekian...



GAMBAR PUAK ANGGOLA DENGAN GAYA RAMBUT SOTONG YANG UNIK

Asssalamualaiku...

Jom lihat cara puak anggola menggayakan rambut mereka
yang nampak sangt unik..



Memang unik rambut mereka..kan??
Macam sotong..Ada yang nak tiru?


kalau nak tiru anda boleh la cuba mencampurkan tahi lembu,mentega dan pewarna.
Itulah antara bahan yang digunakan 
untuk membentuk rambut supaya kelihatan seperti sotong.
Boleh juga di hias dengan manik2 untuk dijadikan aksesori tambahan.







Ada sesetengah wanita di sana yang memakai kolar
tebal.
ianya dibuat menggunakan lumpur,tahi lembu
dan sedikit manik untuk hiasan.






Nak cuba??
silakan..dan siap nanti boleh selfie..
letak kat IG ye..
hehhe'''

sekian..

Tuesday, 24 June 2014

SAYA TAK PERNAH CERAIKAN DIA MASA DIA MENGANDUNG-JEJAI

         Assalamualaikum...

Kesian nya dengan fasha Sanda ni..
walau dah bertahun berlalu orang masih ingat
semua yang pernah terjadi antara dia dan sorang lagi pelakon tu.
Dah la mengandung 5 bulan..
masa2 macam ni la orang dok sibuk nak melaga2 kan mereka.
sampai terpaksa si suami
tampil memberi komen balas pada mereka2
yang asyik ungkit cerita lama...





salah satu komen yang bertujuan melaga-lagakan Fasha Sanda 
dan pihak yang satu lagi..




Mungkin dah lama bersabar dan tak ramai yang tahu sebenarnya nya
jejai hanya mengetahui bekas isteri nya tu mengandung 
selepas mereka bercerai..

Buat apa nak ungkit cerita lama..kan?
masing2 dah bahagia..
Pihak yang satu lagi pun sekarang ni  
tengan berbahagia  dengan buah hati dia.
mungkin dia rasa sekarang lebih bahagia berbanding dulu..kan??


sekian...