TIPS MENJUAL PAKAIAN TERPAKAI

Assalamualaikum...

Aku ada banyak baju yang tak pakai lagi.beli tapi tak pakai..ada yang dah pakai tapi pakai sekali je la.ada yang kerana saiz tetiba berubah.dulu beli baju tu besar.sekarang dah kecik pulak..pelik..ekekek.pernah jugak la terpikir nak jual.korang pernah tak terfikir nak jual baju2 lama korang yang masih elok dan baru tu??kalau nak jual ,ini tip  untuk jual baju terpakai di online..Haruslah ada tips nya bila baru2 nak menjual..tak boleh main redah je..kan??



1-gambar baju
tak perlu gambar tersebut di edit dengan berlebihan supaya nampak menarik.pastikan warna baju dan corak pada baju tidak berubah ketika gambar diedit.gambar harus lah jelas dan nyatakan jugak tambahan pada perincian baju.contohnya manik yang terselindung dalam gambar atau bahagian2 yang mempunyai zip.

2-jual pada waktu yang tepat
jual pakaian anda pada waktu yang sesuai.misalnya baju kurung elok di jual pada musim cuti sekolah kerana banyak majlis kawin pada waktu tersebut.atau dipertimbagkan juga,jaket tidak sesuai untuk di pakai pada musim panas,jadi pilih waktu lain untuk memasarkan nya.

3-Media
Laman sosial adalah medan jualan terbaik yang seharusnya digunakan oleh peniaga kecil-kecilan.misaknya Facebook,blog dan twitter.malah anda juga boleh menggunakan forum khas yang membincangkan tentang fashion wanita .



4-harga yang berpatutan.
jangan terlalu mengejar keuntungan.tetapkan harga yang setimpal dengan pakaian yang dijual.anda boleh meletak kan harga yang mahal jika ianya pakaian berjenama,masih baru dan asli..

5-mesra dan ramah.
jadilah peniaga yang ramah dan mesra dengan mereka yang berunding dengan anda,.peka dengan setiap aktiviti di post jualan anda dengan memberi tindak balas yang segera dari setiap pertanyaan pelanggan.nyatakan jugaterma dan syarat  yang jelas pada setiap pelanggan supaya tidak menjadi salah faham di masa akan datang..


sekian..


Post a comment

14 Comments

  1. 1 lg kak, pastikan baju tu dibasuh dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. terasa mcm nk menjual sesuatu lerrr plak

    ReplyDelete
  3. terasa nak cari baju terpakai yang belum pakai nak jual gak la...khee

    ReplyDelete
  4. Byk gak...beli tak pakai pun ada. ..pakai sekali pun ada...

    ReplyDelete
  5. Tak terfikir pun nak jual DR.... sebab apa yeh,.... sebab terfikir ada ke org yg nak?
    Tapi tak cuba tak taukan... TQ share tips ni

    ReplyDelete
  6. dulu kita jual bundle..
    boleh tahan jugk untungnya..
    :)

    ReplyDelete
  7. nice tip ni.tq for sharing

    ReplyDelete
  8. betul gk, sy pon ada baju yg xpakai, masa memula beli cm cantik,tp bila da beli, pkai sekali dua je, syg betul

    ReplyDelete
  9. Baju2 lama yang dah tak boleh pakai tapi masih elok kebanyakan dah sedekah..
    Masih ada lg baju tergantung tak terpakai, ingat nak jual murah2 la kot

    ReplyDelete
  10. saya pun ada banyak baju tak berpakai
    tapi ada ke nak beli?

    ReplyDelete
  11. Baju tu perlu digosok dgn seterika sebelum amik gambar. Baru nampak elok.

    ReplyDelete
  12. Tak salah beli preloved atau bundle.bagi yang mempunyai anak,dialukan untuk pakaian preloved atau bundle kerana ank cepat membesar.ibu bapa juga mestilah pandai berjimat asalkan pakaian tu sesuai utk ank dan harga berpatutan.
    Slm ramadha dari faqihfarius.blogspot.com
    Membantu anda berjimat!

    ReplyDelete
  13. Assalam,Nama sy Yan . Sy ade jual baju2 sy sdri kbykan baju kurung batik n masih baru n elok.Pkai pn staun tu 2 atau 3 Kali...time Raye..hihi..Murah2 je.n sy buat delivery area ampang..boleh wsap 0173783343 at any hours...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)