Skip to main content

TIPS MENGGUNAKAN KUALI NON STICK DENGAN BETUL

Assalamualaikum...



kat rumah korang ada berapa buah kuali non stick?
harganya agak mahal tapi bagusnya kuali ni tak susah nak di cuci.
kat rumah aku ada dua je..tu pun jarang2 guna sebab sayang..muahahha..
biasalah..perempuan ..kan?/beli untuk simpan..ekekek..
biasanya hari2 guna kuali opah2 zaman dulu je..

kuali non stick dibuat menggunakan Bahan PFOA
(perfluorooctanic asid dipanggil C8), sebatian kimia sintetik.
Terdapat juga bahan fluoropolymer yang membuat permukaan
kuali menjadi licin dan tidak melekat.
Produk yang menggunakan bahan ini tidak pernah dilaporkan
menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan.
Walau bagaimanapun, bahan kimia yang digunakan dalam proses pembuatan
boleh memasuki badan, terutamanya jika penggunaan nya tidak betul.

sebenarnya ada cara untuk buat kuali non stick ni tahan lama..
meh nak sahare tips penggunaaa kuali non stick supaya tahan lama dan tak rosak.



1- Bahan lapisan  yang terdapat pada kuali non stick boleh
pecah pada suhu 500 darjah celcius,jadi jangan
menggunakan kuali ini dengan api yang terlalu panas .
Gunakan api kecil atau sederhana untuk memasak.



2-Jangan biarkan kuali non stick dalam keadaan
kering didalam ketuhar yang panas atau diatas dapur.

3-Gunakan senduk atau sudip yang dibuat dari kayu
atau plastik  untuk mengelakkan  geseran dan akibatnya
lapisan non stick akan rosak dan terhakis..



4-Elakkan menyimpan kuali non stick secara berlapis
dengan alatan memasak yang lain.
alas kuali non stick dengan tuala ketika menyimpan.

5-jangan mencuci kuali non stick menggunakan
penggosok yang kasar.sebaiknya hanya dicuci menggunakan span yang lembut.

ok..tu je la kot..kalau ada lagi meh kongsi ye..
sebenarnya petang ni plan nak
buat roti jala.tu yang terpikir nak buat entry ni
masa keluarkan kuali kesayangan tadi..
ehhehe


sekian...

Comments

  1. Saya guna habis habisan. Mmg memudahkan kerja memasak. Lepas beberapa thn ni ada perbezaan, dah kureng tahap non stick dia. Yelah...bertahun lanyak. Hehehe

    ReplyDelete
  2. alahaiii..sygnye lahaii tgk gambar yg ke 3 tu..xtau pulak slame ni xbole letak ats dapur yg tgh panas..

    ReplyDelete
  3. akak...buat lebih sikit tau..=) lama dah tak makan roti jala ni.....huhu

    ReplyDelete
  4. good sharing... terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Akak tambah satu, jangan basuh kuali semasa kuali masih panas. Boleh menyebabkan lapisannya lekang dan tertanggal (chipped off). Tunggulah kuali dah sejuk, baru boleh cuci dan kenakan dengan air.

    ReplyDelete
  6. belum mampu lagi nak beli kuali non-stick...hehe

    ReplyDelete
  7. Yang tau tak boleh guna sudip besi je. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Saya ada satu je non-stick pan. Pastu permukaan dia yang baru saya tahu ada chemical tu dah carik2 dah sbb saya guna sudip besi. Balik umah mak mentua, tgk kuali dia yg beli sama dgn saya masih elok. Then baru le saya tahu kena guna sudip silicon atau kayu. Huhu.

    ReplyDelete
  9. hihi..memamg sayang nak guna..sesekali je guna..plus, tak suka sangat guna non stick pan ni lebih selesa masak dengan kuali biasa tu..tahan lasak sikit :)

    ReplyDelete
  10. kita jaga dgn elok...org dtg pi sental dgn penggosok kasar...habis...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …