Skip to main content

SUSU TEPUNG DUMEX 5 BUNGKUS

Assalamualaikum..




2 minggu lepas kot aku dapat hadiah
susu dumex 5 bungkus..
Ni sebab aku join satu peraduan kat Facebook
yang kena letak gambar  anak tu..
maisara ni memang bertuah la..
kalau letak gambar dia
mesti menang..hahahah...
sebab tu aku selalu cakap "bertuah punya budak.."..:p

kemain suka la dia dapat susu..
dia memang minum susu Dumex.
Agaknya sebab susu dumex ni manis..
pasal tu la budak2 suka..kan??

Ada yang tanya nak buat apa
susu tepung banyak2 tu..
padahal budak2 ni bukan semua susu dia minum..
sebab Hadiah susu Dumex ni
ada 5 perasa berbeza.
Untung nya Maisara ni semua dia bedal..

Jangan tak tahu
ada banyak lagi benda kita boleh buat dengan
susu tepung yang banyak nih..
buat Biskut suji..
Buat popia mestum.

aku kalau buat popia nestum memang aku
campurkan dengan susu tepung..
Baru rasa lemak2 susu tu..
wah...!!sambil telan air liur nih menaip..hahaha..

Buat kek dan macam2 biskut
pun kita boleh campurkan susu tepung..
lagi2 nak raya ni kan..
dok godek2 la apa resepi biskut yang guna susu tepung..
nanti orang mai raya kat rumah mesti
balik dengan berat badan yang melampau..
dah tu,semua biskut raya kat rumah aku
ada campuran susu tepung..ekekek...

dah banyak kali jugak menang peraduan kat Facebook..
menang saguhati pun menang jugak tau..heheh..
nak dekat raya ni mesti ada
lagi banyak peraduan kat facebook.
aku tak suka peraduan yang kena beli barang berkoyan2..
setakat beli satu sebagai bukti pembelian dah la..kan??
ni nak kena beli tiap2 hari baru nak menang
memang bankrap aku..heheh
lagi satu tak suka join peraduan yang ramai sangat join..
mesti susah nak menang..macam peraduan Yoes tu..ekekek..
jangan marah..:)

sekian..


Comments

  1. Alhamdulillah..murah rezeki :) kalau lebih tu boleh buat kuih ape yang patut :)

    ReplyDelete
  2. bestnye!x pnh join contest sbb rasa x pnh menang ape2..haha!

    ReplyDelete
  3. tahniah maisara..murah rezeki yer..

    ReplyDelete
  4. Wahhh..tahniah.. menang dapat susu tuu..bukan murah nak beli siap 5 bungkus..tahan lama tuuu...

    Betul org ckp..kata2 ibu tu satu doa..klu ibu doa baik2..baik la anak tu ye...

    Tahniah...
    Salam singgah dari blog http://cintanelly.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bertuah betul maisara!

    saya masuk peraduan tak penah menang.. haha

    ReplyDelete
  6. wah bestnya menang susu.. dah boleh buat stok tue..=D

    ReplyDelete
  7. Betul tu kak, yg penting pandai mengolah dan menggunakan susu2 tepung tu baru cepat habis kan ;)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki.

    Tahniah

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Memang beruntung Maisara nih.

    ReplyDelete
  10. kak diana..sepp sket..haha..danish pun minum dumex..tapiii dumex manis ke kak?sebab xpenah rase pun..ai is xsuke susu tepung..sebelum ni danish minum enfagrow..tp sebab ade yg kata enfagrow manis, then tukar dumex..sebab danish mcm hyper ms minum enfa dulu..kene jgk tukar..risau! takut gula tu yg wat die aktif semacam..

    ReplyDelete
  11. bertuah maisara ni. saya masuk contest kat fb tak penah menang. hehe.

    ReplyDelete
  12. memang bertuah sekali dapat sampai 5 bungkus..nasib maknya tahu nak buat apa susu tepung yang banyak tu.

    ReplyDelete
  13. Haha..wajah rezeki la katakan tu..tahniah la..kurang2 leh jimat untuk beberapa minggu dah..hehe

    ReplyDelete
  14. kak fav. kot popia nestum tu ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …