Skip to main content

RAHSIA KECANTIKAN VICTORIA BECKHAM

Assalamualaikum...

Korang tengok Victoria beckham ni cantik tak??
muka dia bagi aku cantik la untuk wanita yang berusia 40 tahun..
tak de kedut atau jeragat..
maknanya dia memang jaga sungguh muka dia..kan??


nak tau dia pakai apa kat muka dia...
Bee pollen..ni aku baru tau pasal Bee Pollen ni..
Pollen merupakan debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul.
ianya nampak seperti sarang lebah kerana ada lubang-lubang tempat lebah betina meninggalkan telur. Bee pollen ini mengandungi asam amino, vitamin B, folic acid, enzim dan co-enzim alami. Harganya memang mahal dibandingkan madu biasa.

Madu ini cukup berkesan untuk  mengatasi masalah kulit seperti jerawat, eksim, psoriasis, dan melembabkan kulit sehingga kelihatan  lebih tegang dan awet muda. Selain itu, bee pollen juga baik untuk pencernaan, sistem kardiovaskuler, serta meningkatkan metabolisme tubuh.


Rawatan ini juga juga menarik minat wanita lain seperti Kate Middleton dan Camilla Parker Bowles, yang mengakui bahawa hasil perawatannya sangat memuaskan.

kalau yang banyak duit ni kena cuba la..kan??
tengok kat facebook tak ramai pulak yang jual
produk yang ada  pollen ni kan??
Harganya jangan cakapla..mahal tau..Mungkin sebab keberkesanan nya..

sekian...


Comments

  1. bee pollen macam penah dengar..emmm

    ReplyDelete
  2. Memang cantik Posh Spice ni :)

    Bee Pollen macam penah tgk je produk dia

    ReplyDelete
  3. Kawan akak selalu suruh makan bee pollen. Beli yang raw, kat Cameron selalu ada jual... Mmg mahal sikit. Satu botol macam jem tu dah RM50. Satu hari makan satu sudu..telan dengan air jer.

    ReplyDelete
  4. Memang cantik kulit dia..flawless je tengok.

    ReplyDelete
  5. mgkn sbb mhl tu tak byk jual kot.huhu

    ReplyDelete
  6. Lelaki boleh pakai tak? hehe..

    ReplyDelete
  7. CNI ada jual . rasanya kat produk jualan langsung lain ada juga . klu jumpa nanti saya nak try juga . cara guna disapu kat kulit muka ke ?

    ReplyDelete
  8. klu mahal sgt, kompom den xmampu! uhuks3..

    ReplyDelete
  9. Salam, haaa sebenarnya sama je macam khasiat madu..mmg dlm Islam, dah nyatakan khasiat madu ni..xperlu mahal2, minum madu asli je insyaAllah lah cantik luar dalam, sihat pun sihat..madu mmg byk khasiat..patutlah victoria ni cantik..hehe

    ReplyDelete
  10. mahal2 pn lum tentu ssuai dgn muka ni haaa hehee..mgkin faktor cuaca juga kat luar ngara kan sejuk je hehee..

    ReplyDelete
  11. getis yang pakai...mesti mahal kannn...emmm bee pollen tul la...hurm...

    ReplyDelete
  12. wah nak kena try la lepas ni
    sis dijemput join Giveaway: I love Perfume
    3 bottle Perfume Mary Kay untuk dimenangi, setiap satu beharga RM114 <3

    ReplyDelete
  13. tak ada kedut langsung..... awet muda sungguh.

    ReplyDelete
  14. ye ke gmbr asli dia ni. kot dah edit super imposed. heheh.. baru ku tahu bee poolen tu apa...


    *diana, nnt boleh berikan gmbr 100 keping utk buat fotobuk?

    ReplyDelete
  15. Owh...dah 40 tahun umur dia erk.

    ReplyDelete
  16. owh dah 40tahun victoria ni, memang masih cantik

    ReplyDelete
  17. Harganya kan.... boleh tahan...

    ReplyDelete
  18. hai...awak di tag...

    http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blogger-award-thanks-to.html

    ReplyDelete
  19. takpelah kite mampu pakai barang kecantikan biasa2 je....

    ReplyDelete
  20. CNi pernah jual produk b-pollen ni...now tgk dah takde..maybe xde sambutan sbb harga mahal nau kot...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …