Skip to main content

KEK COKLAT UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum...

Semalam buat kek coklat...
Minggu ni je 2 kali dah buat kek..
letih memang letih tapi lebih rasa seronok sebab bila buat kek
mesti anak2 aku makan sampai habis.

Dulu aku suka buat roti..
seminggu 2,3 kali buat roti..
last2 Maisara kata..
:ibu..jangan la buat roti dah..kami tak suka roti..
terus stop buat roti..
buat kek dan biskut je sekarang..


Aku ni kalau buat kek malas nak buat kek ada krim macam ni..
sebab bab nak menghias tu mesti anak dara aku
yang sibuk nak buat..
entah dah rupa apa ntah..mujur la kek aku sedap..muahahha...
tengok la rupa kek nye..
nak di larang kang menyekat kreativiti anak pulak..
terus hilang minat ke dapur..
sampai ke tua jadi anak dara penyegan..aku jugak yang salah..kan??heheh



dan selalunya bila buat kek ,
krim kek tu mesti ada simpan sikit untuk 2 orang budak bertuah ni 
makan..makan krim saja..
hahhah..

Dulu kalau ada krim lebih aku simpan dalam peti sejuk.
Maisara selalu makan krim tu dengan biskut 4 segi..
biskut tawar tu la..
lepas tu habis lantai kena krim2 yang meleleh dia 
sapu kat biskut tu..

lepas tu aku dok pikir cara cemana nak elak kan dia 
tumpahkan krim atas lantai..
dapat satu idea..
aku hancur2 kan biskut tawar tu..
lepas tu campur kan dalam krim kek tu..
lepas tu cairkan sikit coklat masakan,campur sekali dalam 
biskut yang dah aku hancur kan tu..
kalau ada badam ke,kismis ke ,campur je sekali..
lepas tu masuk kan dalam cup macam gambar bawah ni..
masuk dalam peti sejuk kejap..
dah boleh makan...


kalau anak korang jenis macam Maisara ni yang tak suka 
badam dan kismis,
korang cincang2 je kismis tu,badam tu korang kisar ..
campur kan je..

kalu tak nak guna krim kek pun boleh..
cairkan coklat,boh susu pekat,lepas tu bubuh je apa korang nak..
sedap oi..

selamat mencuba..

#ada kotak iklan di sidebar..siapa nak,sila pm ye..

sekian...



Comments

  1. kreatif kak.. anak anak kami pun suka makan krim ngan biskut dan roti.. ayahnya mengajar..hahaha

    ReplyDelete
  2. nnti bosan lak kek coklat . mommy nye try buat masak2 kueh2 plak :)

    ReplyDelete
  3. senangnya..asalkan rajin macam2 boleh jadi..
    kek ni memang kena selang seli buat..
    kalo zee ikut mood..aritu rasa nak buat cheese kek..dah beli pon cheese tapi sampai sekarang tak buat..tak tau la elok lagi ke tak tu..kadang dok dalam peti lama pon rosak jugak..

    ReplyDelete
  4. Wah...bila ada anak ni terus jd kreatip kan.
    Patutla saya tak kreatip2..

    ReplyDelete
  5. Haa kenyang mkn biskut siap ada badam smua tu. yg penting ank2 suka

    ReplyDelete
  6. kreatifnya..kek pun nampak sedap je..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap...apa yang anak minta tu memang seronok kalau dapat buat sendiri..

    ReplyDelete
  8. sedap nya kek dai
    bokmai sikit nak rasa sesudu :)

    ReplyDelete
  9. klau kreatif semua boleh jadi..huhu

    ReplyDelete
  10. kreatifnyee..
    nampak menarik..xde la sepah2 lantai..hihi

    ReplyDelete
  11. Bukan anaknya..maknya yg tak.makan kismis

    ReplyDelete
  12. Oohhh...idea yg bgs krim tu...nanti blh buat...

    ReplyDelete
  13. amboi...menyelerakan je tengok...hehehhe

    ReplyDelete
  14. Memang kreatif lah kak...

    Hah, jom join giveaway sy pulak kak mana tau ada rezeki...:)

    http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html

    ReplyDelete
  15. wah kretip la kakdiana.....

    ReplyDelete
  16. Rajin!
    anak2 aida masih lg suka roti :-)
    Lom komplen lg la hi hi...

    ReplyDelete
  17. Satu inovasi yg menjimatkan...sedap plak tu

    ReplyDelete
  18. bagus gak idea inovasi mcm ni. Kretip. Takyah tunggu ada anak yg suka makan bersepah, saya sendiri pun makna bersepah.

    ReplyDelete
  19. Luaran tak cantik xpe..asal sedap dan anak² suka makan kan kak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …