Skip to main content

JANGAN SAMPAI ANAK ANDA MENGGANGU RUTIN ORANG LAIN

Assalamualaikum...



Datang dah mood nak membebel ni..
ni sekadar membebel untuk ringan kan sikit kepala ni..
bukan sebab nak cari pasal ke,nak cakap2 belakang ke..
bebel kat blog ni mudah..tak de sapa sakit telinga dengar..heheh..

Aku harap ibu2 meletak kan diri ibu2 di tempat aku ni..

Baru jam 12,siap memasak..ingatkan
boleh la berehat,makan dengan anak2 dan suami..
tetiba je...

"Maisara...!!!Maisara..!!..."

aih..mai dah..
bukan tak bagi mai rumah kecik aku ni..
tapi tengok time la..
ye la budak2 bukan paham..tapi
budak2 ni mesti ada mak ayah kan??
mesti ada penjaga kat rumah kan???

tak kan la kita anak beranak sedap2 makan kat meja..
diaorang yang budak2 ni duduk terkebil2  kat ruang tamu
sambil hidung disumbat bau udang masak petai..
dan bau daging masak kicap.(pegh!!sedap betul aku masak)..
nak dijamu masak pun cukup2 je untuk perut2 kecik kami ni..
lepas tu bila dah makan nak la kami ni berguling2 di depan tv.hehe..

Ada  setengah kawan Maisara ni yang
bila nampak apa benda makan kat dapur ni
selamba dek je dia mintak.
benda kalau banyak memang boleh bagi..
tapi kalau ciput je mau berebut budak2 tu..
tak gamak pulak nak tengok..

Diaorang pulak bila datang
kejap ke dapur,kejap ke bilik air..
pernah sekali aku tengok kawan dia sorang ni,
kejap buka paip air kejap tutup..
bila aku tanya."kenapa tu.."
Rupanya dia pelik tengok paip tu
ada 2 kepala.satu yang kecik satu yang besar..
macam tu pun ada..

Bukan tak pesan kat maisara ni..
"pesan kat kawan2 nak datang  rumah,lepas pukul 6 je..jangan
datang awal2.."

tapi dah namanya budak2..
susah betul nak kata "tidak." pada kawan2 yang datang kerumah
dan minta nak masuk tengok tv konon nye..

makanya..ibuk2..bapak2..
tolong lah pantau anak2 anda di musim cuti sekolah ni ye..
jangan la sampai mengganggu rutin harian orang lain.
nak datang boleh je..
cuma tengok masa tu..
Rasanya awak pun tak suka kan,
anak2 orang ganggu privasi awak..??
Jadi,tolong jaga anak baik2 ye..

sekian..

Comments

  1. thanks sis ingatkan.. walaupun anak saya masih kecik.. tp ni blh dijadikan peringatan untuk saya bl dia besar nti.. skrg dia x pandai main lagi dgn kawan2 kt rumah tu...

    ReplyDelete
  2. Mmg pun, kalau balik umh kakak, selalu je ada mber anak buah dok bg salam.."assalamualaikumm irfaaaann...assalamualaikumm". rimas pulak dengar..

    ReplyDelete
  3. Betul tu Diana .. hilang privasi kita.. bukan tak kasi tapi berpada-pada.. akak kekadang cakap juga dengan budak2 tu.. datang main pukul 6 nanti ye.. sekarang mereka nak berehat.. pergi balik dulu ye.. cakap dari pintu grill tu jer Diana.. ehe kira kejam jugak tu :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu Diana .. hilang privasi kita.. bukan tak kasi tapi berpada-pada.. akak kekadang cakap juga dengan budak2 tu.. datang main pukul 6 nanti ye.. sekarang mereka nak berehat.. pergi balik dulu ye.. cakap dari pintu grill tu jer Diana.. ehe kira kejam jugak tu :)

    ReplyDelete
  5. Salam, woOo entry ni mmg best! even aku xde anak and belum kawen lagi pun, aku rasa aku boleh faham jugak, sbb masa dan rutin aku sebagai seorang kakak, kadang2 tergendala bila kena mcm ni..hahaa gerammmm tol~

    ReplyDelete
  6. betul tu kak..kadang² susah nak cakap kan..

    ReplyDelete
  7. anak jiran saya kan selalu main basikal depan rumah malam2..panas hati betul sbb anak kita tido tak boleh bising..pergh!

    ReplyDelete
  8. MAISARA,baca entry ibuu awak ni.kihkhkih.

    ReplyDelete
  9. maybe mak bapak dia kerja kot. Cuma kat sini mak bapak dia maybe tak pesan waktu bila boleh bertandang umah kawan & waktu bila tak boleh. Kalau kita pratikkan dari kecik Insya Allah dia akan terdidik macam tu

    ReplyDelete
  10. Eloknya main luar pagar jer NR....senang tak yah masuk rumah hehe....Okje pun rimas jugak kalau ada budak budak keluar masuk rumah cenggitu....
    Tulah bila dah biasakan ....cenggitulah jadinya

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,
    sib baik daku tadak anak huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. hahaha..dia datang nak bau masakan yang sedap tu kot..hehe..tu la..memang tak kena masa tol lahhh..hehe

    ReplyDelete
  13. Hehehe ... Bebudak memang macam tu kan ... Kita sebagai ibubapa kena lah disiplin kan anak2, buat peraturan skit ... Huhuhu, tapi tu lah, teori senang ler, nak praktik kan tu agak susah ... Pelan2, Insyaallah ...

    ReplyDelete
  14. suruh maisara pulak gi nyebok kat rumah mak dia
    baru mak dia faham kot

    ReplyDelete
  15. Betul tuh setuju..kdg kdg privacy kita terganggu tau

    ReplyDelete
  16. Ada setengah parent, dia bukan kisah pun anak dia suka-suka masuk rumah orang. Buka kita cerita balik kang, alasannya, alaaa budak-budak. Tapi, takkan la nak dibiar budak tu tanpa dididik dengan adab sopan dan tata susila. Yer dak?

    ReplyDelete
  17. usahkan ibu-ibu, zizie sebagai kakak pun rimas...orang suruh main kat anjung, sampai dalam rumah dorang masuk.. kekadang, ada yang tangan panjang.. aduhai..

    ReplyDelete
  18. tambah pula musim cuti sekolah nie kan.. budak2 mmg tak suke duk umah..

    ReplyDelete
  19. teringat satu masa dulu anak jiran dtg dgn bibiknya . si budak suka2 jer kuar masuk bilik org , si bibik dok bebel pasal tuannya ... adehhh .

    ReplyDelete
  20. samalah... umah akak ni, pagi2 dah sampai... mandi pun belum.... dulu2 rasa serba salah... sekarang ni akak dengan selamba suruh balik mandi dulu atau suruh datang petang jek hehehe...jiran sebelah jek pun... kalau mak dia dengar lagiiii bagus.... >__<

    ReplyDelete
  21. Sesekali kena ikut cara kakak. Bila tiba masa tak sepatutnya suruh aje mereka balik dulu. "Nanti lepas makan, solat dan rehat dtg lagi ye sayang..."

    Harap anak-anak itu faham.

    ReplyDelete
  22. Salam K.Diana..

    hehe..teringat mase kecik2 dulu, cma selalu serang umah kawan2 tak kira time,sbb derang pun serang umah cma tak kira time.. mcm ni la agaknye mak pak dia/cma pikiaq.. hehe,,, :p

    ttp..setuju dgn akak.. kita perlukan privasiiii

    ReplyDelete
  23. Hahaha...lawakla entri ni...mmg menguji kesabaran betul kan..seb baik kawan2 sekolah aleesya rumah jauh..takdela datang bertandang selalu..hikhik..

    ReplyDelete
  24. adoi la..kite paham la bdk2 mmg camtu..tp klu mak ayah yg dah terbiasakan ank2 pegi umah org wrong time, payah la..xsesuaiii..klu ptg2 tu ok la..

    ReplyDelete
  25. kat area umah saya ni kalau bebduak dating bermain kat padang permainan tu jer. tak de la yg dating rumah..

    kalau umah kat kampong tu yer la..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …