Skip to main content

CHEF WAN:DAH TAHU HARAM DIAM SUDAH LA..

Assalamualaikum...



jom baca apa kata chef Wan mengenai babi..
ye la..kadang2 kita lupa yang malaysia ni bukan cuma 
ada orang islam.ada juga orang agama lain selain dari islam..
Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain 
secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yang rasa terluka..

Memang la babi tu haram untuk kita makan..
tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yang makan babi ni
sangat jijik.
itu kan makanan mereka..
kita pun ada makanan kita yang diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak 
hina teruk sangat kan..
kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni..



I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap. Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka.Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la.Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la! I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita! -Chefwan-

#Ada betulnya...buat apa nak marah,hina,maki babi..kan??dia pun Allah yang jadikan..

Sekian...

Comments

  1. bla haram je cpt je diorg melenting...

    ReplyDelete
  2. chef wan ni memang outspokenlah

    ReplyDelete
  3. babi tu tak pernah hina yang lebih hina manusia yang suka menghina makhluk lain

    ReplyDelete
  4. a ah.. betul tu..
    babi hanyalah sejenis binatang y haram utk umat islam.. tetap makhluk ciptaan Allah. lagi pon, kali pertama babi dicipta ni utk membersihkan najis2 dalam bahtera nabi nuh smasa pelayaran..sbb itu haram. dia makan najis & mde2 kotor.

    setiap ciptaanya ada sebabnya. jd, xperlulah kt hina-hina. cukuplah kt ikut & tahu babi ni haram utk umat islam makan...

    ReplyDelete
  5. Org Melayu memang pelik, hanya babi yang dilihat jijik. Benda haram lain ada yg tak ambik kisah langsung. Minum arak juga haram, tapi peminum arak cuma jijik dengan babi tapi tak jijik dengan arak. Begitu juga dengan judi, zina, rasuah, ia juga haram tapi yg jijik dengan babi tak jijik pula dengan judi, zina, rasuah. Begitu juga dengan merokok yg telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa, tapi ramai yg tak kisah pun, rokok berasap di mana-mana. Mereka cuma kisah tentang babi. Pelik!!

    ReplyDelete
  6. Babi pun makhluk ciptaan Allah SWT. Haram dipegang, disentuh dan dimakan oleh yang beragama Islam tapi janganlah hina sang babi .. kerana ia juga ciptaan Allah ,, sama seperti kita.

    ReplyDelete
  7. Babi memang tak salah, tapi orang yang letak babi tu yang salah. Tak diam krang makin banyak pula dna babi dalam makanan.

    ReplyDelete
  8. Entahla. Typical Melayu. Benda "babi" tu obviously diorang hentam kuat2 sebab haram. Tapi yang ada sekeliling ni xde pulak depa nak bising2x.

    Dah tau haram so avoid je la dari makan benda tu kan :)

    ReplyDelete
  9. Org melayu mmg camtu ....cari kesalahan org cepat jer...sampai babi pon nk disalahkan...tayahla nk hina bagai...dia pon makhluk yang Allah ciptakan...dah tahu haram tayah la beli makan..rasanya xkan mati kebulur kot kalau xleh mkn cadbury tu pon...nk sebarkan pon biarla cara berhemah.

    ReplyDelete
  10. allah pun marah kita mengeji makanan...marah la pada mereka yg menipu dalam membuat makanan....

    dan tahu haram jangan makan, mujur cepat tahu, punya Allah jaga umatnya...namun jangan kita lepas isu ni suam suam kuku melantak balik coklat tanpa serik,,...biasa org kita gitu...mudah lupa...

    saman jer....kheee, bukan keji je tau tapi ambil tahu setiap apa yg kita makan....fresh food dah lama mat salleh amalkan, kita lak tergila gila pada proses food...

    ReplyDelete
  11. isu babi mmg sangat sensitip bagi umat Islam berbanding arak,judi,riba...walhal semua tu mmg sah2 haram..

    ReplyDelete
  12. Tu la pasal. Kita memang dah tau haram, kita takyah la nak buat muka sgt walaupun dlm hati kita geli.

    ReplyDelete
  13. isu sengaja diperbesarkan oleh pihak yg kurang ilmu

    ReplyDelete
  14. Kalau tak melatah, tak riuh sekampung, tak seronok :)

    Ada je kawan saya yang memandang serius penggunaan bahan mengandungi babi dalam makanan tapi teguk arak rileks aje. Pelik melihat Muslim yang sebegini.

    ReplyDelete
  15. soal halal dan haram perlu dititik beratkan dalam pelbagai aspek bukan hanya focus on b*** sahaja.betul jugak katanya tu

    ReplyDelete
  16. Ha'a ek.....dah makanan depa surelah depa suka...kita kalau ye pun bawak bawak le bertenang...hehe

    ReplyDelete
  17. Emm macam-macam ragam betul lah ha..haha

    ReplyDelete
  18. Sokong dgn knyataan chef wan....

    ReplyDelete
  19. Babi haram bila kita makan je. Pegang tak dosa. Boleh samak balik dengan air bercampur tanah. Couple yang belum nikah pegang-pegang tangan tu yang betul berdosa. Tu, nak samak cuci cara mana pun tak tau. Haha

    ReplyDelete
  20. make sense jugak kata-kata chef wan ni..huhu.betul cakap awak, babi tak salah dalam hal ni.dia pun ciptaan Allah jugak. :)

    ReplyDelete
  21. betul ckp cheff wan tue... dh haram xpayah makan ja...

    ReplyDelete
  22. tak pernah pun menghina org yg makan babi tu. tapi bengang bila benda yg kita haram makan dorang boleh wat main main...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …