Skip to main content

BERHENTI MEMPERBODOHKAN DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI DI LAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...


Aku sebenarnya teragak2 jugak nak tulis benda ni..
tapi rasa kena tulis jugak la..

ni pasal sikap kita yang
konon nye nak tunjuk kita ni manusia biasa
yang ada masanya kita juga buat silap.
tapi sikap kita ni jugak boleh memalukan pasangan kita..

Tau kan..
dalam rumah tangga ni
tak semua benda kita boleh cerita.
Rasanya ramai yang tau..
Tapi benda kecik2 yang kita rasa "tak pe"
sebenarnya bagi kesan besar kalau kita dedahkan..

contohnya macam ni la..
Selalu kan kita baca kat facebook tips2 rumahtangga..
apa boleh buat apa tak boleh buat..

Baca dan share saja tak boleh ke..?
nak jugak bagi tau..

dia baca..
1:jangan tipu bini...."
lepas tu dia dah habis baca diapun komen...

"yang no satu tu saya selalu buat..
lepas ni tak nak buat dah.."

tag pulak isteri dia..
Bayangkan apa yang awak tag tu kawan isteri  awak
baca.kan memalukan isteri je tu.
tambah pulak bini bukan jenis suka cerita buruk suami pada orang..
asyik puji je..
"suami saya tak pernah tipu saya..
semua benda dia akan cerita pada saya.."

ha!!cemana tu??

yang isteri pun sama...
dia baca tip kat facebook atau blog...

no 4; jangan tinggikan suara pada suami...
dh habis baca dia pun komen..

"..no 4 tu saya selalu buat..
lepas ni sya janji tak buat dah..insaf.."



agak2 apa pandangan orang ??
ye la..mulut orang kita tak boleh tutup..
tapi kita wajib menjaga aib diri kita dan pasangan kita..
tak perlu kot nak cerita terang2 apa dosa
awak pada suami ..

sekian...

Comments

  1. Untuk elak kita tulis pasal yg tak sepatutnya tentang rumahtangga kita elok jangan tulis langsung.. kadang2 tu tengok takde motif pun dia cerita hal laki bini sekadar dia sendiri rasa kelakar padahal kita baca takde apa yg menarik yg rasanya patut dia share

    ReplyDelete
  2. takut juga kalau ada terbuat... pompuan ni kalau bercerita over sikit

    ReplyDelete
  3. Terlajak perahu boleh diundur....apapun, seblom bertindak, fikir apa yg terbaik...terima kasih berkongsi & mengingatkan...

    ReplyDelete
  4. Jarang kot tulis pasal rumahtangga kat media sosial...

    ReplyDelete
  5. simpan sendiri sudahlaa... x yah nk share ngan org ramai... lain la kalu retis kn? ;-)

    ReplyDelete
  6. pernah terbaca 1 isu pagi tadi, umpama kes di atas
    yg parahnya, statement yg org buat tu akan menjadi spekulasi oleh org ramai
    akhirnya drpd bersuka ria share, terkena ke arah diri sendiri
    media sosial memberi byk manfaat tp jgn lupa media sosial jg blh mengaibkan diri sendiri. kan kan..berfikir sebelum buat statement.

    ReplyDelete
  7. erk gulp! sy ada buat tak?? haa klu ada mohon ditegur..riso gak kn...kdg x perasan mcm akk ckp..rs seronok nk share..tp rupanya termalu sendiri..huhu~

    ReplyDelete
  8. betul..kadang2 kite tak perasan walaupun benda kecik je kan..

    ReplyDelete
  9. Betul..setuju kadang kita seronok menulis tanpa sedar..Biasanya kalau kat fb saya memang share je

    ReplyDelete
  10. Ini kes teruja sangat nak bercerita la tu, sampai semua cerita nak kongsi dengan orang...Nanti kalau suami atau isteri dah dikongsi orang baru tau, hehehehe....

    ReplyDelete
  11. aiseyyhh..wat malu bini je..
    mmg dh byk sgt tgk kisah rumah tgga sendiri update kt fb..bile dh ok status bukan maenn..bile gado, sume bende kuar..

    ReplyDelete
  12. hahaha...setuju sangat-sangat...
    kadang-kadang diorg ni tak terfikir orang lain akan baca apa yang ditulis..

    ReplyDelete
  13. Akak selalu hadkan penggunaan fb...

    ReplyDelete
  14. bab rumah tangga memang. sangat bahaya di buat status...

    ReplyDelete
  15. tul tu...dah tau kan benda dalam rumah tangga ni xyah la nak mengada share camtu...siap tagging lagi...em...kekadang derang rasa cam tak de pape...tapi kita sebagai kawan ni cam rasa x best pulak camtu...jauhkan diri dari menjadi peluang untuk diumpat orang...nauzubillah...

    ReplyDelete
  16. sangat la betul..
    bahaya kalau salah guna social media ni..

    boleh plak tag tag ye

    ReplyDelete
  17. Berpada padalah semasa menulis tukan DR jangan sampai meaibkan sesiapa....

    ReplyDelete
  18. Dari niat konon nak berkongsi tip2 tu dalam tak sedar kita 'tersalah' kan

    ReplyDelete
  19. tulah bahana media sosial zaman sekarang ni
    kadang tak paham juga

    ReplyDelete
  20. Alamak, selalu jgk share dan komen. Tapi dah tak ingat dah apa yg aku komen. Lepas ni kena hati2 la. Kalo share lebih baik takyah tulis apa2, sekadar tag je dah cukup.

    ReplyDelete
  21. hal rumah tangga perlu dijaga sebaiknya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …