Skip to main content

AKHIRNYA DAPAT JUGAK JADI MAK ENCIK

Assalamualaikum.....

Aku

Ingat tak dulu kalau drama2 tv,
Bila ada watak orang kaya dan orang gaji,
Mesti orang gaji tu panggil orang kaya tu Mak Encik..
Bila fikir2 balik bestnye la kalau orang panggil aku mak encik..
Hehehh..


Tapi semalam dapat jugak aku merasa jadi mak encik.
Lepas balik dari klinik,aku tengok tv..
Tetiba dengar orang panggil kat luar..

"Mak encik..mak encik.."..

Mula2 buat tak tahu je..
Sebab aku bukan mak encik...
Tapi bila jenguk..
Eh!ada orang depan pintu pagar rupanya...

Dia datang mintak sedekah je..
Perempuan India..tua..
Hehhe..tak pe la..
Merasa jugak jadi mak encik..

Harap2 nanti ada yang panggil aku datin pulak..
Kan sekarang kalau citer orang kaya je,
Mesti orang gaji panggil orang kaya datin..

Heheh..

#sian perempuan india tu,dia pergi minta sedekah kat rumah india sebelah,boleh kena halau pulak.depa siap letak anjing depan rumah.

Sekian..


Comments

  1. ingtkan dapat org gaji ka....

    ReplyDelete
  2. Pada saya tak kira melayu ke, India ada rezeki hulur aje. Tak sampai hati.

    ReplyDelete
  3. india tu silap...kalau panggil mak datin mesti dapat lebih lagi tu...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Rezeki dapat title mak encik.. kekekekeke. Orang jenis berkira & kedekut ni tak kira bangsa & sesama bangsa pun biasa berlaku. Kalau bagi 2 hengget pun boleh tapi saja tak nak bagi

    ReplyDelete
  5. layan bangsa sendiri sampai gitu sekali.

    ReplyDelete
  6. hai datin ;)
    sy singgah sini..
    hihi..

    ReplyDelete
  7. Hakikatnya..org gaji panggil majikan 'ibuk'

    ReplyDelete
  8. I pun terigin sangat orang panggil I datin Tihara tau Datin Diana..
    kan dialog drama datin2 selalu ber I and You gitu.. :)

    ReplyDelete
  9. syok bila pekja nepal pgil madam.
    rasa cm bos..
    oh ah..

    ReplyDelete
  10. haah...ingatkan dapat orang gaji tadi..la sian orang tua tu...sama bangsa lagi kan...tak baik tul la...

    ReplyDelete
  11. Hahaha... tbaekk la mak encik :D

    ReplyDelete
  12. Diana mesti terus je bagi derma banyak2 sebab kena panggil mak encik dgn pengemis tu. Hehe.

    ReplyDelete
  13. ohh orang india panggil mak incek agak rare..ish tak baiklah aniaya orang camtu kan kalau taknak hulurkan sedekah pun..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …