Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

JANGAN SAMPAI ANAK ANDA MENGGANGU RUTIN ORANG LAIN

Assalamualaikum...



Datang dah mood nak membebel ni..
ni sekadar membebel untuk ringan kan sikit kepala ni..
bukan sebab nak cari pasal ke,nak cakap2 belakang ke..
bebel kat blog ni mudah..tak de sapa sakit telinga dengar..heheh..

Aku harap ibu2 meletak kan diri ibu2 di tempat aku ni..

Baru jam 12,siap memasak..ingatkan
boleh la berehat,makan dengan anak2 dan suami..
tetiba je...

"Maisara...!!!Maisara..!!..."

aih..mai dah..
bukan tak bagi mai rumah kecik aku ni..
tapi tengok time la..
ye la budak2 bukan paham..tapi
budak2 ni mesti ada mak ayah kan??
mesti ada penjaga kat rumah kan???

tak kan la kita anak beranak sedap2 makan kat meja..
diaorang yang budak2 ni duduk terkebil2  kat ruang tamu
sambil hidung disumbat bau udang masak petai..
dan bau daging masak kicap.(pegh!!sedap betul aku masak)..
nak dijamu masak pun cukup2 je untuk perut2 kecik kami ni..
lepas tu bila dah makan nak la kami ni berguling2 di depan tv.hehe..

Ada  setengah kawan Maisara ni yang
bila nampak apa ben…

IBU,MAISARA DAN PIN TUDUNG

Assalamualaikum...



Korang pernah tak bila tengah bersiap nak pakai tudung
cari pin tudung tak jumpa..
kalau yang ada pakai tudung awning tu
mungkin tak jadi masalah..
tak jumpa pin ,sambar je tudung awning..
dah siap..

Macam aku..
aku tak pakai tudung awning..
memang nak keluar pakai shawl..
tak pun tudung bawal..
jadi pin tudung tu sangt penting bagi aku..



tapi...
dah ada anak dara dalam rumah yang suka melaram ni.
habis pin tudung aku tu entah kemana..
dah siang malam asyik dok ..
perasan jadi puteri..berangan jadi Elsa..berangan jadi Anna..
kejap2 pakai pin ungu..kejap2,biru..
harta benda sapa tu??
aku jugak...

sudah nya semalam keluar pakai pin Ini...




hehehe..
bapak besor punye pin..
aku tanya dia..

kakak.mana pin tudung ibu banyak2??

Maisara:entah la..kami guna yang ini je..

Aih..sabar je la aku..
sudahnya pakai je la pin tu..
mujur la aku ni pemalu..
bila jalan menunduk je..
jadi tak de sapa perasan pin tudung tu besar..
heheh..

Eh!!Gambar atas tu tak cantik la..
kulit kedut2..m…

CHEF WAN:DAH TAHU HARAM DIAM SUDAH LA..

Assalamualaikum...


jom baca apa kata chef Wan mengenai babi.. ye la..kadang2 kita lupa yang malaysia ni bukan cuma  ada orang islam.ada juga orang agama lain selain dari islam.. Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain  secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yang rasa terluka..
Memang la babi tu haram untuk kita makan.. tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yang makan babi ni sangat jijik. itu kan makanan mereka.. kita pun ada makanan kita yang diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak  hina teruk sangat kan.. kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni..


I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn of…

TIPS SUPAYA NAMPAK CANTIK KETIKA SELFIE

Assalamualaikum...


Selfie memang menjadi trend sekarang ni..rasanya trend ni akan berlarutan entah sampai bila pun aku tak tahu..snap!!lepas tu bila gambar kita nampak KO kita pun delete..snap lagi..sampai dapat yang cantik baru kita post.hehehh..Ada caranya untuk dapatkan gambar yang cantik tanpa perlu kita snap berulang kali..

1-wajah bebas dari minyak.
sebelum selfie angan biar muka berminyak.lap2 le sikit..memang wajah yang neutral lebih digemari tapi tak perlu sampai nak tayang minyak2 kat wajah kita nih.eiii..takut jadi bahan kutukan pulak.maklum la sekarang ni pantang gambar lawak sikit dah orang share merata.takut jugak jadi bahan gelak orang sekeliling.



Touch up
2-tak salah kalau kita berikan sentuhan sedikit pada wajah kita.mungkin boleh kita sapu sedikit pelembab bibir dan sedikit penekanan pada mata dengan penggunaan maskara supaya wajah nampak segar.

senyuman
3-wajah yang dihias dengan senyuman pasti memberi kesan pada wajah kita.senyum yang santai dan manis lebih elok d…

MIASARA NASUHA:KECIL-KECIL DAH PAKAI PENDAKAP GIGI (BRACES)

Assalamualikum...
wah..dah pakai braces rupanya Pelakon Miasara Nasuha nih.. tengok kat Ig dia ramai pulak yang komen.. "kecik2 dah pakai braces.." ada tu siap kutuk muka dia buruk bila pakai braces..
habis nak tunggu dah belaki nanti baru nak pakai ke?? kalau gigi elok lain la..kan?? gigi cantik2 tapi pakai braces.. braces palsu..yang tu lagi la buruk.. dah rupa apa dah..heheeh


kalau tengok Gigi Miasara ni  dah compang camping gigi nya.. nak tunggu apa lagi.. baik dia betul kan awal2.. sementara tengah ada duit..:p
Apa pun,gigi dia sekarang dah sama.. dah kembali cantik.. meh tengok gambar Miasara dengan braces nya.. hehehe..

Miasara sekarang ni ada kat Paris. bila entah nak sampai ke Paris.?? ada yang nak taja tak?? heehehe?


Nak braces untuk mulut ada tak?? kasi rapat sikit mulut2yang tak reti nak tutup tu.. heeheh..
sekian..


TIPS MENGGUNAKAN KUALI NON STICK DENGAN BETUL

Assalamualaikum...



kat rumah korang ada berapa buah kuali non stick?
harganya agak mahal tapi bagusnya kuali ni tak susah nak di cuci.
kat rumah aku ada dua je..tu pun jarang2 guna sebab sayang..muahahha..
biasalah..perempuan ..kan?/beli untuk simpan..ekekek..
biasanya hari2 guna kuali opah2 zaman dulu je..

kuali non stick dibuat menggunakan Bahan PFOA
(perfluorooctanic asid dipanggil C8), sebatian kimia sintetik.
Terdapat juga bahan fluoropolymer yang membuat permukaan
kuali menjadi licin dan tidak melekat.
Produk yang menggunakan bahan ini tidak pernah dilaporkan
menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan.
Walau bagaimanapun, bahan kimia yang digunakan dalam proses pembuatan
boleh memasuki badan, terutamanya jika penggunaan nya tidak betul.

sebenarnya ada cara untuk buat kuali non stick ni tahan lama..
meh nak sahare tips penggunaaa kuali non stick supaya tahan lama dan tak rosak.



1- Bahan lapisan  yang terdapat pada kuali non stick boleh
pecah pada suhu 500 darjah celcius,jadi jang…

TIPS MENJUAL PAKAIAN TERPAKAI

Assalamualaikum...

Aku ada banyak baju yang tak pakai lagi.beli tapi tak pakai..ada yang dah pakai tapi pakai sekali je la.ada yang kerana saiz tetiba berubah.dulu beli baju tu besar.sekarang dah kecik pulak..pelik..ekekek.pernah jugak la terpikir nak jual.korang pernah tak terfikir nak jual baju2 lama korang yang masih elok dan baru tu??kalau nak jual ,ini tip  untuk jual baju terpakai di online..Haruslah ada tips nya bila baru2 nak menjual..tak boleh main redah je..kan??



1-gambar baju
tak perlu gambar tersebut di edit dengan berlebihan supaya nampak menarik.pastikan warna baju dan corak pada baju tidak berubah ketika gambar diedit.gambar harus lah jelas dan nyatakan jugak tambahan pada perincian baju.contohnya manik yang terselindung dalam gambar atau bahagian2 yang mempunyai zip.

2-jual pada waktu yang tepat
jual pakaian anda pada waktu yang sesuai.misalnya baju kurung elok di jual pada musim cuti sekolah kerana banyak majlis kawin pada waktu tersebut.atau dipertimbagkan juga,jaket…

BERHENTI MEMPERBODOHKAN DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI DI LAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...


Aku sebenarnya teragak2 jugak nak tulis benda ni..
tapi rasa kena tulis jugak la..

ni pasal sikap kita yang
konon nye nak tunjuk kita ni manusia biasa
yang ada masanya kita juga buat silap.
tapi sikap kita ni jugak boleh memalukan pasangan kita..

Tau kan..
dalam rumah tangga ni
tak semua benda kita boleh cerita.
Rasanya ramai yang tau..
Tapi benda kecik2 yang kita rasa "tak pe"
sebenarnya bagi kesan besar kalau kita dedahkan..

contohnya macam ni la..
Selalu kan kita baca kat facebook tips2 rumahtangga..
apa boleh buat apa tak boleh buat..

Baca dan share saja tak boleh ke..?
nak jugak bagi tau..

dia baca..
1:jangan tipu bini...."
lepas tu dia dah habis baca diapun komen...

"yang no satu tu saya selalu buat..
lepas ni tak nak buat dah.."

tag pulak isteri dia..
Bayangkan apa yang awak tag tu kawan isteri  awak
baca.kan memalukan isteri je tu.
tambah pulak bini bukan jenis suka cerita buruk suami pada orang..
asyik puji je..
"suami saya tak…

FASHA SANDA BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum...


tahniah fasaha sanda.. tercapai jugak impian dia nak dapat anak perempuan.. dah lengkap sepasang.. lepas ni banyak la peminat bagi hadiah baju cantik2 kat Baby fasha..



Sebelum ni pun fasha ada  meluahkan impian nya untuk mendapatkan  anak perempuan .
tercapai jugak.. tapi rasanya kalau keinginan ibu tu kuat mesti dapat kot.. sebab aku dulu macam tu la, masa mengandung Mikhail, rasa teringin sangt nak anak lelaki.. berharap sangat.. tapi tak luahkan la.. cuma keinginan tu dalam hati je la.. (nak jugak citer pasal diri sendiri..)
ehhehe..
sekian...

GAMBAR-GAMBAR ROMANTIK MARIAN RIVERA DAN DINDONG DANTES

Assalamualaikum...
Romantiknya pasangan suami isteri yang popular ni.. Marian Rivera dan Dindong Dantes Ingat tak drama yang diaorang jadi duyung tu?? best kan???aku tengok 2 kali drama tu..hehe...
Sekarang ni drama "temptation of wife" sedang ditayangkan di tv3.. maka bertebaran jugak la orang ramai menyebut nama Marian Rivera nih.. Yang tak tengok je tak tahu citer..heheh.. takpe2..tak semua orang punya minat yang sama.. macam aku,aku tak minat drama melayu..hehehe
Jom tengok gambar2 romantis pasangan suami isteri nih...








sama cantik dan sepadan la diorang ni..kan??
sekian..

GAMBAR-GAMBAR BAYI COMEL 2014

Assalamualaikum....
Tajuk post tak nak kalah.. Nak ala2 seo.. Padahal tayang gambar anak sendiri je.. Hahahah...
Sekali sekala tayang gamba anak apa salah nye.. Bukan nak meriak kat siapa2..

Ada orang kata tak elok tayang gamba anak.. Nanti ada orang yang tak de anak akan  kecik hati..
Aku percaya kawan2 aku mana yang tak de anak tu, Tak kan kecik hati sebab  mustahil diaorang tak suka tengok gamba anak kecil macam ni.kan?? Tujuan kita cuma nak berkongsi  gamba anak kita dengan orang lain. Kita bukan nya jumpa kat luar hari2..kan? Meh sini layan mata dengan gambar2 terkini bayi paling comel 2014.. Muahaha..














Sekian...

PERANG IG SHARNAAZ AHMAD DAN PESERTA THE BAND

-Assalamualaikum...

Semua nya bermula dari satu gamba yang dimuat naik Sharnaz..







Lepas tu perang Ig ni berlarutan sampai ke ig peserta the band ni..







aku pernah tengok rancangan the Band ni sekali. tak tau la minggu keberapa.. tapi memang rasa nak tutup telinga je dengar depa nyanyi.. ingatkan satu group je yang nyanyi tak sedap.. dok tunggu jugak.. rupanya boleh kata semua nyayi kelaut.. apa lagi bab menari..heheheh...
Tapi kan yang kes anjing kurap tu..bukan ke satu malaysia tau..manyalak sampai 1 malaysia singapura brunei tau..hehe...

#siapa nak sewa kotak iklan kat sidebar tu sila pm ye..

Sekian...