TULIS REVIEW PRODUCT BUKAN SEMATA-MATA UNTUK TRAFFIC BLOG KITA

Assalamualaikum...



Korang suka tak baca review produk kat blog??
aku suka..lagi2 kalau produk untuk wanita.
tapi.....

kalau review yang di tulis tu macam
disalin je dari kertas iklan,
yang tu memang aku tak suka baca.
hahahahah..boring la..kalau orang tolong
bacakan dan aku dengar je tak pe la jugak..
tapi nak suruh baca dengan ayat2 serius dan skema memangg tak tahan oi..

Aku lebih suka kalau review tu di tulis
dengan lebih santai.kita baca setiap perenggan pun
tak rasa boring.jadi jangan la pelik bila
entry review kita tu tak dapat sambutan pembaca pun.
Sebabnya kita tulis untuk traffik semata2..
bukan untuk orang baca..



Bila orang google je sampai la ke blog kita,
tapi sayang,orang baca sekerat jalan je la..

Orang yang bayar untuk review kita pun rasa,
"lebih baik aku tulis sendiri kalau
dia nak copy bulat2 dari laman web aku.."

Tulis review product kat blog bukan macam
buat rencana berita atau tulis buku.
lagi2 orang bayar.kau tak payah nak fikir pasal penulisan kau
gaya matang tak matang.
kalau gaya matang sekali pun tapi
tak de sapa nak baca membazir je orang bayar kat kau.
kita tulis untuk tarik orang supaya baca,
supaya product yang kita nak perkenalkan tu orang boleh ingat.
Baru lah berbaloi orang bayar kita.

kalau korang nak tengok contoh review yang bagus,
yang buat orang boleh baca sampai habis
cuba jenguk blog coklateyes dan blog ctliyana..

sekian..
TULIS REVIEW PRODUCT BUKAN SEMATA-MATA UNTUK TRAFFIC BLOG KITA TULIS REVIEW PRODUCT  BUKAN SEMATA-MATA UNTUK TRAFFIC BLOG KITA Reviewed by Diana Rashid on 11:30:00 Rating: 5

18 comments:

  1. buat review yang terbaik. Bersederhana santai dan formal sebab pembaca ada macam² jenis. Traffic juga salah satu cara untuk bantu naikkan sales untuk sesuatu produk tu :) maksudnya fair and square dari pihak berbayar dan di dibayar.

    ReplyDelete
  2. Belajar2 jgk buat review brg ni..
    Boleh tunjk dlu kat pengiklan, dpt feedback dia puas hati ke tidak..

    Tp blog popular tulis apa pun org buka, bc idok la habis..

    ReplyDelete
  3. ha..sokong sokong. kalau dah sebijik mcm kat iklan paper tak yah la nak wat review..

    erk.. nak review satu poroduk la. tapi tak sempat. ntah bila la kan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. blogger kak senduk review produk paling rare saya rasa.. memang pecah perut baca. Saya pun kalau review produk tulis macam biasa kita tulis blog. Yang penting point2 pengedar produk tu nak ada sudah

    ReplyDelete
  6. acik lebih suka kalau review itu di lakukan berdasarkan pengalamannya dia sendiri dan menggunakan ayat yang mudah di fahami.. itu lebih dari dari copy paste

    ReplyDelete
  7. saya sekarang tgh belajar tulis review secara santai. slelau tulis ayat skema je. hehehe

    -www.aimanaziz.com-

    ReplyDelete
  8. tp ada yg suh copy je. tu trpksa copy walau hakiakt ayat kt nak santai..hihi

    ReplyDelete
  9. tengok jugak brg apa yang menarik untuk dibaca.....

    ReplyDelete
  10. Okay boleh buat rujukan nanti !

    Ikhlas,
    www.profhariz.com

    ReplyDelete
  11. masih dalam pembelajaran untuk menulis bab2 review ni.. hehe..

    ReplyDelete
  12. err skema ke review produk yg sy tulis kak?Uhuk2

    ReplyDelete
  13. review produk yang terbaik adalah yang berdasarkan pengalaman dan penggunaan sendiri. tapi takkanlah kita ni nak cuba semua produk kan. mustahil la kan.

    jadi itulah kepentingannya kemahiran menulis seolah2 memang kita yang guna produk tu, walaupun hakikatnya memang tak guna pon.

    ReplyDelete
  14. memang pedass tapi realistik. hehe ;)

    ReplyDelete
  15. betul juga kan,
    kalau main copy paste memang tak menarik tuk dibaca

    ReplyDelete
  16. setakat ni kalo saya review produk, mmg tak penah dibayar pun kecuali zalora. mmg guna bahse sendiri. baru la santai skit.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.