Skip to main content

RAKAN FACEBOOK BERIBU, TAPI SAYANG......

Assalamualaikum....



Rakan kat fb aku rasanya dalam 700 lebih kot,..
Tak ingat pulak..dan kebanyakan nya blogger.
Disebabkan itu aku selalu share link blog
Aku kat facebook.
Sekurang2 nya blogger yang jadi rakan aku tahu
Yang aku ni blogger macam dia jugak.
Kita berdua jadi rakan sebab kita sama2 blogger.
Jadi tak pernah aku rasa rakan aku
Kat facebook tu tak de fungsi untuk aku.
Sebab biasanya blogger ni bila kita share link
Entry kita kadang2 dia klik jugak..kan??

Sebab itu aku heran jugak dengan blogger yang
Tak nak share link blog dia kat facebook.
Kat maklumat pribadi nya pun tak de link blog dia.
Sedangkan dia punya rakan yang jadi blogger
Punya la ramai.
Dia cuma gunakan facebook dia untuk sembang
Sembang kosong je..
Ada je blogger update status, dia komen..
Tapi dia tak de pun nak kenalkan
Blog dia kat fb tu.

Lepas tu merungut kawan facebook dia
Semuanya tak ramah, tak nak like2 status dia.
Tak nak chatting dengan dia.
Dia tak tahu nak gunakan rakan2 blogger dia
Yang kat facebook tu untuk
Promosikan entry blog dia.
Sebab tu dia tak nampak apa fungsi
Rakan facebook dia yang beribu tu.

Perkara biasa la bila seribu jumlah rakan kat facebook
yang bertegur sapa dengan kita cuma separuh je atau tak sampai separuh.
Sama je macam kita berjiran,
bukan satu blok dengan kita tu
berbual dengan kita.ada yang muka pun tak pernah nampak.kan??

Apakata mulai hari ni
Share la link entry korang kat fb tu.
Jangan share kat group2 blogger je.
Rugi tau, rakan blogger kat fb ramai
Tapi yang tau blog korang
Cuma 2 3 kerat je..


Sekian..

Comments

  1. heee qila malu gila nak share TT_TT

    ReplyDelete
  2. kalau saya pun jenis susah la nak borak kosong dengan sapa2 kat FB.. memang FB tu lebih kepada share link blog @ iklan.. atau up status isu2 semasa & sekeliling jer.. nak ber pm pm dengan orang tak tentu pasal tak kira lelaki ke pompuan kawan lama ke kawan baru... memang susah la.

    ReplyDelete
  3. Saya dah berbulan2 tak aktifkan FB. Cuma tumpu kpd blog....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak share sbb blog untuk syok sndiri...kisah masak2..kisah ank2 utk diorg bc 1 day...tp mn2 yg dah tahu tu mrk letak link kt blog mrk sndri...bila saya update mrk tahu,mrk baca :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Share juga tetapi tak boleh selalu kang orang bosan.

    Ikhlas,
    profhariz

    ReplyDelete
  9. Share jugak kat fb tapi jarang... segan la sebab jawan2 sedara mara yang ramai,,, hihik^^

    ReplyDelete
  10. zizie letak link blog kat profile fb supaya blogger yang nak approve ni tahu la zizie ni blogger. zizie pun, xde la blogger nak like ke apa, sorang dua tu ada tapi xkisah la dan xde la sampai nak cakap semua orang sombong sebab zizie pun kekadang busy dgn hal sendiri. baru2 ni try la share entri kat fb sendiri. bukan apa kak, kekadang, xnak la sepupu sepapat tahu kita ni ada blog. kalau dorang tahu, tahu sendiri jela even dr profile fb.. hehe XD terpanjang la pulak.

    ReplyDelete
  11. lepas ni nak ping entry kay fb la...khee

    ReplyDelete
  12. Saya pon segan kak nak share..:)

    ReplyDelete
  13. Saya pun tak share link blog kat fb. Sbb kt fb tu mmg kawan2 yg saya kenal, tapi ada jgk blogger 2,3 org. So malas la nak cerita pasal blog kt fb. Sbb kadang2 kt blog ni banyak saya cerita mengarut dan macam good2 je. Hehehe.

    ReplyDelete
  14. saja x share..seganlah..kalo blogger top xpe lah jugak..hehehe..FB hanya utk family dan kawan yg mmg slalu 'keep in touch'..yg xde kena mengena dlm hidup bolayan :p

    ReplyDelete
  15. salam..hee sy jarang share, malu :D

    ReplyDelete
  16. Myra kdg share kt fb 1 lg..
    Mcm fb sekarang ramai rakan opis.. diorang xtahu myra ada blog.. sebab tu tak share link kat fb sangat..ehehee

    ReplyDelete
  17. masing² punyai sebab dan privacy :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …