Skip to main content

JANGAN SESUKA HATI MENGGUNAKAN HASHTAG #PRAYFORMH370 DI INSTAGRAM

Assalamualaikum...



Semakin ramai yang menggunakan hashtag #prayformh370 di laman sosial
terutamanya di instagram dan twitter...
dekat IG aku tengok hampir setiap satu minit ada
orang muat naik gambar dengan hashtag #Prayformh370.
sekarang ni dah mencecah lebih 120k.
Betapa prihatin nya kita semua
dan masing2 saling mendoakan semoga
dalam masa terdekat akan ada sedikit petunjuk
di mana mh370 berada.

 Artis terkenal dari korea pun menggunakn hashtag
tersebut di laman IG..
terima kasih..(macam depa baca blog aku je..)




Ada juga yang mengambil kesempatan dengan
menggunakan Hashtag #prayformh370 untuk menjual barang.
ada yang  jual shaklee la..jual tudung la..
Rasanya ramai yang tak bersetuju dengan
cara2 mereka yang berniaga guna hashtag ini.
Sebab nya nampak macam tak prihatin
dan tak hormat pada ruang yang
hanya dikhaskan untuk masyarakat dunia
meluahkan rasa sedih dan simpati pada magsa dan waris.



Paling tak boleh blah
bila ada yang saja2 nak dapatkan like
yang banyak untuk gambar peribadi mereka.
letak gambar buat muka comel
lepas tu hashtag #prayformh370 .
memang mengundang kemarahan orang ramai je..



Bayangkan la bila buka IG
dan tengok kat tag #prayformh370
banyak gambar2 dan ucapan  yang menyentuh hati ..
slide2 lagi tetiba gambar
itik muncung,gambar ank makan aiskrim,
gambar kelasih,aduh..dari rasa sedih
terus rasa nak bagi kaki je..
hahahah....

jadi jangan la bagi orang marah kita..
jangan sesuka hati menggunakan hashtag #prayformh370
untuk kepentingan diri sendiri..


sekian..

Comments

  1. tak sensitif dengan keadaan skrg... tak pun takde perasaan... btw, deno xde instagram ... teringin juga nak bukak acc

    ReplyDelete
  2. xbaiklah camni kn.. just put urselves in their (waris mangsa) shoes. musti sedeh bile nyawa keluarga dip'kotak-katikkn.

    ReplyDelete
  3. spesis suka amik kesempatan atas kesempitan ni berada di mana2 saja

    ReplyDelete
  4. macam2 gaya org ..ada org tak yg sensitif isu semasa

    ReplyDelete
  5. macam2 gaya org ..ada org tak yg sensitif isu semasa

    ReplyDelete
  6. boleh pulak ada yang salah gunakan hashtag tuh yer...

    ReplyDelete
  7. setuju sgt.. letak selfie bergelak gembira utk hashtag ttg kesedihan org lain... huhu

    ReplyDelete
  8. itulah mentaliti org kita..

    ReplyDelete
  9. Kalau dah bongok tu, bongok gaks. Mmg nak kne maki free2..

    ReplyDelete
  10. yup..jangan bagi orang marah dan jangan naikkan kemarahan orang lain..haha

    ReplyDelete
  11. memang membangkitkan kemarahan orang macam ni..

    ReplyDelete
  12. manusia penuh ragam, tiada siapa lebih memahami mengenali insan kecuali sang pencipta Nya..

    ReplyDelete
  13. hahaha.. tak terfikir dek akalku orang sanggup buat macam tu.. nmpak desperate nk like sangat.. hahah

    ReplyDelete
  14. aku tak faham sebenarnya fungsi hashtag ni. ce cite skit. gambar kelasih tu apa plak?

    ReplyDelete
  15. senyum.. senyum,.. saya tak pandai guna instagram... lagi kesiankan...

    ReplyDelete
  16. saya pun takde menatang IG tu =)
    tapi memang tak wajar sape yang gitu

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah tiada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kehilangan MH370 ini...andai kata satu hari musibah ini terjadi pada mereka mungkin mereka akan paham...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. apa entah masalah dorang ni...ambik kesempatan gunakan hashtag tu...tapi gambar yang diupload tiada kena mengena pun...

    ReplyDelete
  19. So sad.. ade jgak org pikiran cetek giler glamor mcm ni =(

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …