Skip to main content

INI CIRI-CIRI KANAK-KANAK 2 TAHUN YANG SIHAT

Assalamualaikum...

Lagi beberapa bulan Mikhail nak masuk umur 2 tahun.tak sabar nya nak tengok dia membesar..rasanya buat masa ni dia memang sihat la.sejak bulan 11 tahun lepas sampai sekrang dia belum demam.kalau selsema pun setakat sehari dua je.Aku cuma bagi Scotts je setiap hari dan banyak kan minum air .tu je..Hari ni nak kongsikan apa ciri-ciri lihat ciri-ciri bayi sihat bagi bayi yang berusia 2 tahun ..
dipetik dari cdc,gov



Emosi dan sikap sosial

- mencuba meniru orang lain, terutama ibu bapa dan rakan sebaya nya.

- Gembira apabila berada dalam kelompok bayi lain

-lebih berdikari

- mungkin menunjukkan sikap melawan, misalnya melakukan perkara yang dilarang ibu bapa

- bermain dan mula mengajak kanak-kanak lain bermain bersama.


komunikasi

- menunjuk benda atau gambar apabila nama benda itu disebut

- tahu nama orang-orang yang dikenali nya dan tahu nama-nama bahagian tubuh

- menyebut 2 atau 4 sukukata

- mengikuti arahan yang sederhana atau ringkas

- mengulang perkataan yang didengari

- menunjuk perkara2 menarik yang ada dalam buku.


 kognitif

- mudah menemui benda yang disembunyikan

- Boleh mengasingkan benda mengikut warna dan bentuk

- mengingati ayat2 pendek yang  biasa didengari

- suka berkhayal misalnya tentang superhero komik atau puteri dari kisah dongeng

- Pandai membina menara dari blok atau apa sahaja dari mainan nya.

- kerap menggunakan salah satu tangan nya.

- mula boleh menerima arahan yangpanjang contohnya "buang sampah di dalam tong sampah"

- dapat menamakan benda yang ada di dalam buku bergambar.


Gerak Tubuh

- boleh berjingkit..

- boleh menendang dan melempar bola;

-boleh berlari

- dapat naik dan turun tangga sambil memengang tangan atau berpaut

- dapat menggambarlan  garis lurus dan bulatan

sekian..

Comments

  1. ya..semua tu betul. memang ciri ciri kanak kanak 2 tahun.

    tapi ada satu yang tak tersenarai kat sini.. anak kecil akak tu, asyik nak berpeluk je...ntah le, masa abangnya usi tu dulu tak de la gitu kekdahnya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. tak sabarnya nak tengok perkembangan anak sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  3. ya...kita panggil Developmental Milestones..kena pantau DM anak anak kita..

    ReplyDelete
  4. Seronok kan bila dpt kaji perihal anak yg berumur 2 thn...mcm2 menda baru dia nak belajar :D

    ReplyDelete
  5. hhehehehe time ni la best sangattt :)

    ReplyDelete
  6. Anak-anak saya dulu, bila umur dua tahun mesti saya sudah hadiahkan mereka seorang adik. Ada yang baru setahun lebih dah dapat adik. Barangkali itu sebabnya anak-anak saya bila dah besar-besar seperti sekarang mereka lebih berdikari, sebab masa kecil2 dulu tak sempat dimanja sepenuhnya dah dapat adik kecil, huhuhuhu....

    ReplyDelete
  7. mental dan fizikal seiring = bonus

    ReplyDelete
  8. nak jadi 2tahun baliklah byk sel xbsmbung nih kak hehee ^_^

    ReplyDelete
  9. Erm, byk jugak yg Luth dah capai dlm senarai ni.

    ReplyDelete
  10. semoga mikhail membesar dengan sihat dan membesar dengan baik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …