Breaking

Friday, 10 March 2017

BENARKAH PENYAMAN UDARA MENYEBABKAN ANAK SAKIT?

Assalamualaikum...



Keadaan cuaca di negara kita membuatkan ramai ibu bapa memilih untuk memasang penyaman udara dirumah bagi keselesaan anak-anak.terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.namun selamatkah penyaman udara untuk anak-anak?adakah ianya boleh menyebabkan anak sakit dan mengalami masalah pernafasan? Bolehkah udara sejuk dari penyaman udara melemahkan sistem imun nya? Bolehkah ia menyebabkan Asma di kemudian hari ?

Dr Alvin N. Eden, seorang pakar kanak kanak berkata bayi dan kanak-kanak akan berasa  lebih selesa berada dalam keadaan sejuk berbanding panas. Bayangkan jika anda terpaksa  tidur di dalam bilik yang terlalu panas.sudah tentu anda akan berasa kurang selesa,bukan?jadi penggunaan penyaman udara tidak menjadi kesalahan .

Tetapi oleh kerana bayi masih kecil, beberapa langkah berjaga-jaga perlu di titik beratkan.antaranya ialah.



~jangan meletak kan tempat tidur bayi dan anak2 terlalu dekat dengan penyaman udara .Semakin lama penyaman udara dipasang. bilik akan menjadi semakin sejuk.

~sesuaikan suhu bilik.Dr Eden mengesyorkan suhu antara 68 dan 72 darjah ,.kadang2 suhu yang berubah-ubah adalah punca anak sakit.tetapkan suhu sebenar setiap kali anda menghidupkan penyaman udara.

~jauhkan anak anda dari kipas angin. Kadang-kadang kipas yang terlalu kuat membuatkan anak sukar bernafas . Bayi akan bernafas dengan  cepat di sebabkan angin dari kipas yang menghalang bayi dari bernafas dengan sempurna

~pakaian yang nipis namun tetap melindungi kulit.  Dengan cara ini tidak akan ada udara sejuk secara langsung pada kulit mereka semasa mereka tidur. Ingat bahawa bayi tidak perlu diberi selimut atau alas katil  dan apa-apa jenis kain alas semasa tidur tanpa pengawasan.


sekian..

sumber:femilies.com

12 comments:

  1. satu perkongsian yang bermakna nie..
    mmg x patut letak bby dalam aircond.
    kita dulu kecik2 pn xdek aircond.
    heeh

    ReplyDelete
  2. Info yg bermanfaat... Tq sharing..

    Akak follow :)

    ReplyDelete
  3. nice info, thanx :) kdg2 tgk baby2 anak makcik dan kak sedara aku ade yg merengekkkk je sbb panas, nak tidur dlm ekon je~ bahaya jugak ye..

    ReplyDelete
  4. baby mmg akan tidur lena kalau dok dalam tempat yg ada ekon. Biasanya dlm kereta mata kuyu je. Dlm rumah takde ekon so takde la kuyunya.

    ReplyDelete
  5. kdg² penggunaan air cond yang kerap atau terlebih agak bahaya untuk dewasa jugak kan.

    ReplyDelete
  6. Kena selalu servis ekon ni... tak servis habuk lagi banyak...

    ReplyDelete
  7. Anak2 yg alah dgn sejuk pun xelok diletakan dlm bilik beraircond

    ReplyDelete
  8. kena tengok anak2 juga, ada yang ok dengan sejuk aircond, ada yang takleh

    ReplyDelete
  9. Kesian ank2 yg msh kecik, mna tahan sejuk..

    ReplyDelete
  10. Sy guna aircon time baby berpeluh, bila dah kering. Padam aircon pasang kipas. Bila bilik sejuk, padam kedua2nya. Untuk baby, bukan utk kita hehe.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox