Skip to main content

BAYI MATA JULING BOLEH DIRAWAT

Assalamualaikum...

Setiap ibu bapa tentu  ingin anaknya lahir dengan sihat dan sempurna. Tidak ada ibu bapa yang berharap anaknya mengalami apa-apa kekurangan atau kecacatan. Namun apabila ianya terjadi sudah tentu ibu bapa akan berusaha untuk memulihkan anak.



Perkara yang sama terjadi seorang bayi comel bernama Emma. Doktor mengesahkan yang matanya juling. Pada mulanya Doktor membiarkannya kerana biasanya bayi masih belum sempurna pada bulan-bulan pertama kelahirannya.


Namun pada bulan keenam, ibu bapa nya dapat melihat dengan jelas bahawa mata Emma juling dan memerlukan rawatan khas. Mereka pun melakukan inisiatif sendiri.



Mata Emma yang aktif adalah mata sebelah kiri. ibu bapanya  menutup mata kirinya, supaya mata kiri akan bergerak dengan aktif. Di usia 14 bulan, Emma mula menggunakan kacamata. Namun disebabkan ia tidak meneruskan pemakaian kacamata, akhirnya Emma mula melakukan pembedahan  mata.




Selepas pembedahan , mata Emma terasa kurang selesa dan dia asyik menangis. Pada awalnya memang keadaan itu membuatkan ibu bapanya risau dan cemas. Namun dalam masa yang sama , kedua matanya sudah  kembali normal.

Itu info :ibu bapa boleh mengesan anak mereka juling seawal usia 6 bulan. Bila kejanggalan ini terjadi selepas 6 bulan, segera bawa anak-anak  pada doktor pakar mata.Rawatan untuk masalah ini adalah lebih baik dilakukan pada awal usia kerana ianya lebih berkesan.

sekian..


sumber:vemale/

Comments

  1. ooo.. boleh di rawat... kecik agi tu bilka wat pembedahan kat dorang rasa kesian la pulak ..

    ReplyDelete
  2. rasanya apa apa pun penyakit kalau dirawat dari usia yang muda lebih senang kan kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. kesiannya tengok kecik2 kena pakai spek. lain benar rasanya... sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. kalau dirawat di usia kanak-kanak selalunya akan sembuh..

    ReplyDelete
  5. rawat pada peringkat awal lebih baik. :)

    ReplyDelete
  6. mereka tetap comel :)

    adam khaleef masalah mata tak nampak, nampak mcm normal kan, sebenarnya dia tak nampak sebelah... (kalau tutup bahagian nampak, yg sebelah lagi tak nampak ) sepatutnya pakai lense tapi asyik tercabut je, sebab dia suka melompat.. lense pulak mahal, so buat spec je.. tu pun liat nak pakai.. spec deno juga dia suka main... hihi

    ReplyDelete
  7. mereka tetap comel :)

    adam khaleef masalah mata tak nampak, nampak mcm normal kan, sebenarnya dia tak nampak sebelah... (kalau tutup bahagian nampak, yg sebelah lagi tak nampak ) sepatutnya pakai lense tapi asyik tercabut je, sebab dia suka melompat.. lense pulak mahal, so buat spec je.. tu pun liat nak pakai.. spec deno juga dia suka main... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …