Tuesday, 11 February 2014

TIPS MELATIH ANAK UNTUK BERCAKAP

Assalamualaikum..



Lahirnya anak-anak kedunia adalah harapan bagi ibu bapa untuk melihat dia membesar dengan sihat dan sempurna.Pemantauan perkembangan anak dari awal usia dan sehari -hari adakala nya menjadi kerisauan sesetangah ibu bapa.Salah satu yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah apabila anak lambat untuk bercakap.ada anak yang sudah memasuki usia 3 tahun namun masih belum bercakap.Mungkin tips di bawah dapat membantu.

Biarkan Bayi  Berinteraksi
Biarkan anak bercampur dengan bayi atau kanak-kanak lain. Ini adalah cara terbaik untuk membuat anak mula bercakap. komunikasi antara anak-anak kecil akan melatih mereka untuk bersuara.

Ajak Dia Bercakap
Bercakap di depan anak-anak merupakan cara terbaik untuk membuatnya melatih nya bercakap. Jangan fikir dia faham  atau tidak, hanya ajak dia bercakap dan jika bayi atau anak memberi tindak balas (senyuman,suara ,renungan)itu sudah cukup baik.

Berikan Nama Pada Setiap Benda Di Rumah
Ibu bapa yang kreatif membantu perkembangan anak-anak.. Berikan setiap benda yang ada dirumah dengan nama yang lucu dan mudah disebut.

Bercerita Sebelum Tidur
Bercerita sebelum anak tidur adalah salah satu cara terbaik dan terbukti berkesan.Ini akan mengembangkan keterampilan anak dalam komunikasi. Lakukan setiap malam sehingga mendapar tindak balas positif dari anak.

Tiru bunyi-bunyian
Cubalah meniru bunyi-bunyi binatang, lagu atau suara-suara watak kartun. Anak kita akan dengan mudah mengulanginya. Dan adakala nya dia sendiri meniru suara-suara yang dia dengar .Ulang cara ini  untuk memudahkan anak kita ingat dan mengulanginya.

Nyanyi untuk anak
Nyanyian adalah satu  cara merangsang anak untuk bercakap.cara ini boleh dilakukan dimana2 sahaja,dalam kereta,sebelum tidur,waktu mandi,malah ketika kita mendukung nya.Lama kelamaaan anak akan mula ikut menyanyi bersama setiap kali dia mendengar bunyi nyanyian.

Minta anak sebut
kanak-kanak kebiasaan nya akan mula bertanya apa yang dia lihat.namun bagi kanak-kanak yang lambat bercakap biasanya dia hanya akan menunjuk kerah benda yang dia lihat.Ada juga yang hanya melhat dan mendiamkan diri.Sebut berulang kali apa yang dia lihat dan kemudian suruh anak untuk menyebut nya.jangan memaksa.tapi lakukan berulangkali.lama kelamaan dia akan menyebut nya kembali.

Sekurang-kurangnya kita  berusaha yang terbaik untuk anak kita.sebaiknya pemeriksaan  pakar juga diperlukan kerana dikhuatiri anak mengalami masalah pendengaran.

sekian

10 comments:

  1. banyakkan berinteraksi..2 ways communication anyway :)

    ReplyDelete
  2. Mengapa orang pekak menjadi bisu? Ini kerana orang pekak tak dapat mendengar percakapan orang lain. Kalau nak didik anak banyak bercakap, ibu bapa juga kena banyak berinteraksi dengannya. Kalau kedua-dua ibu bapa pendiam atau jenis ibu bapa yang lebih suka becakap dengan laptop atau henfon dari bercakap dengan anak, lambatlah budak tu nak bercakap...

    ReplyDelete
  3. bagus semua tips ini kak.. nak praktikkan takde anak lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. bagus semua tips ini kak.. nak praktikkan takde anak lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  5. byk yg prlu di usahakan utk anak2 kan..

    ReplyDelete
  6. sedang mengamalkan beberapa tips di atas tapi buat masa ni, anak saya belum boleh bercakap lagi. Soon maybe. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. boleh try tips ni kalo ada anak nanti..hihi..thanks sharing..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();