Skip to main content

TIP UNTUK MUDAH TIDUR MALAM

Assaalamualaikum...



Aku memang kuat tidur.letak je kepala,pejam mata InsyaAllah..selamat la aku bermimpi2..hahah..tapi ada orang yang susah nak tidur..bila siang dia mengantuk je..malam pulak tak boleh tidur..ini tips untuk mereka yang susah nak tidur malam..

Tetapkan waktu tidur. 
Tidur pada masa yang sama setiap malam. Pilih satu masa tertentu yang membuatkan anda berasa letih..contohnya selepas pulang dari masjid atau selepas menonton bolasepak diluar,. Cuba untuk tidak memecahkan rutin ini pada hujung minggu kebiasaan nya kita suka menggunakan peluang hujung minggu untuk tidur lewat. Jika  mahu menukar waktu tidur ,bantu badan anda menyesuaikan diri dengan membuat perubahan yang kecil , seperti 15 minit lebih awal atau 15 minit lebih lewat.

Bangun pada masa yang sama setiap hari.
Jika anda mendapat tidur yang cukup, anda mesti boleh bangun pada masa yang tepat tanpa menggunakan jam loceng atau penggera. Tapi jika anda memerlukan jam penggera untuk bangun pada setiap masa, anda sebenarnya memerlukan tidur yang lebih awal . Untuk membiasakan bangun pada waktu yang sama setiap hari,jangan sesekali bangun lewat pada hujung minggu.

Tidur sekejap untuk ganti waktu tidur
Sekiranya anda perlu tidur lewat untuk sebab2 yang tidak dapat dielak kan ,anda digalakan kan untuk menggantikan sedikit masa waktu tidur malam anda pada waktu siang(napping). cara ini membolehkan anda untuk membayar hutang tidur anda tanpa mengganggu rentak tidur dan jaga anda selama ini .

 Jika berlaku Imsomnia ..
Tidur sekejap2 juga boleh menyebabkan Imsomnia bagi orang dewasa. Jika berlaku  insomnia jangan sesekali menggunakan kaedah tidur sekejap (napping) di siang hari , Terutamanya tidur pada lewat petang.waktu terbaik jika anda mahu tidur sekejap adalah diantara jam 11-1 tengahari.hadkan masa tidur tidak lebih dari 30 minit.

Lakukan sesuatu jika belum masa untuk tidur
 Jika anda mengantuk sebelum waktu tidur anda ,lakukan sesuatu  untuk mengelakkan anda tertidur, seperti membasuh pinggan atau  berbual dengan rakan . Jika anda mengalah kepada mengantuk , anda pasti bangun kemudian pada waktu malam dan mempunyai masalah untuk kembali  tidur.

sekian...

Comments

  1. acik salah ta boleh tidur malam :'(

    Hari ini hari last untuk vote,Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  2. Munna siang mmg tak tidur.... Malam je pantang nampak bantal terus terlelap

    ReplyDelete
  3. sy plak da tetapkan syarat no more teh tarik kopi dan seangkatannya slps kol 6 ptg..kalu x mmg terkebil2 laa smpi pagi..

    ReplyDelete
  4. seseskali terjadi jugak susah nak lelapkan mata...tanpa sebab..terkebil2...

    ReplyDelete
  5. selalu susah tido...huhu..kecuali penat sgt..lena ke pagi la..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Diana

    kalau dah letih...letak ajer..terus lelap...he he

    ReplyDelete
  7. tips yg bagus :) yg no 2 saya suka

    ReplyDelete
  8. tolong bagi tips..hari-hari rasa tak cukup tidur dan mengantuk yg extream..

    ReplyDelete
  9. diana, saya pun jenis macam awak. letak kepala, terus tidur.

    ReplyDelete
  10. skrg ni kul 11 kdg2 dh tdr dh..dlu kemain susah sgt oleh sbb penat yg terlalu mlmpau..hihi

    ReplyDelete
  11. Saya jenis letak kepala terus belayar. Tapi kalau dah terjaga tengah malam, masalah saya ialah susah pula nak tidur balik!

    ReplyDelete
  12. kdg² nak tidur awal pun xboleh..kene siapkan kerja pulak =__='

    ReplyDelete
  13. sesuailah ni tuk sy sbb sy mmg agk ssh nk tdo awal..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …