Wednesday, 19 February 2014

TIP SUPAYA ANAK BERHENTI HISAP PUTING

Assalamualaikum..



Sudah 2 minggu anak aku,Mikhail tinggalkan tabiat hisap puting.
Mula2 aku bagi puting dulu sebab nak dia mudah tidur.
Biasa buat macam tu??
Nak bagi anak diam,mudah tidur sumbat je puting.
lepas tu dia pun lena..
lama2 jadi tabiat dia susah nak tinggal puting.
Puting asyik dok kat mulut je..



Sejak gigi atasnya dah penuh ni
aku mula terfikir nak buang puting dia tu.
tak mau dia hisap puting lagi..
tapi bukan senang..ambik masa jugak..
meh nak kongsi tip mana tau kot2 korang boleh cuba.

1-sorok puting
bukan sorok dari anak je tapi dari kita sendiri.
sebab bila anak merengek ,kita capai je puting terus sumbat kat anak.
jadi bila sorok kita akan guna cara lain untuk diam kan anak.

2-alihkan tumpuan anak.
Macam anak aku ni dia pandai mintak.
kalau dia nak puting dia akan kata "nak tik"
aku alihkan tumpuan dia dengan ajak dia bermain.
buatla kapal terbang ke,main raksasa2 ke..
boleh la alihkan tumpuan dia pada puting untuk sejam dua.
dia paling suka main kat luar rumah.

3-bagi makanan
selalunya aku bagi biskut.
dia mintak je puting aku akan tanya "nak biskut tak?"
biasanya dia akan geleng tak nak..hhaha..
tapi aku tetap ambik jugak biskut dan tunjuk kat dia.
tak nak jugak,aku ambik air secawan,duduk bersila dengan biskut tu
makan depan dia,tak lama dia datang la makan biskut tu sama..haaha..
dari pada dia kerap hisap puting lebih baik dia kerap makan.
jangan la asik umpan biskut je,bagi la jugak makanan lain yang dia suka
dan tak pernah cuba.

4-jangan paksa anak tidur
Apa yang aku perhatikan anak ni bila dia mengantuk sangt,
tak payah puting pun dia boleh lena.
Kita kerap tidur kan anak dengan puting,cuba cabut puting time dia tidur
mesti dia terus terjaga.sebab kita paksa dia tidur dengan guna puting.
bukan dia mengantuk sangt pun tapi
sebab dia lali dengan puting tu la dia tidur.jadi banyak kan aktiviti untuk buat anak cepat letih dan mengantuk.lena la tidur nya nanti.

5-had kan
macam orang merokok la..
bukan boleh bberhenti terus.kalau rasa anak tetap nak puting
bagi la kejap.dia ralit je cabut dan simpan.
tapi jangan la kerap sangt mengalah nya.
kot kalau dia menangis sampai berguling2 depan rumah bagi je la kejap.



Bagi aku bukan masalah besar pun hisap puting ni.
setakat masalah gigi jadi jongoih ja..
Gigi jongoih ke depan pun boleh masuk U jugak..
dah kerja nanti ada duit pandai2 le depa nak betul kan gigi depa tu.
Mikhail ni aku stop puting ada sebab lain jugak..
dia suka lempar puting dia merata2.
letih nak kutip basuh..
hehheeh...

sekian...



14 comments:

  1. ANAK MUNNA 2 X HISAP PUTING.... CUBA BAGI TAPI DIAORG YG TAK NAK....

    ReplyDelete
  2. hmmmngatkan letak kopi kat puting.sy dh buat semua tips tu kak.tp xleh.huaaaa sedih sgt.xtau nk buat cane dh.dh lah puting saje rm40.huaaaaa risau gg dia je.

    ReplyDelete
  3. mmg kena buat slow2,
    mcm org hisap rokok jugak,

    ReplyDelete
  4. nak-anak tak pernah diajar dengan puting pun. tp ianya tips yg baik.

    ReplyDelete
  5. saya memang tak ajar anak hisap puting, botol susu pun lepas dorang minum takde melekat dah kat mulut.. tapi betul, kalau kita nak anak tak nak hisap puting ada je cara nak buat utk alihkan perhatian dia.. ; )

    ReplyDelete
  6. kalau mak zizie, mmg xkasi la hisap puting.. kalau gatal gusi sangat, belikan yang untuk gigit tu.. tp, bila dh besar skit, gtl hisap jari.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Masa anak2 kecik dulu, saya pernah buat macam2 nak hilangkan ketagih puting termasuk palitkan benda masam, masin dan pedas kat puting, tapi tak menjadi. Yg lawak depa lagi cerdik, siap pergi basuh sendiri puting yg tak sedap tu!! Tapi akhirnya bila tiba waktunya, tak perlu ikut petua lagi kerana mereka akan buang sendiri puting tu...

    ReplyDelete
  8. anak saya tak isap puting
    isap jari, camne nak buat tu

    ReplyDelete
  9. Saya mmg xajar anak isap puting dan tak suka tgk budak isap puting expecially anak sendiri la kan.. hihi tp pgasuh dia yg bagi.. bila kita tanya dia ckp alaaaa dia buat main je tu.. ohhh please la.. pnh sekali dua terkantoii .. sy dah ckp jgn dibagi puting tp mungkin nak mudahkan kerja dia menjaga sy pun xboleh kata apa asal dia jaga anak sy elok.. cume kat rumah bile mnm susu even da habis dia akan nyonyot jugak.. bile tarik dia menangis .. hurmmm hope anak ke 3 dia xajar anak sy isap puting.. harus diingat. Beby xpandai nak mintak puting tau melainkan org dewasa yg mgajar.. bak kata awk nak bagi senang tidur atau nak bagi dia diam.. huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();