Skip to main content

SUAMI PATUT DIWAJIBKAN MELIHAT ISTERI MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum...

Rasa geram je bila baca berita atau cerita sedih 
wanita2 yang dah berkahwin ni tiba2 je di ceraikan suami
sebab suami suka perempuan lain.
ada setengah tu sebab kecik2 je dah nak cerai2..

Kalau pun isteri tu salah suami kena la bimbing..kan??
jangan la asyik nak cerai je sebagai jalan mudah
menyelesaikan masalah..



Rasanya dah tiba masanya suami2 ni 
diwajibkan masuk dalam labour room
waktu isteri melahirkan anak.
tengok betapa payahnya nak melahirkan waris dia.
Tengok betapa apa yang dilalui isteri 
tak kan boleh dibalas dengan sikap suka shopping si isteri.
Betapa sakitnya isteri ketika melahirkan anak
tak boleh dibandingkan dengan 
betapa tak sedapnya isteri masak.

Bukan lah nak gunakan alasan "beranak"
untuk isteri buat silap.
tapi sekurang2 nya bertolak ansur la sikit dengan isteri.
hati wanita ni lembut..
lambat laun degil2 dia pun akan berubah jugak kalau 
kena cara nya..

sekian...


Comments

  1. setuju!!!! skang sy dlm proses pujuk suami teman sy bersalin nt.. hehehe

    ReplyDelete
  2. masa saya bersalin nurse panggil asben suruh temankan even saya tak minta pun. Tapi betul.. biar suami tengok betapa sakitnya nak bersalin sebab akan merubah mereka jadi orang yg lebih menghargai Isteri. selepas saya bersalin memang nampak ketara perubahan suami tu.. lepas je bersalin tu masuk wad.. dia keluar.. esok tu tup2 dia kata ada hadiah besar kat rumah... masa terkejut jugak tetiba dia kata ada hadiah. keluar wad.. balik rumah memang ada hadiah besar. Syukur sgt lepas ada anak.. rasa lebih tenang & bahagia..

    ReplyDelete
  3. Tak semua hospital suami berpeluang merasa pengalaman menemankan isteri ketika bersalin, dan tak semua mampu membayar kos yang tinggi hanya kerana inginkan suami turut sama berada di sisi.. namun demikian memang wajar seorang suami melihat bagaimana sukarnya isteri melahirkan zuriat suaminya.

    ReplyDelete
  4. semua hospital gomen boleh je suami tgk ms proses bersalin tu. tp jgn la yg mabuk darah pun masuk..kes naya..hehe

    ReplyDelete
  5. yup..memang sokong 200%..Suami memang patut temankan isteri time2 nak bersalin tu..baru derang dapat merasa sekali susah senangnya...

    ReplyDelete
  6. setuju2. Biar cemana pun pompuan, suami tetap suami. Sebab tu dia pemimpin. Kalau isteri salah didik la dgn sabar. Takkan nak cari jalan penyelesaian mudah je. Ni marah ni!!!!

    ReplyDelete
  7. tapi suami dibenarkan masuk ke dalam bilik labour tu kalau deliver secara normal jer kan??hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. betul tu kak.. sepatutnya lelaki tengok sendiri bagaimana sakitnya seorang wanita melahirkan anaknya..

    ReplyDelete
  9. stakat 4 orang anak ni...semua tak dapat tengok...ade je insiden yang berlaku menyebabkan tak dapat masuk labor room...

    ReplyDelete
  10. NIce entri kak diana. yes saya setujuh sangat. lelaki patut tengok cara wanita mengeluarkan waris mereka.

    ReplyDelete
  11. betul tu..bincang leklok..cerai pun kdg² xselesai masalah.

    ReplyDelete
  12. 2 kali bersalin.. dua kali juga suami masuk labor room.Alhamdulillah.. memang suami bgtau nk teman awal2 lg.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …