Skip to main content

RAMAI YANG TAK TAHU SEBENARNYA AKU......

Assalamualaikum....



Ini salah satu kudap kudapan keluarga aku
Yang memang sentiasa ada kat tumah..
Popia nestum...

Memang ramai yang tak tahu sebenarnya
Aku buat dan jual popia ni.
Tapi jual pada kawan2 terdekat je...
Tak pernah terfikir
Pun nak jual kat orang lain yang kita tak kenal.
Sebab aku buat time ada permintaan je..

Maklum la..
Aku kan blogger..
Sibuk dengan blog..
Muahahah...sibuk la sangat..
Update pun jarang2..

Semalam suami aku tanya jugak..
Tak nak ke jual kat online..
Aku jawab...

"Mesti tak ramai orang beli
Sebab benda makan ni biasanya orang nak try dulu"

Ha..kalau nak tau tu le sebab nya kenapa
Aku tak jual online.
Walaupun ada kawan2 yang dah oder 2,3 kali
Tapi citarasa tak sama kan??
Mungkin bagi jiran2 aku depa rasa sedap
Tapi tak pada orang lain yang dok pahang ke,
Kelantan ke..kan??

Memang aku buat bentuknya petak sebab
Aku tengok bentuk potong serong yang
Kebanyakan orang buat tu rupanya
Tak menarik dan..bosan!
Hahahah..

Hari ni ada 4 tempahan..
Kita ke dapur jommmmmmm!!!!!


Sekian....


Comments

  1. kalau saya dah kerja nanti. saya order. hihi

    ReplyDelete
  2. wow..ok la nih leh jadi usahawanita yg Berjaya..sedp nih..

    ReplyDelete
  3. nampak sedap...belum pernah rasa kudapan macam ni..

    ReplyDelete
  4. wahh..market..hehe..kat mane awak. nk jg try popia nestum pemes awak tu :)

    ReplyDelete
  5. wah, diam-diam jual kudapan
    saya pernah juga makan ni
    sedaplah!

    all the best ye =)

    ReplyDelete
  6. diam2 ubi berisi ye diana...

    betul kata diana. kadang2 tak pasti dgn citarasa org lain kan. kita rasa dah sedap sangat. lain orang lain citarasanya...

    ReplyDelete
  7. cuba je jual online. letak je iklan kat tepi blog diana ni. mesti ada org nak beli punye. cayo la ckp den.

    ReplyDelete
  8. sedap jugak benda ni. pernah makan masa raya tahun lepas. hehe

    ReplyDelete
  9. try laa buat jualan on line pulaa.. ^^

    ReplyDelete
  10. wah..macam sedapnya..1st time saya dengar pasal popia nestum nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. boleh je open order online kak..sedap tu!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …