Skip to main content

ORANG LAIN SEMUA DAH BUAT BENDA LAIN...

Assalamualaiukum...

Aku tak de  entry tips2 hari ni..
tak bersedia macam ni la jadi nya..
terus jadi nyesal sebab dari pagi tadi dok
sibuk dengan urusan diri sendiri dan anak2..
Selalunya malam2 sebelum tidur aku dah
ada idea apa nak tulis untuk esok.
tapi malam tadi lupa le. ..

Sekarang ni aku rasa macam nak belajar buat roti la..
tengok kat Facebook ada kawan2 yang buat roti ..
buat kek keju meleleh2  la..
rasa teringin sangt nak buat.
Tapi bila keluar mesti mesti lupa nak beli bahan2.

GAMBAR DARI SINI : LM


Kawan kita tu..si Lydia Miza..
siap buat bisnes roti ..
lepas tu adik kecik comel kita..
si Wani,..Dj hot Fm kelate yang sensasi tu pun..
dah mula jual2 kek keju meleleh dia tu..

klik sini kalau nak beli: dapurshaz


Rasa kagum pulak sebab tak de pergi kelas mana2
tapi berjaya buat dan jual.

gambar cilok dari izanFb

Sekarang ni tengok Izan pun dah mula buat roti..
walaupun hanya untuk jamu anak2 dn suami
tapi ianya sangt membantu poket suami jugak tau..
hahah..nak beli pizza sekeping je dah berapa puluh..
yang saiz biasa je dah 20 lebih..
kalau buat sendiri jimat..
boleh bagi jiran2..

pinjam gambar ye Rara..klik sini.

Eh..bukan tu je..
ramai jugak rakan blogger dan rakan kat Fb yang dah mula berniaga.
Rara sekarang sibuk dengan Moms Madness garage dia.
hari2 buka oder..seronok je tengok.
Padahal sibuk dengan kerja,
dengan anak dia,tapi sempat berniaga lagi..

Oh..Semua orang dah menapak2 jauh ke depan..
aku masih lagi dok layan
Drama korea siang malam..
jom start buat sesuatu yang
tak biasa awk buat puan Diana..
keluar kan oven awak yang dah berhabuk dalam stor tu
dan start buat sesuatu untuk si kecil awak..
jangan asyik beli je..
hahahah

sekian..



Comments

  1. saya mmg fail bab roti meroti ni... guna bread maker pun masih tak jadi... hahahaha

    ReplyDelete
  2. sama la kita.. baru dok ada hati nak buat macam orang lain buat even bukan utk berniaga tapi untuk makan sendiri jer

    ReplyDelete
  3. heyyy kenapa cemtu. Kak diana pun buat lah jugak hehehehe.
    Jadi kpoppers pun ok what hihihihi.
    Btw buat lah kek keju meleleh tu ughh qila nk sangat heheee xD

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau semua kita buat kek dan roti sendiri, alamat bungkuslah kedai2 kek yang dah lama bertapak tu....

    ReplyDelete
  5. hasilnye, jgn lupa update kat blog, ek! mane tau, buleh jd sumber inspirasi utk readers plak.

    ReplyDelete
  6. seronok kan tengok especially kek cheese leleh iteww

    ReplyDelete
  7. wahh, dorang nih dah bole jadi model model orang nak berbisnes nih hoho

    ReplyDelete
  8. deno tahu makan je... hehe... baisa tengok kak lydia buat roti... mmg terliur!

    ReplyDelete
  9. jom kak pakat buat..buat sendiri lagi jimat dan boleh tambah ape yang patut.berbaloi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …