Skip to main content

KERAP ROTAN DAN PUKUL PENENTU KEJAYAAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum...



Antara komen kat Fb yang saya baca..

"Anak-anak sekarang ni tak macam orang dulu-dulu..kami setakat kena rotan,dipukul dengan getah paip, ranting kayu,itu benda biasa.sebab tu la orang2 dulu ramai yang berjaya.."

"anak2 sekarang tak boleh pukul .sebab tu dah besar pijak kepala mak ayah.kuat melawan"

Bagaimana dia boleh tau budak2 sekarang ni tak kan berjaya bila mereka dewasa nanti ye??adakah kejayaan seseorang tu kita boleh jangka dengan melihat samaada dia kerap dirotan atau pun tak?Semasa kecil saya paling kerap dipukul dirotan antara adik beradik lain (bukan mak abah yang pukul).tak pulak saya jadi jutawan atau berjaya beli kereta mewah,masa sekolah pun saya bukan lah pelajar cemerlang.

Cuba tanya adik beradik saya yang lain adakah sekarang ini saya seorang yang tak melawan bila di perlakukan sesuka hati?tak..saya berani pukul orang tu dengan batang penyapu kalau dia buat tak baik dekat saya walaupun dia tu kakak,atau adik saya.Sehingga saya dewasa sekarang orang yang kerap memukul dan merotan saya tu lah yang saya paling benci dan suka lawan.

Bagi saya selalu merotan dan memukul bukan menentukan kejayaan masa depan.tahu kenapa zaman sekarang banyak kes dera anak2 kecil?sebab ibu bapa dididik dengan rotan dan pukul masa mereka kecil dulu.jadi bagaimana mereka dididik macam tu la mereka mendidik.




Masa dan era sudah berubah.cara mendidik anak juga sepatutnya sudah diubah.percaya lah jika dalam keluarga dipenuhi dengan kasih sayang tak kan ada sikap anak aniaya ibu bapa atau ibu bapa mendera anak-anak.

Jangan rosak kan emosi anak-anak kita dengan selalu merotan dan memuukul sebagai hukuman atas kesalahan mereka.ada banyak lagi cara lain yang boleh buat mereka takut bercampur hormat pada kita sebagai ibu bapa.Adakah kita berbangga jika anak takut pada kita tiap kali tiba waktu makan malam?adakah kita berbangga jika anak kita tak berani meluahkan perasaan dan pendapat mereka sendiri di hadapan kita.??


Saya bukan lah orang yang tidak pernah merotan anak saya.tapi saya pastikan sekali rotan itu menyinggah betisnya itu lah hukuman yang akan dia ingat selamanya.tak perlu memberi hukuman yang sama untuk setiap kesalahan yang dia buat.Jika kita asyik merotan dan merotan sudah tentu emosi dan perasaan nya pada kita juga akan berubah.saya mahu anak saya hormat pada saya bukan takut pada saya.kebiasaan nya perasan takut datang bersama perasaan benci.saya tak mahu itu berlaku.


sekian...


.

Comments

  1. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik anak-anak. Zaman sekarang ni telah berubah. Jadi, kena sesuaikan dengan cara didikan sekarang ni dan bentuk hukuman yang sewajarnya jika ada kesalahan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  2. Memang betul kalau manjakan sangat anak, bila besar anak mungkin jadi macam watak Anakku Sazali. Tapi merotan anak bukan jawapan untuk melahikan anak yg cerdik dan berdisiplin. Mungkin anak yg sejak kecil didik secara kekerasan akan ketagih untuk terlibat dalam dunia kekerasan bila besar. Dalam Islam ada kaedah merotan untuk mengajar anak dan bukan untuk menyakiti mereka....

    ReplyDelete
  3. Betul2. Zaman skrg banyak da berubah

    ReplyDelete
  4. Kak ina pun tak berapa setuju mendidik anak dengan merotan... tak sampai hati pun ye juga... selalu berdoa agar anak2 kak ina mendengar kata dan tak mendatangkan masalah...

    ReplyDelete
  5. Rotan boleh digunakan utk mendidik anak tapi janganlah selalu. Bagi saya merotan ni hanya last resort bila cara pujuk dan peringatan tak lagi mampan utk diberikan kepada mereka. Tapi bila anak dah mula remaja kerja merotan ni kena diberhentikan sama sekali supaya mereka tidak memberontak.

    ReplyDelete
  6. siapa dia yang pukul diana tu,
    tak patut betul..
    akak suka tengok parents yang dia rapat dengan anak2 macam kawan n anak2 pun respect sangat2 kat parents dia..
    sweet :)

    ReplyDelete
  7. yang pasti guna kaedah yang sesuai :)

    ReplyDelete
  8. Merotan kerana ingin menegur kesilapan anak2 rasanya tak salah sebab atas cara kita nak mencorak anak2 cuma kalau sampai tahap mendera eloklah istigfar banyak2 kan...cara dulu menggunakan pendekatan itu tapi cara sekarang gunakanlah pendekatan memahami perasaan anak2 sebab sekarang zaman serba teknologi...tegurlah anank2 dgn cara penuh kasih sayang bila dah ada kasih sayang pasti anak akan ingat walaupun dia masih kecil lagi..insyaallah..

    ReplyDelete
  9. hmm.. deno tak pernah kena rotan atau pukul, sekadar kena marah macam tu.... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …