Skip to main content

HARI NI SAYA BANYAK KERJA

Assalamualaikum...


TAJUK POST ENTAH APA2 JE...
Aku baru lepas makan nasik ni..
lewat makan hari ni sebab sibuk dengan urusan rumahtangga.
cuaca kan panas rumah cepat berhabuk.
Lap sana,lap sini,mop lantai..

lepas tu ada kucing sapa entah masuk kat dalam kawasan umah
dia berak kat pasir depan umah ni..
adoi..kesian la anak aku nak main kat luar tak boleh dah.
kena tunggu esok lusa suami aku nak tengok kat mana lagi dia bantai berak.
tadi dah buang najis nya.
tapi lupa pulak nak siram air bagi dia tak berak dah kat situ..
jap lagi mesti dia cari tempat tu jugk kalau dia 
nak membuang sebab dah ada bau dia kat situ..

tu yang sampai makan pun lambat..

tapi bagus jugak makan lewat gini sebab malam 
nanti dah tak payah makan..
maknanya  makan sekali je..

Aku pulak sekarang dah start sikit2 makan nasi.
jadi perut memang cepat kenyang.
selalunya pagi makan oat,tengahari makan nasik jam 12 atau 1.
lepas tu makan malam jam 6 atau 7 petang.
malam aku ambik oat.

Sebenarnya cara makan gini tak kurus pun .
suami aku bising kalau aku diet dan tak makan nasi.
sebab bila tak makan nasik mula la
nak pitam..
kalau tak makan nasik aku makan roti banyak2..
siap bertuna,bersambal ikan bilis lagi..
hhahaha..

suami aku kata..
nak kurus dan sihat sila bersenam ye Puan Ibu..
jangan nak tahan2 lapar..
hahha..

ok...

sekian...

Comments

  1. saya lately memang amalkan dinner before 7..lepas keje terus dinner..bentuk badan tak nampak effect lagi tapi dari segi berat ade laa turun few kilos..hehehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Hehe betul tu. Kena bersenam :)

    ReplyDelete
  3. saya kan makan malam mesti lepas pukul 10 malam
    sebab tunggu en suami balik
    tapi saya kurangkan makan nasi
    nasi makan sekali aje sehari

    lepas tu turun naik tangga dekat opis
    kira senaman jugalah kan...hehe
    bolehlah maintain sikit badan...hehe

    ReplyDelete
  4. hehe..betol tu kak..tapi jangan makan banyak sgt..walaupun sentiasa bersenam...

    ReplyDelete
  5. makan sebanyak mungkin asalkan happy. haha

    singgah2 la sini :)

    ReplyDelete
  6. buat kerja kt rumah tue pon sma jgk bersenam..sebab menggunakan pergerakan..

    ReplyDelete
  7. deno kalau malam2 deno suke makan roti^^

    ReplyDelete
  8. sikit sangat makan tu kak..fiza pun dah lama gak tak makan nasi ni..kurang selera pulak..bersenamnya tidak..kalau kurus xmakan nasi takpe gak kan..

    ReplyDelete
  9. oh akak sedang diet ya , PM pun nak diet jugak lah...=)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dan salam singgah sini..dulu Diana jgk berdiet nk kurangkan berat badan,Diana amalkan meminum lactor Fiber,minuman keluaran Tupperware...hehe...

    ReplyDelete
  11. Saya kalau tak bersenam seminggu boleh demam...Sebab tu hampir setiap hari bersenam...

    ReplyDelete
  12. sini cuaca sejuk gila. hujang je

    ReplyDelete
  13. betrul tu ...kene senam, bukan tahan lapar...hhee

    ReplyDelete
  14. alahai sikitnya nasik dia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…